Pasar Di Syurga Buat Orang Beriman



Di syurga kelak akan terdapat pasar bagi penduduk syurga. Bagaimanakah pasar tersebut? Apakah ada jual beli di syurga? Jika ada, apa barang dagangannya? Atau hanya sebagai kiasan?

Dalil mengenai adanya pasar di syurga

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً
“Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap Jumat. Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang kepada isteri-isteri mereka dalam keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata: ‘Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.’ Mereka pun berkata: ‘Kalian pun semakin bertambah indah dan cantik’.” (Riwayat Muslim no. 7324)

Keadaan di pasar syurga

Sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah, pasar di syurga adalah tempat berkumpul penduduk syurga. Beliau berkata:

المراد بالسوق مجمع لهم يجتمعون كما يجتمع الناس في الدنيا في السوق ، ومعنى ( يأتونها كل جمعة ) أي : في مقدار كل جمعة أي أسبوع ، وليس هناك حقيقة أسبوع لفقد الشمس والليل والنهار
“Yang dimaksudkan dengan pasar adalah tempat berkumpulnya manusia sebagaimana manusia di dunia berkumpul di pasar. Maksud ‘mereka mendatangi setiap hari Jumaat’ adalah sebagaimana perkiraan lama waktu tiap Jumaat iaitu seminggu. Bukanlah makna ‘seminggu’ yang sebenarnya kerana tidak ada matahari, siang dan malam (di syurga).” [Syarah Muslim 16/170, syamilah]

Dan salah satu kenikmatan manusia adalah berjumpa dengan saudara dan teman-teman akrab mereka, saling menyapa, bertanya khabar, saling bergurau senda, saling meluah perasaan. Ini menimbulkan kebahagiaan dan kenikmatan, apalagi yang sudah lama sekali tidak bertemu. Maka di syurga juga disediakan kenikmatan seperti ini. Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah:

إن سوق الجنة هو مكان اللقاء للمؤمنين بعضهم لبعض؛ لازدياد النعيم بما يجدونه من لذة وسؤدد ، وتحدث بعضهم لبعض؛ وتذاكرهم بما كان في الدار الدنيا وما آلوا إليه في الدار الآخرة؛ ويتجدد هذا اللقاء كل جمعة كما جاء في الحديث؛ لرؤية بعضهم لبعض وأنس بعضهم ببعض
“Pasar di syurga adalah tempat bertemunya kaum Muslimin satu sama lain supaya bertambah kenikmatan. Merasakan kelazatan saling berbincang-bincang. Dan saling mengenang apa yang terjadi di dunia dan membicarakan apa yang mereka dapatkan di akhirat. Mereka bertemu setiap Jumaat sebagaimana pada hadith, agar mereka dapat saling berjumpa satu sama lain.” [Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214]

Demikianlah ahli syurga, sebagaimana jika kita bertemu dengan kawan lama dan berkumpul (reunion) maka sangat terasa nikmat dan bahagia jika kita mengenang masa-masa lalu yang indah, masa-masa ketika belajar bersama dan menjalani kehidupan bersama.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada jual-beli di syurga. Yang ada hanya barang dagangan yang boleh diambil semahunya. Ini juga merupakan kenikmatan walaupun sebenarnya mereka boleh meminta apa yang mereka inginkan di syurga. Kerana ada orang yang hobinya berbelanja, maka kenikmatan itu juga ada di syurga. Allah Taala berfirman:

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.” (Az-Zukhruf: 71)

Dan Allah Taala berfirman:

لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
“Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Qaaf: 35)

Hanya lelaki saja ke pasar syurga?

Syaikh Abdullah Al Faqih menyatakan:

فظاهر هذا الحديث أن الذين يذهبون إلى السوق هم الرجال وحدهم دون النساء. وذلك لأن الحديث ذكر أنهم يرجعون من السوق إلى أهليهم، يعني زوجاتهم، فدل رجوعهم إليهن على أنهن لم يكن يرافقنهم
“Zahir hadith menunjukkan bahawa yang pergi ke pasar syurga hanyalah lelaki tanpa wanita. Ini kerana dalam hadith disebutkan bahawa mereka kembali kepada keluarga mereka dari pasar iaitu isteri-isteri mereka. Kembalinya suami kepada isteri mereka menunjukkan bahawa istri mereka tidak ikut ke pasar syurga.” [Sumber: https://fatwa.islamweb.net/ar/fatwa/63070/]

Akan tetapi para wanita tidak perlu kecewa seandainya pendapat ini benar, kerana berkumpul dan keluarnya penduduk syurga tidak hanya di pasar syurga saja. Akan tetapi, mereka saling mengunjungi di rumah dan saling bertemu. Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah:

ولم يكن لقاء بعضهم لبعض في سوق الجنة فحسب ، بل يتزاورون في المنازل ، وفي مخير المنازل من مرافق ، تحت الأشجار ، وعلى شواطئ الأنهار ، وفي جميع المنتزهات المختلفة ، متى شاءوا من الأوقات التي تتناسب معهم ويرتاحون لها بل ويرغبونها

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : إن أهل الجنة ليتزاورون فيها إنها الزيارات الممتعة ، والحياة السعيدة ، والأنس الذي لا ينقطع ، واللذة المستمرة

“Tidaklah pertemuan penduduk syurga hanya di pasar saja akan tetapi mereka saling mengunjungi di rumah (istana kerajaan) mereka. Di rumah siapa saja bertemu terserah kepada mereka, boleh bertemu di bawah pohon, di pinggir sungai dan di semua tempat yang bermacam-macam bil-bila saja mereka ingin jika waktunya sesuai, mereka menikmatinya dan menginginkannya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya penduduk syurga saling mengunjungi.”

Inilah keadaan saling mengunjungi yang memuaskan, kehidupan yang bahagia, hubungan sosial yang tidak terputus dan kelazatan yang terus-menerus.” [Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214]

Oleh: Ustaz Dr. Raehanul Bahraen
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/pasar-di-syurga-buat-orang-beriman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qasidah Ku Ingin Menatap Wajah Mu Di Syurga Ustaz Neezam

Qasidah Ku Ingin Menatap Wajah Mu Di Syurga Ustaz Neezam

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1288 hits
Assalamualaikum dan selamat malam semua Jom dengar Qasidah tanda kasih sayang pada Nabi Muhammad SAW iNSHA Allah kelak kita semua akan bersama sama dengan Baginda Nabi Muhammad SAW Banyakkan berselawat dengan kehadiran MAULID Nabi esok LIRI...
Syurga Menunggumu Sayang Baru 2 Bulan Nikah Suami Meninggal Dunia Rebah Ketika Main Futsal

Syurga Menunggumu Sayang Baru 2 Bulan Nikah Suami Meninggal Dunia Rebah Ketika Main Futsal

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 664 hits
Kehilangan orang tersayang sangat perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata Tiada siapa yang memahami perasaan ini tatkala kehilangan orang yang menjadi tempat bergantung untuk meluah perasaan dan bermanja Namun hanya jiwa yang t...
Kad Syurga Dijual Rm3 Zakat Timbang Ikut Berat Ajaran Sesat Di Indonesia Berjaya Ditumpaskan

Kad Syurga Dijual Rm3 Zakat Timbang Ikut Berat Ajaran Sesat Di Indonesia Berjaya Ditumpaskan

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 260 hits
Satu ajaran sesat yang diketuai oleh seorang lelaki warga emas berumur 74 tahun berjaya ditumpaskan oleh polis di Sulawesi Selatan Indonesia Lelaki tersebut dipercayai mengaku bahawa dirinya adalah seorang rasul dan menyesatkan pengikutnya ...
Kenali Burung Dari Syurga Tarian Pikat Si Betina Kibas Bulu Mengagumkan

Kenali Burung Dari Syurga Tarian Pikat Si Betina Kibas Bulu Mengagumkan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 521 hits
Kepelbagaian hidupan di muka bumi ini memperlihatkan wujudnya pelbagai jenis haiwan yang sangat unik dan mungkin belum lagi ditemui oleh manusia Salah satu haiwan yang unik ialah burung Lophorina Niedda yang juga berada dalam kategori burun...
Api Masih Berkobar Di Pasar Jatisari Karawang Petugas Tambah 10 Unit Damkar

Api Masih Berkobar Di Pasar Jatisari Karawang Petugas Tambah 10 Unit Damkar

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 184 hits
Petugas masih melakukan pemadaman dan pendinginan karena titik api masih terpantau di puing puing pasar yang terbakar kata Hermawan Kamis
Kebakaran Besar Hanguskan 100 Lapak Pasar 30 Rumah Di Kutai Timur

Kebakaran Besar Hanguskan 100 Lapak Pasar 30 Rumah Di Kutai Timur

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 172 hits
Hari menerangkan konter ponsel pun terbakar dan menyambar ke salah satu ruko yang berdagang mainan anak Lalu merembet ke lapak lapak pasar karena terbuat dari kayu ujar Hari
Reaksi Jokowi Belanja Markisa Seharga Rp 500 000 Di Pasar Pegunungan Arfak

Reaksi Jokowi Belanja Markisa Seharga Rp 500 000 Di Pasar Pegunungan Arfak

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 159 hits
Mantan Wali Kota Solo itu tampak terkejut saat mengetahui strawberry itu dijual Rp 200 000 Pasalnya strawberry yang dijual itu beratnya tak sampai satu kilogram
Masa Bulan Madu Usai Pasar Mitsubishi Xpander Turun 20 Persen Per September

Masa Bulan Madu Usai Pasar Mitsubishi Xpander Turun 20 Persen Per September

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 233 hits
Penjualan Mitsubishi Xpander di Indonesia periode Januari September tahun ini merosot dibandingkan periode sama tahun lalu Pada periode itu volume Xpander turun sekitar 20 persen menjadi 48 195 unit dari periode sama tahun lalu yang mencapa...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy