Pasang Tinted Subaru Xv Sti Shark Fin Dan Tailgate Chrome Lining
Petang tadi kami pergi pasang tinted kereta Subaru XVUrusan pemasangan tinted dibuat di Pataling Jaya, di kedai Cool Master di USJ Taipan.Kos pemasangan semua dalam RM 600, pada awalnya bajet RM 300 sahaja, tapi biasalah bila dah masuk kedai akan dicuci otak oleh si penjual.Kami nak buat sandblasting sekali, tapi si penjual tak buat sebab ada pelanggan complaint hasilnya tak memuaskan kerana bahan kimia yang digunakan mereka sekarang tak bagus, mungkin mereka tunggu stok baru.Sebentar sahaja mereka buat, kami pergi makan tengah hari, balik makan, dah siap keretanya.Nampak macam ada buih-buih sikit pada tinted tu, kami komen, mereka jawab bahawa filem tinted keselamatan memang macam tu, nanti air dalam tu akan kering dalam masa beberapa minggu.Mungkin betul kata mereka, sebab semasa kami sampai rumah tadi, pada waktu senja tadi, tinted tu nampak semakin okay.Ke AE untuk pasang door visor dan sirip jerung (shark fin)Kemudian kami ke Glenmarie, di sana ada kedai alat ganti Subaru dan juga aksesori Subaru XV.Hajatnya Mommy nak pasang sirip jerung pada XV STI kami tu, mungkin dia nak bawak berenang di lautan biru yang luas saujana mata memandang.Kos pasang sirip jerung di sana adalah RM 75 sahaja.
Master pula berkenan dengan Tail Gate Chrome Handle Lining XV.Mommy nak pasang sirip jerung, Master pula nak pasang apa-apa yang berwarna chrome di bahagian belakang untuk kontra warna hitam XV STI kami.Ada pula benda bernama Tailgate Chrome Handle Lining untuk XV ni, Master fikir kalau pasang pada logo tu mesti menyerlah.Ermm... memang nampak ngam hoo... kenapalah Subaru tak pasang finishing macam tu siap-siap?Tapi benda chrome ni tak boleh pasang banyak-banyak, nanti serabut mata memandang, tambahan silau mata pemandu belakang kalau mereka pasang lampu tinggi (high beam). Nampak benar nipunya ek... silau konon...Harga benda alah Tailgate Chrome Handle Lining untuk XV ni dalam RM 70 atau RM 75, tak ingat pula Tedi.
Hasrat pasang door visor tidak kesampaian.Inilah benda yang dipasang pada awalnya, door visor, kerana kami memang suka buka tingkap sedikit semasa jemur kereta pada siang hari.Malangnya benda alah ni tak boleh dipasang kerana tingkap kereta kami baru dipasang tinted.Huk aloh... gitulah pulak rupa eh... Kena datang lagilah macam ni..Kos pasang door visor untuk XV ni dalam RM 160 untuk jenis yang panjang, kalau yang pendek RM 220.
Banyak betul kos kosmetik kereta MommyTadi sahaja dah habis dalam RM 745, kalau pasang door visor dah dalam RM 905.Tak mengapalah, pelaburan awal, kereta Proton Saga BLM 1.3 MT dulu Mommy tak sempat make up sampai ke sudah.Tadi Master bagi XV STI tu minum petrol setelah travel hampir 543 kilometer... RM 80 sekali isi....Terkejut tengok, nasib baik Master tak hidangkan RON 97, kalau tak lagi haru.. hehe.Sekarang penggunaan petrol adalah 10 liter per 100 kilometer.Nak bandingkan dengan Proton Saga BLM 1.3 MT memang jauhlah sebab kereta tu makan minyak di antara 6 liter sehingga 7 liter per 100 kilometer. Kadangkala je ia melahap 8 liter minyak per 100 kilometer.Tedi perasan XV STI ni makan minyak jika dipandu perlahan, jadi kalau nak beli kereta untuk pandu dalam kesesakan jalanraya, sila abaikan Subaru XV.Tapi kalau jalan jauh dan laju, ia boleh capai 3 liter per 100 kilometer. Subaru Seremban membisu pasal ketiadaan lampu brek ke-4 XV STITadi Master mesej penjual Subaru Seremban, bertanya pasal lampu brek ke-4 XV STI yang sepatutnya ada pada kereta kami.Tiada jawapan.Mesej dah baca, namun tiada jawapan.Tak mengapa, kita tunggu dulu, peniaga memang macam tu, sebelum beli semua boleh, dah beli apa pun tak boleh.Tapi beli kereta Proton Saga BLM yang lebih murah dulu tu pun lebih profesional berbanding Subaru Seremban ni.Kepada sesiapa nak berurusan dengan Subaru Seremban perlulah ganas. Boleh gunakan kes kami ni nak gertak mereka. Hehe.Patutnya saling tolong menolong lah kan? Kami dah tolong mereka berniaga, mereka tolonglah layan dengan baik, hak kami kenalah mereka jaga.Mana tahu nanti kami boleh recommend nama mereka... tapi kalau dah macam ni nak recommend pun macam tak berani.Okaylah.. Tedi nak gi mamam sebelum lap lantai... senaman sikit untuk kuruskan badan.
20160421
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/04/pasang-tinted-subaru-xv-sti-shark-fin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29