Pas Umno Tak Lagi Tanding 3 Penjuru Dalam P Raya Khalil


M Fakhrull Halim Diterbitkan Hari ini 9:19 pagi

PRK SEMENYIH | Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, PAS dan Umno akan membentuk satu jawatankuasa bagi memastikan tiada lagi pertembungan tiga penjuru melibatkan kedua-dua parti itu di masa akan datang.

“Insya-Allah, dalam PRK (Pilhan Raya Kecil) dan sehinggalah PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, tidak akan berlaku lagi tiga penjuru, yang akan berlaku hanya dua penjuru. Inilah kekuatan yang sangat ditakuti oleh PH.

“Jika berlaku dua penjuru, bukan saja negeri Selangor akan beralih kuasa daripada PH kepada muafakat pembangkang ini, bahkan juga negeri-negeri lain termasuklah juga kerajaan persekutuan insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Ceramah Perdana Pentas Anak Muda di padang sepak takraw pusat daerah mengundi (PDM) Kantan Permai, di Semenyih semalam.

Ketika disoal berhubung hal tersebut, Khalil menjelaskan, persetujuan bersama itu telah dibuat sejak PRK yang pertama di Sungai Kandis lagi dan akan turut melibatkan PRU-15 yang dijadual berlangsung beberapa tahun akan datang.

“Ya, insya-Allah dua penjuru (pada PRU-15),” kata anak Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu kepada pemberita selepas majlis selesai.

Sembilan orang wakil parti dalam jawatankuasa

Pengumuman itu dilakukan ketika spekulasi berkenaan kerjasama PAS-Umno masih belum surut ekoran pendedahan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS tidak akan menyokong Umno pada PRK Semenyih. Dakwaan itu dinafikan oleh PAS dan Umno.

Perkara tersebut turut disokong oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika berucap dalam majlis sama.

Katanya, dalam satu pertemuan yang diadakan minggu lepas, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, meminta Umno mempercepatkan usaha memilih ahli jawatankuasa yang akan dibentuk.

“PAS sudah ada sembilan orang yang akan diketuai oleh timbalan presidennya sendiri, dan dia minta Umno pun ada juga sembilan orang.

“Selepas sahaja daripada PRK Semenyih, kita akan duduk bersama, bentuk jawatankuasa bersama dan kita akan pastikan menuju PRU-15, kita akan bersatu atas satu blok yang kuat untuk menumbangkan PH.

“Takkan ada pertembungan tiga penjuru yang tidak menguntungkan Islam,” jelas Asyraf.

Selain Khalil dan Asyaf, Ceramah Perdana tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Parti Ikatan, Shahir Adnan; Ketua Pemuda Parti Berjasa, Iqbal Hakim Abdul Razak serta Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Shahril Sufian Hamdan.

Dalam perkembangan lain, apabila disoal pemberita tentang adakah ayahnya akan turun bagi membantu kempen PRK Semenyih, Khalil meminta pemberita merujuk setiausaha politik Abdul Hadi sendiri.

“Itu kena tanya setiausaha politik dia,” jawabnya ringkas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/pas-umno-tak-lagi-tanding-3-penjuru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Korek Lagi Konon Bukti Baru Umno Biaya P Raya Pas

Informasi Korek Lagi Konon Bukti Baru Umno Biaya P Raya Pas

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 457 hits
Sarawak Report dedah bukti baru Umno biaya kempen pilihan raya PAS FMT ReportersPETALING JAYA Sarawak Report hari ini menyiarkan apa yang didakwa bukti baru yang menunjukkan PAS menerima dana daripada Umno 3 minggu sebelum Presiden PAS Datu...
Terbaru Sarawak Report Dedah Bukti Baru Umno Biaya Kempen Pilihan Raya Pas

Terbaru Sarawak Report Dedah Bukti Baru Umno Biaya Kempen Pilihan Raya Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 447 hits
Paparan skrin yang didedahkan Sarawak Report berhubung pemindahan wang ke akaun PAS FMT Reporters PETALING JAYA Sarawak Report hari ini menyiarkan apa yang didakwa bukti baru yang menunjukkan PAS menerima dana daripada Umno 3 minggu sebelum...
Ph Bersedia Lawan Gabungan Umno Dan Pas

Ph Bersedia Lawan Gabungan Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 365 hits
LANGKAWI Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dan bersedia berlawan dengan gabungan UMNO dan Pas dalam mana mana pilihan raya Sambil menyifatkan Pas sebagai parti Islam dan UMNO sebagai parti kafir Dr Mahathir mene...
Tun M Silap Tafsir Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu Umno

Tun M Silap Tafsir Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu Umno

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 374 hits
Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu UMNO dalam PRK Semenyih Kenyataan Tun Dr Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pimpinan PAS memaklumkan mereka tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyi...
Gabungan Umno Dan Pas Makin Menggigit Ph Makin Tersepit

Gabungan Umno Dan Pas Makin Menggigit Ph Makin Tersepit

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 533 hits
Gabungan UMNO Dan PAS Di PRK Cameron Highland Adalah Mimpi Ngeri Pakatan HarapanKeputusan PRK Parlimen Cameron Highlands mengesahkan jika berlaku kerjasama antara Barisan Nasional dan PAS sudah tentu mampu menatijahkan keputusan yang member...
Pas Mengamalkan Bpms Dengan Umno Dan Ppbm

Pas Mengamalkan Bpms Dengan Umno Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 491 hits
Dr Mohd Zuhdi Marzuki Pengarah Pusat Penyelidikan PAS PAS telah memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sejak tahun 2015 iaitu sebuah anjakan dalam paradigma berpolitik di Malaysia ke arah mencapai kesejahteraan negara dan keharm...
Prksemenyih Penyatuan Umno Pas Bukan Rasis

Prksemenyih Penyatuan Umno Pas Bukan Rasis

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 294 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan penyatuan UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih bukanlah bersifat rasis totok Beliau berkata sebaliknya kedua dua parti itu memahami bahawa negara ini terdiri daripada rakyat ...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat