Pasangan Warga Emas Islam Hidup Menumpang Di Tokong Cina


Sepasang warga emas terpaksa menumpang di kawasan tokong Cina di Masjid Tanah sejak hampir dua tahun lalu selepas dihalau keluar dari rumah disewa mereka di Kampung Lekok.


Rosli Abdullah,73, dan isterinya Faridah Ali, 62, mendiami kawasan tokong yang agak tersorok dan jauh dari jalan besar kerana kegagalan mereka menjelaskan tunggakan sewa rumah.

Rosli berkata, perkara tersebut berlaku apabila dia tidak lagi mampu bekerja selepas disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk angin pasang, kencing manis dan darah tinggi.

"Saya buntu tak tahu nak pindah ke mana selepas dihalau keluar. Dengan bantuan seorang rakan, dia menawarkan kami mendiami bangsal yang terletak di bahagian belakang tokong dengan kemudahan sebuah bilik.

"Disebabkan berstatus Penduduk Tetap (PR) saya juga sukar untuk mendapat sebarang bentuk bantuan dan hanya bergantung kepada wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima isteri sebanyak RM230 untuk meneruskan kehidupan," katanya kepada Sinar Harian.

Rosli berkata, mujur pengurusan tokong beri kebenaran dan tinggal secara percuma di kawasan itu.

"Mereka tidak minta bayaran sewa jadi pakcik bantu jaga tokong termasuk sapu sampah dan bersihkan kawasan ini.

"Bila kami tinggal di sini mereka tidak bimbang berlaku kecurian di tokong," katanya.

Katanya, dia yang berbangsa Cina dan berasal dari Singapura telah memeluk agama Islam pada 1980 serta berkahwin dengan isterinya yang berbangsa Melayu.

Tambahnya, sepanjang tempoh perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang anak termasuk dua lelaki dan seorang perempuan.

Rosli berkata, dia berharap sangat dapat tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Tangga Batu jika diminta keluar dari kawasan berkenaan.

"Sekurang-kurangnya anak dan menantu boleh tengok kami suami isteri yang perlu ulang alik ke hospital kerana masalah kesihatan," katanya.

Sementara itu, menantunya, Mahyuddin Yusod,47, berkata, dia hairan apabila kisah mertuanya itu tular di media sosial selepas dia menghantar video tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, dia merakamkan video tersebut kerana mahu membantu kedua mertuanya itu mendapatkan tempat tinggal selepas kedua-dua abang iparnya seolah-olah tidak mahu mengambil berat keadaan mereka.

"Sebenarnya niat saya nak berikan video ini kepada wakil Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) sebagai bukti saya memerlukan bantuan membina sebuah bilik yang selesa bagi emak dan ayah mertua saya ini.

"Walaupun sukar namun saya berasa tanggungjawab nak menjaga mereka, tapi saya tak mampu nak bina bilik dengan pendapatan sebagai pemandu van kilang ditambah pula tiga orang anak masih bersekolah," katanya.

Tambahnya, dia bukan meminta rumah baharu tapi cukup sekadar sebuah bilik yang selesa untuk kedua-duanya berlindung dari panas dan hujan.

Justeru, Mahyuddin berkata, dia berharap orang ramai tidak terus menghukum kedua mertuanya itu, sekali gus berhenti menularkan video yang dirakamkan itu.

"Seminggu sekali jika ada kelapangan saya akan datang melawat mereka. Lagipun sampai bila mereka akan tinggal di sini.

"Tambahan pula bilik air agak jauh dan membahayakan mereka, terutamanya pada waktu malam," katanya.

Sumber : Sinar Harian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/pasangan-warga-emas-islam-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Ditipu Love Scam Rugi Rm1 6 Juta

Warga Emas Ditipu Love Scam Rugi Rm1 6 Juta

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 281 hits
Ada beberapa transaksi yang dia kena bayar RM450 000 untuk setiap transaksi Kita pun hairan kenapa masih berlaku lagi kes kes love scam ini Apa yang istimewa sangat lelaki dari Afrika ni Dia pakai bomoh ke apa soal Baharudin ketika sidang
Puluhan Warga Suku Anak Dalam Di Jambi Masuk Islam

Puluhan Warga Suku Anak Dalam Di Jambi Masuk Islam

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 293 hits
Syahirsah mengatakan saat ini terdapat 715 KK warga SAD di daerah itu dengan jumlah 3 283 jiwa Warga SAD tersebut tersebar di lima kecamatan dan sembilan desa yakni di Desa Muaro Singoan Singkawang Bungku Pompa Air Jebak Hajran Bulian Baru ...
Lelaki Warga Emas Terjun Sungai Kerian Ditemukan Mati Lemas

Lelaki Warga Emas Terjun Sungai Kerian Ditemukan Mati Lemas

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 497 hits
PARIT BUNTAR 11 April Seorang lelaki berusia 65 tahun yang terjun ke dalam sungai dekat Jambatan Sungai Kerian semalam ditemukan lemas hari ini Mayat ditemukan terapung kira kira 200 meter dari tempat kejadian kira kira pukul 1 30 petang ol...
Basikal Elektrik Pintar Dengan Sistem Imbangan Automatik Dibangunkan Untuk Warga Emas Belanda

Basikal Elektrik Pintar Dengan Sistem Imbangan Automatik Dibangunkan Untuk Warga Emas Belanda

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 400 hits
Belanda ialah negara yang cukup sinonim dengan penggunaan basikal kerana permukaan muka bumi yang landai Mereka mempunyai masalah kekurangan tempat menyimpan basikal dan bukannya tempat simpanan kereta seperti di Malaysia Kerana kepopularan...
Warga Emas Ditemui Hampir Reput Dalam Pondok

Warga Emas Ditemui Hampir Reput Dalam Pondok

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 456 hits
GAMBAR mangsa dan pondok lokasi mayatnya ditemui FOTO Recqueal RaimiRANAU Misteri bau busuk dihidu orang awam berhampiran sungai di Kampung Takurik terjawab apabila mayat lelaki warga emas ditemui hampir reput dalam sebuah pondok menjadi te...
Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1714 hits
Sambungn Rompakan Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam Dan Dalilnya Mencuri berarti mengambil sesuatu yang bukan haknya secara sembunyi sembunyi tanpa sepengetahuan pemiliknya Secara hukum mencuri adalah perbuatan yang dilarang oleh negara ...
Warga Emas Terpaksa Keluarkan Rm 80 Untuk Tambang Untuk Diambil Keterangan Di Bukit Aman

Warga Emas Terpaksa Keluarkan Rm 80 Untuk Tambang Untuk Diambil Keterangan Di Bukit Aman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 414 hits
Dua orang penulis pro pembangkang dilaporkan telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia bagi membantu siasatan di Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas pagi ini di Bukit Aman Menurut sumber ke dua dua individu itu cukup aktif dan lantang ...
Informasi Saudara Baru Berkesempitan Hidup Tapi Tetap Beragama Islam

Informasi Saudara Baru Berkesempitan Hidup Tapi Tetap Beragama Islam

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 326 hits
SELEPAS hampir dua tahun menginap di pondok dalam kawasan tokong di Masjid Tanah Alor Gajah lelaki mualaf dan isterinya akhirnya dipindahkan ke rumah anak bongsu mereka di Paya Luboh Tangga Batu Rosli Abdullah 72 yang memeluk Islam sejak 19...
Status Perkahwinan Pasangan Mualaf Apabila Telah Memeluk Islam

Status Perkahwinan Pasangan Mualaf Apabila Telah Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 413 hits
Soalan Bagaimanakah status perkahwinan pasangan bukan Islam yang mana kedua duanya telah memeluk agama Islam dan bagaimanakah pula dengan status nasab anak anak mereka Jawapan Sejarah umat Islam pada zaman Rasulullah S A W dahulu menunjukka...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025