Pasar Payang 2 Kini Semakin Viral
Ustaz Ahmad Shah Muhamed mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang 2
Foto ; Wan Luqman Hakim
KUALA TERENGGANU – Pasar Payang 2 yang baharu beroperasi sebulan kini semakin tular atau ‘viral’ dan menjadi tumpuan kepada para pengunjung dalam dan luar negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, para peniaga juga dapat berniaga dengan baik sejak beberapa minggu ia beroperasi.
“Pasar Payang kita ini mendapat sambutan yang begitu hangat dengan kunjungan yang bertali arus ini dan kita mendapat laporan bahawa perniagaan yang dijalankan oleh peniaga begitu baik dan bagus serta berlipat kali ganda daripada asal.
“Ini merupakan suasana yang sangat baik dan mudah-mudahan para peniaga dapat berniaga dengan baik seterusnya mendapat pulangan yang lumayan, insya Allah,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada hari ini.
Menurutnya, pasar baharu tersebut turut menjadi tumpuan untuk menikmati sarapan pagi oleh para pengunjung yang datang ke situ.
“Kita dapati bahawa para peniaga yang berkait dengan makanan, mereka begitu gembira dengan suasana pasar baru dan dengan kunjungan ramai daripada para pengunjung.
“Suasana Pasar Payang baru yang agak terbuka dan mudah lihat daripada jauh serta suasana yang selesa. Mereka sangat gembira dan berpuas hati dengan suasana baru serta hasil jualan yang meningkat dan makanan yang disediakan habis berbanding dengan pasar lama,” ujar beliau.
Add captionSehubungan dengan itu, kerajaan negeri amat menitikberatkan masalah kebersihan Pasar Payang.
“Melalui kempen bersama Majlis Bandaraya dan masyarakat setempat, kita mengharapkan dapat memperlihatkan kepada masyarakat bahawa negeri Terengganu dan pasar payang kita ini juga menjadi satu tempat yang sangat senang dikunjungi kerana keadaan yang bersih, suasana yang begitu menarik dan para peniaga yang sangat berbudi bahasa.
“Kesedaran perlu dipupuk dan kalau semua pihak mengambil peranan dan beri kerjasama dalam hal ini, insya Allah masalah kebersihan dapat kita sama-sama jaga.
"Jadi kita mengatur program tertentu untuk memastikan kebersihan kekal di jaga samada oleh para peniaga dan pengunjung,” tambah beliau.
Sementara itu, seorang peniaga rempah ratus pasar tersebut, Muhammad Bin A. Rahman telah menularkan perniagaannya apabila menggunakan rangkaian pernaiagaan atas talian 'Shoppe' sebagai salah satu agen pemasarannya sejak setahun lalu.
“Kita jual rempas ratus......macam-macam rempah ada, dalam shoppee pun kita jual. Kalau nak beli melalui shoppee pun boleh...,” katanya.
Sumber: teganukita.net
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/09/pasar-payang-2-kini-semakin-viral.html