Menteri Dap Dilihat Memilih Bos Mereka Sendiri Iaitu Mahathir


Sokongan DAP ketika ini dilihat lebih padu terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan sama ada peralihan kuasa pemimpin nombor satu negara itu perlu dilakukan atau sebaliknya.

Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, ini kerana pemimpin DAP khususnya yang berjawatan menteri pasti lebih memilih untuk menyokong Dr Mahathir yang merupakan ketua mereka ketika ini.

Berdasarkan situasi semasa, saya percaya sokongan (Ahli Parlimen DAP) itu masih dimiliki atau ditujukan kepada Dr Mahathir kerana beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.Meskipun kita dapat lihat sokongan DAP lebih cenderung kepada Anwar tetapi ia tidak datang daripada mereka yang berjawatan menteri. Mungkin hanya daripada Ahli Parlimen biasa.Jadi, saya lihat kecenderungan pemimpin DAP khususnya yang berjawatan (dalam Kabinet) mereka lebih lagi menyatakan sokongan kepada 'bos' mereka sendiri iaitu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan DAP yang lebih cenderung kepada Dr Mahathir atau Anwar dalam menentukan sama ada peralihan kuasa Perdana Menteri perlu dilakukan atau sebaliknya.


Usul percaya kepada PM beri peluang kepada ahli Parlimen

Perkara itu timbul susulan saranan Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari supaya Dr Mahathir dan Anwar mengisytiharkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong mereka.

Mengulas lanjut, Achmad Dzariean berkata, saranan Abdul Aziz supaya kedua-dua pemimpin itu mengemukakan Ahli Parlimen yang menyokong mereka sebagai tidak dilakukan mengikut Perlembagaan.

Jelasnya, kedua-dua pihak tidak harus menyatakan berapa orang yang menyokong mereka di luar, sebaliknya proses itu hendaklah berlaku di Parlimen sama ada melalui undi percaya atau sebaliknya.

"Tidak pernah sejarah dalam negara, kita menyatakan peralihan kuasa dibuat di luar Parlimen.

"Jadi mestilah pada hemat saya sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi kedaulatan, menjunjung tinggi Perlembagaan, ia sepatutnya berlaku di dalam Parlimen dan bukannya di luar," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed pula menyifatkan tiada keperluan untuk Dr Mahathir mengisytiharkan jumlah Ahli Parlimen memberikan sokongan kepada beliau memandangkan tiada sebarang isu berbangkit berhubung perkara itu.

Malah katanya, saranan dibuat oleh Abdul Aziz itu secara tidak langsung boleh mengeruhkan lagi keadaan negara yang ketika ini sedang berusaha untuk menangani krisis wabak koronavirus.

"Tiada keperluan untuk Dr Mahathir untuk tunjuk jumlah Ahli Parlimen yang menyokong mereka melainkan wujud usul undi tidak percaya dan sebagainya tetapi sehingga perkara itu (undi tidak percaya) tidak berlaku, saya melihat tidak ada keperluan," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Marthada berkata, saranan yang di uarakan Aziz itu juga bukan membawa pendirian partinya tetapi lebih kepada pandangan peribadi.

Menerusi persefahaman dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Tarikh peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar terus menjadi perbincangan sejak kebelakangan ini susulan tempoh dua tahun yang disebut-sebut sebelum ini hampir tamat.

SinarHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/menteri-dap-dilihat-memilih-bos-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
They Might Not Love Mahathir But They Hate Dap Even More

They Might Not Love Mahathir But They Hate Dap Even More

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 347 hits
They might not love Mahathir but they hate DAP even more And that is enough reason to support the motion of confidence from PAS DAP knows this and this is why they are very upset about the motion of confidence from PAS Menyalaklah Tak jadi ...
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 490 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan China dalam tempoh segera kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China unt...
Dap Berkuasa Untuk Kepentingan Mereka Semata Mata Berpuluh Janji Dimungkiri Hishammuddin

Dap Berkuasa Untuk Kepentingan Mereka Semata Mata Berpuluh Janji Dimungkiri Hishammuddin

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 354 hits
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Dap yang selama ini kemaruk mahu menjadi kerajaan bukanlah untuk membela rakyat tetapi semata mata demi kepentingan tertentu parti itu Dalam satu lontaran di Facebook dengan si...
Mahathir Camdek Menteri Ph Semua Yang Ditentang Kini Dilaksanakan

Mahathir Camdek Menteri Ph Semua Yang Ditentang Kini Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 289 hits
Ahmad LuftiTempoh Mahathir jadi perdana menteri seperti janjinya juga tidak lebih setahun aja lagi Banyak agenda penting untuk memulihkan dan memajukan negara juga melakukan pembaharuan dan reformasi belum terlaksana Jadi usah buang masa be...
Dap Is Pushing Umno And Pas Into Mahathir S Open Arms

Dap Is Pushing Umno And Pas Into Mahathir S Open Arms

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 405 hits
The DAP Chinese should have been more like the Indians and penetrate from the inside rather than attack from the outside like outsiders Deep penetration inside is always better and more effective It may take time like how the Indians did it...
Melayu Curiga Pentadbiran Dr Mahathir Dap Lebih Dominan

Melayu Curiga Pentadbiran Dr Mahathir Dap Lebih Dominan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 432 hits
ICERD Statut ROM TH dan isu lain telah lukakan hati orang IslamNegara akan berdepan laluan sukar untuk beberapa tahun akan datang selagi mana tiada perubahan drastik atau mandat baharu seperti yang diharapkan rakyat kata Presiden Angkatan K...
Dap Punca Mahathir Cari Rakan Baru

Dap Punca Mahathir Cari Rakan Baru

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 429 hits
oleh Ab Jalil Backer Akhbar pro Kerajaan NST ahad lalu menerbitkan rencana bertajuk New pact Is it happening Kolumis terbabit memberi gambaran kemunculan idea sebuah kerajaan baharu ini berpunca daripada sikap biadap DAP dalam mesyuarat kab...
Sekali Dap Cengkam Kuasa Mati Hidup Balik Mereka Takkan Lepas

Sekali Dap Cengkam Kuasa Mati Hidup Balik Mereka Takkan Lepas

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 328 hits
DAP tak gentar dengan Tun ugut keluar kerajaan jika tak ikut kehendakBANGI Walaupun parti cauvinis DAP belum menguasai majoriti kerusi di Parlimen tetapi dengan penjenamaan semula strategi dan wajah baru mereka sudah pun berkuasa kata Setia...
Umno Di Persimpangan Antara Mahathir Dan Dap

Umno Di Persimpangan Antara Mahathir Dan Dap

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 329 hits
oleh Dr Mohamad Khir Toyo Kekecewaan Tun M terhadap Menteri Kabinetnya sudah tidak dapatkan diselindung lagi Rakyat semakin tidak sabar dengan tindakan tindakan Menteri kabinet yang sudah hilang sentuhan untuk membela rakyat Paling mengecew...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025