Pas Tetap Mahu Umno Bersatu Kembali Bersama
ainulilliaismaweb.net
Sedaya upaya elak pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya nanti
KANGAR, 15 Syaaban 1442H, Isnin – PAS akan tetap berusaha menyatukan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walau apa jua keadaan sekali pun.
Ini kerana, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau percaya bahawa penyatuan ummah lebih penting melebihi segala faktor luar yang lain.
“Walaupun dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020, semalam mereka memutuskan hubungan dengan Bersatu, namun PAS tetap tidak putus harapan untuk menyatukan mereka (UMNO dan Bersatu).
“Jangan jadikan perkara remeh sebagai alasan untuk kita tidak bersatu, kerana agenda penyatuan ummah lebih penting dari segalanya,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.
Hashim berkata, matlamat penyatuan ummah masih menjadi agenda utama PAS.
Justeru, PAS sedaya upaya akan mengelakkan dari terjadinya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
“Perpaduan Islam dan Melayu adalah asas perjuangan ketiga-tiga parti (PAS, UMNO dan Bersatu), jadi kenapa masih memilih perpecahan.
“PAS tetap akan terus berusaha menyatukan ummah ini walaupun pelbagai halangan berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa tidak timbul persoalan PAS akan memilih mana-mana parti kerana, pemilihan mestilah berdasarkan kepada jalan yang paling ringan.
“Dasar pemilihan bukanlah kerana nafsu, tapi atas panduan dari Ilahi. Sekiranya, kita terpaksa memilih antara dua perkara yang mendatang mudarat, sudah pasti pemilihan kita berdasarkan mudarat yang paling ringan,” jelasnya.
Semalam, PAU 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.
Usul Ucapan Dasar Presiden itu diluluskan sebulat suara selepas dicadangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan disokong oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pas-tetap-mahu-umno-bersatu-kembali.html