Pas Senada Dengan Naib Pengerusi Dap Perak


 Pas mengulangi pendirian bahawa kesemua 18 Ahli Parlimen mereka akan mengundi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya usul percaya dikemukakan dalam persidangan Parlimen bulan hadapan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, dalam mesyuarat Pas Pusat kelmarin, perkara itu telah dibincangkan dan Pas meneruskan pendirian menyokong Dr Mahathir sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Menurutnya, Pas sememangnya konsisten menyokong Dr Mahathir meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kelak.

"Pas juga senada dengan Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari menuntut Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan jumlah sokongan diterima di Dewan Rakyat sebaik bermulanya kembali persidangan Parlimen bulan hadapan.

"Jumlah sokongan terutama dalam kalangan Ahli Parlimen itu penting untuk menentukan sama ada peralihan kuasa perlu dilakukan atau sebaliknya, sudah lama ditekankan parti itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Idris berkata, sokongan dizahirkan Pas juga bagi melihat sama ada Dr Mahathir masih mempunyai sokongan dalam kalangan ahli Parlimen PH di Dewan Rakyat pada ketika ini.

Menurutnya, sekiranya masing-masing berasa ada kekuatan untuk menjadi Perdana Menteri, maka mereka perlu menzahirkannya menerusi perolehan majoriti undi percaya di persidangan Dewan Rakyat kelak.

"Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak setia kepada Dr Mahathir, hal ini membuktikan kerajaan PH 'cakap di luar lain, di dalam pun lain'.

"Setakat ini, pendirian Pas hanya sokong undi percaya kepada Dr Mahathir, tiada sentuh langsung mengenai perkara lain termasuk Pakatan Nasional," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berpandangan, kesemua Ahli Parlimen UMNO dijangka tidak akan memberikan walau satu undi percaya kepada Dr Mahathir mahupun Anwar.

Beliau berpandangan sedemikian disebabkan UMNO tidak mahu mencampuri masalah dalaman PH.

"Kita mengetahui isu peralihan kuasa PM (Perdana Menteri) penting kerana melibatkan kestabilan politik dan ekonomi negara, bagaimanapun kerajaan PH ini ibarat kerajaan 'kong kali kong'. Semua pihak termasuk rakyat pun sudah kena 'kencing'.

"Kali ini biar mereka 'kencing' sesama sendiri. UMNO tidak akan campur tangan kerana fokus kami hanyalah untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii menyifatkan polemik peralihan kuasa Perdana Menteri yang berpanjangan boleh memusnahkan ekonomi negara.

Beliau berpandangan, pemimpin dalam kerajaan PH seeloknya tidak memilih antara Dr Mahathir dan Anwar, sebaliknya memberi peluang kepada Perdana Menteri ketujuh itu menghabiskan penggal pentadbiran kerajaan.

"Masalah dalaman PKR susulan pertengkaran kem (Timbalan Presiden PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin dan Anwar adalah sangat jelas dengan situasi itu meletakkan Anwar dalam 'mood' kehilangan kepercayaan dalam kalangan ahli parti itu sendiri.

"Lagipun, terma perjanjian peralihan kuasa PM antara parti PH juga tidak jelas dan perkara ini sebenarnya mewujudkan konflik pentadbiran dan ekonomi negara ketika ini," katanya.

Razlan berkata, Malaysia kini berdepan masalah kehilangan pelabur yang serius disebabkan kerajaan PH tidak pandai menjaga polemik ciptaan mereka sendiri iaitu tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.

"Minggu lepas, saya ada menulis surat merayu baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan menyelesaikan polemik jawatan PM.

"Sekiranya permasalahan itu gagal mencapai penyelesaian, kalau perlu bubar Parlimen, maka bubarlah.

"Rakyat tidak perlu terpalit dengan polemik yang amat merugikan negara ini kerana masih terdapat banyak masalah mereka yang gagal diselesaikan kerajaan PH," katanya.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.

Menurutnya, jika seorang calon itu daripada parti yang memiliki majoriti tetapi dia sendiri tidak mendapat sokongan majoriti, maka dia tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari menggesa Dr Mahathir dan Anwar perlu mengisytihar jumlah sokongan yang diterima untuk menentukan sama ada peralihan kuasa perlu dilakukan atau sebaliknya.

Menurut Abdul Aziz, jumlah sokongan terutama dalam kalangan Ahli Parlimen itu penting untuk menamatkan isu berkaitan peralihan kuasa tersebut.

Sinarharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/pas-senada-dengan-naib-pengerusi-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Perak Masih Gagal Bayar Saman Nizar

Pemimpin Pas Perak Masih Gagal Bayar Saman Nizar

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 335 hits
N FAISAL GHAZALI Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria kini berdepan dengan risiko muflis selepas beliau masih gagal menjelaskan saman yang sepatutnya dibayar kepada timbalan pengerusi Amanah negeri itu Mohammad Nizar Jamaluddin Razman yang ...
Dap Is Pushing Umno And Pas Into Mahathir S Open Arms

Dap Is Pushing Umno And Pas Into Mahathir S Open Arms

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 398 hits
The DAP Chinese should have been more like the Indians and penetrate from the inside rather than attack from the outside like outsiders Deep penetration inside is always better and more effective It may take time like how the Indians did it...
Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 320 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik November ini Ahli Jawatankuasa DAP Perak Dat...
Dap Keluar Ph Hanya Ugutan Kosong Untuk Tekan Dr M Kata Mp Pas

Dap Keluar Ph Hanya Ugutan Kosong Untuk Tekan Dr M Kata Mp Pas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 347 hits
BERITAAhli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Nga Kor Ming bahawa DAP akan meninggalkan PH sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu tidak diiktiraf hanyalah ugutan kosong Pemimpin PAS itu merujuk kepada kenyataan Nga yang...
Yoursay Perak Pas Chief May Forever Regret Not Holding His Tongue

Yoursay Perak Pas Chief May Forever Regret Not Holding His Tongue

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 239 hits
YOURSAY Anyone who spreads fake news or slander must be punished The Wakandan This should serve as a lesson for all those who disseminate fake news and malicious lies This should hurt their kind because we know that they like money You take...
Mimpi Pas Tetap Menakutkan Dap

Mimpi Pas Tetap Menakutkan Dap

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 463 hits
PENASIHAT DAP Lim Kit Siang berkata hasrat Pas untuk membawa usul undi percaya ke atas kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah satu kisah dongeng parti tersebut Katanya rakyat tidak bodoh untuk mempercayai bahawa langkah itu bagi meny...
Rombakan Kabinet Pengerusi Dap Kelantan Ingatkan Dr M Jangan Ambil Orang Luar

Rombakan Kabinet Pengerusi Dap Kelantan Ingatkan Dr M Jangan Ambil Orang Luar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 385 hits
PENGERUSI DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mengambil orang luar dalam rombakan Kabinet Menurut Zaid di bawah sistem Parlimen perdana menteri tidak mempunyai mandat sebagai presi...
Menteri Dap Dilihat Memilih Bos Mereka Sendiri Iaitu Mahathir

Menteri Dap Dilihat Memilih Bos Mereka Sendiri Iaitu Mahathir

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 284 hits
Sokongan DAP ketika ini dilihat lebih padu terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan sama ada peralihan kuasa pemimpin nombor satu negara itu perlu d...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut