Pasang Android Box Di Rumah Wifi Modem Huawei
Dah sebulan saya terminate astro kat rumah. Boleh dikatakan sejak 2013 lagi jadi pelanggan astro. Akaun first kat kampung dah lama saya terminate selepas rumah kat kampung dapat dekoder mydigital freeview.
Dan yang terbaru akaun astro di rumah sekarang plak yang jadi korban. 2 sebab saya terminate astro yang kat rumah sekarang adalah channel selalu takde dek kedudukan piring selalu berubah kerana tiupan angin yang kuat
Memandangkan piring astro tu piring lama milik owner rumah ni masa saya pindah rumah ni just plug & play je dekoder. Kalau tak kerana angin, disebabkan monyet. Monyet banyak kat sini maklumlah rumah dekat dengan bukit
Plan nak guna android box ni dah lama memandangkan box pun kalau yang biasa-biasa dah 100 lebih harganya. Lagi satu kat rumah kena ada wifi. Jadi kalau anda nak guna android box kena pertimbangkan juga berkenaan internet
Pasang Android Box di Rumah Wifi Modem Huawei
Box yang saya beli ni brand TX6. Masa saya beli RM207 yang versi 4+64 termasuk dengan keyboard sekali. Box ni kecik sahaja taklah sebesar box astro tu
Untuk internet saya hanya guna modem huawei yang ni. Saya beli dengan seller yang kat bawah ni termasuk dengan Sim YES 4G Unlimited. Tapi kalau korang nak beli sila check coverage tempat korang
Android box memerlukan 4mbps minima kalau lebih lagi cun. Atau kalau ada bajet lebih pasang je terus wifi kat rumah puas hati. Ni alternatif wifi bagi yang bajet kecil
Saya beli modem ni je sebab nak pasang wifi belum ada bajet lebih lagi. Jadi saya dah ada android box & modem wifi kat rumah
Just plug & play je. Dalam box yang saya beli dah ada macam-macam apps yang seller dah install tapi banyak jugaklah apps yang saya uninstall. Hehe
Beli box & modem ni untuk tengok iptv & layan youtube je. Apps yang ada dalam tu saya jarang buka sebab internet meman kena cun. Kalau rumah anda pakai unifi ke streamyx tu memang takde masalah
Ok box dah ade, modem wifi pun dah ade. Jadi masa untuk langgan iptv. Ok buat masa ni saya guna iptv WDHD. Bulanan RM30
Kenapa kena langgan iptv? Kalau tak, tak boleh tengok channel tv lah. Apps iptv ni anda kena install pada box dan buat langgan. Saya guna apps WDHD dan no pin tu saya langgan dengan seller kat shopee
Banyak siaran yang boleh tengok. Memang berbaloi lah. Kos bulanan saya sekarang adalah RM30 untuk internet & RM30 untuk langganan iptv. So total RM60 sebulan. Memang puas hati.
Korang plak macam mana? Kalau nak beli Box dan modem macam yang saya guna ni korang boleh beli kat Shopee. Tapi dafarlah Shopback dulu untuk membolehkan korang dapat cashback. Jom daftar shopback dan dapatkan cashback : Sign Up Shopback Kat Sini Gais
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azzahairi.com/2020/03/pasang-android-box-di-rumah-wifi-modem.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogAzzahairiSulaiman+%28Blog+Azzahairi+Sulaiman%29