Pas Tegaskan Umno Perlu Sedia Secara Mental Untuk Menjadi Pembangkang Di Pahang Selepas Pru 16




KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan menegaskan bahawa UMNO perlu bersedia secara mental untuk menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap PAS sejak PRU-13 hingga PRU-15.
Katanya, kenyataan yang memperlekeh slogan ‘PAS Teraju Pahang’ sebagai retorik membuktikan UMNO masih berada dalam fasa penafian (denial) dan enggan menerima realiti perubahan landskap politik di negeri itu.
“Sambutan hangat rakyat terhadap ‘tagline’ ini membuktikan rakyat sudah bersedia untuk perubahan kepimpinan yang lebih bersih dan amanah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, prestasi PAS yang semakin meyakinkan bukanlah suatu kebetulan, sebaliknya hasil kerja keras dan dedikasi berterusan dalam berkhidmat kepada rakyat.
“Sementara UMNO sibuk dengan krisis dalaman dan pergolakan kepimpinan, PAS telah mengukuhkan jentera parti dan memperkasakan hubungan dengan akar umbi,” tegasnya.
Tambah beliau, kerjasama UMNO bersama DAP kini menjadi liabiliti amat berat kepada parti itu, kerana bercanggah dengan perjuangan asal Umno yang kononnya memperjuangkan orang Melayu dan Islam.
“Bagaimana Umno boleh mengaku memperjuangkan agenda Melayu sedangkan mereka sanggup bersekongkol dengan parti yang selama ini menentang kedudukan istimewa orang Melayu?” soal beliau.
Ujarnya lagi, prestasi Perdana Menteri yang gagal menangani isu ekonomi dan kenaikan kos sara hidup hanya menambah beban kepada rakyat serta menyumbang kepada kemerosotan keyakinan terhadap UMNO.
“UMNO kini dilihat sebagai parti yang hilang arah dan prinsip,” tempelaknya.
Aireroshairi berkata, PAS Pahang serius mahu menerajui negeri itu dan telah pun menyiapkan kabinet bayangan yang lengkap serta dipenuhi tokoh-tokoh berkelayakan dan berintegriti bagi setiap portfolio penting dalam kerajaan negeri.
“Kami tidak hanya bercakap kosong, tetapi bersedia menggantikan UMNO  selepas PRU-16,” ulasnya.
Beliau turut menyeru rakyat untuk bersama PAS dalam melakukan transformasi politik demi kemakmuran sebenar negeri Pahang.
“Kepada rakyat Pahang, kami berjanji akan meneraju negeri ini dengan penuh amanah, telus dan berintegriti, sesuatu yang telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat yang dahagakan kepimpinan bersih dan bertanggungjawab,” katanya. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/pas-pahang-tegaskan-umno-perlu-bersedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

Diakui Wujud Oleh Pihak Pendakwaan Umno Pahang Berpandangan Titah Adendum Wajar Di Laksanakan

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 263 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Pahang berpandangan dengan wujudnya Titah Adendum yang diakui oleh pihak pendakwaan adalah wajar titah berkenaan dilaksanakan Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata UMNO Pahang turut menyambut ba...
Misteri Ketidakhadiran Pas Ketika Bersatu Mengundang Parti Di Luar Blok Kerajaan Pembangkang

Misteri Ketidakhadiran Pas Ketika Bersatu Mengundang Parti Di Luar Blok Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 258 hits
K PRAGALATHJuly 20 2025Semalam timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa presiden Tan Sri Hadi Awang tidak dapat menghadiri acara Bersatu bersama parti di luar kerajaan dan pembangkang kerana mempunyai acara lain Keb...
Exco Nafi Dakwaan Pas Kerajaan Pahang Gagal Uruskan Ekonomi Kos Sara Hidup Meningkat Dan Kurang Peluang Pekerjaan

Exco Nafi Dakwaan Pas Kerajaan Pahang Gagal Uruskan Ekonomi Kos Sara Hidup Meningkat Dan Kurang Peluang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 499 hits
KUANTAN Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang Sim Chon Siang menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pahang gagal menguruskan ekonomi negeri sehingga kos sara hidup meningkat dan peluang pekerjaan berkurang Beliau mem...
Lagi Exco Tegur Pas Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang

Lagi Exco Tegur Pas Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 370 hits
KUANTAN Pahang diibaratkan rumah sudah cantik perkakas sudah ada cuma masuk dan basuh kaki sahaja Itu kata sindiran Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Ir Razali Kassim terhadap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tu...
Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 421 hits
KUANTAN Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu Islam Demikian gesaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Andansura Rabu susulan tindakan UMNO negeri bergabung dengan DAP bagi membentuk kerajaan negeri selepas Piliha...
Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 368 hits
KUANTAN Rakyat Pahang bukannya bodoh mudah digula gulakan Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim membidas kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya rakyat di negeri itu sudah bersedia memberi ...
Pas Sedia Pertaruh Calon Bukan Islam Pada Prn Sabah

Pas Sedia Pertaruh Calon Bukan Islam Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 297 hits
Setiausaha PAS Sabah Sahar Abdul Majid berkata calon bukan Muslim bukan asing sejajar konsep PAS for All PAS mahu bertanding sekurang kurangnya enam kerusi pada PRN Sabah PETALING JAYA PAS Sabah sedia letak calon bukan Islam menjelang PRN S...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia