Pas Pertahan Mn Dan Pn Tolak Usaha Bentuk Pakatan Baru


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 6:20 pm

PAS hari ini mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), dan menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baru

Menyifatkan MN dan PN sebagai benih yang baru tumbuh subur, presidennya Abdul Hadi Awang berkata sebarang cadangan pakatan lain ibarat "tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan".

"Inilah acuan Islam yang ingin dikembalikan semula setelah dilupakan. Jangan jadi Melayu yang mudah lupa kerana meninggalkan Islam. Jadilah Melayu Islam yang sempurna dengan aqidah, syariat, akhlak dan integriti, bersama kaum dan penganut berbagai agama berkonsepkan adil kepada semua dalam masyarakat majmuk.

"Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hadi, wajib untuk mempertahankan MN dan PN yang menjadi wadah perpaduan ummah.

Katanya, MN berasaskan perpaduan umat Islam manakala PN - yang menggabungkan parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak - berasaskan Perlembagaan yang telah dimeterai secara persefahaman dahulu, dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Maka kita menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baharu dengan berbagai jenama yang dicadangkan," katanya lagi.

Kenyataan Abdul Hadi selepas beberapa bahagian Umno membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN bagi menghadapi PRU15.

Terdahulu, Umno Pulai di Johor serta Umno Kubang Kerian di Kelantan membuat ketetapan itu dalam mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU akan datang.

Malah, Umno Kubang Kerian juga meminta kepimpinan parti mengkaji kerjasama dengan PAS susulan hubungan rapat parti itu dengan Bersatu dalam PN.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata PAS beriltizam untuk memperkasakan MN dan PN yang ditubuhkan secara bersama.

"Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat.

"Maka adalah haram kita memilih acuan akal manusia yang sempit sekadar menyelamatkan diri masing-masing, puak masing-masing dan kedudukan masing-masing, bukannya berwadahkan umat yang besar dan wawasan yang jauh daripada dunia sehingga akhirat," katanya lagi.

Sebelum ini, timbul juga spekulasi yang beberapa pihak dalam Umno cuba membentuk kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Annuar Musa, yang dilihat sebagai pendukung PN, mendakwa akuan bersumpah (SD) dikumpulkan untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/pas-pertahan-mn-dan-pn-tolak-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Pakatan Baharu Pelbagai Jenama Presiden Pas

Tolak Pakatan Baharu Pelbagai Jenama Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 239 hits
Sebarang usaha membentuk pakatan baharu dengan pelbagai jenama perlu ditolak dalam keadaan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional baru ditubuhkan Ibarat menyemai benih baharu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berkata apa yang diharapkan ...
Sebagaimana Terengganu Umno Kelantan Juga Tolak Kerjasama Dengan Pas

Sebagaimana Terengganu Umno Kelantan Juga Tolak Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 311 hits
Bagi Umno Kelantan Pas tidak pernah jujur dan ikhlas apabila mahu bekerjasama dengan mereka Kalau Pas itu jujur dan ikhlas dengan kita sepatutnya dia bagilah satu atau dua Exco kerajaan negeri Kelantan kepada kita Sebagaimana Terengganu Umn...
Pertikaikan Kerjasama Pas Tak Berkecil Hati Dengan Umno Akan Terus Usaha Penyatuan

Pertikaikan Kerjasama Pas Tak Berkecil Hati Dengan Umno Akan Terus Usaha Penyatuan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 321 hits
KOTA BHARU PAS sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama UMNO Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada...
Mca Pertahan Karikatur Komunis Umno Pas Pakat Senyap

Mca Pertahan Karikatur Komunis Umno Pas Pakat Senyap

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 291 hits
Nasib yang pertahan Komunis ni MCA Kalau DAP hat pertahan Mau bergegar gunung jerai tu depa menjerit Tapi itulah hakikatnya bila ada pakar sejarah mendakwa MCA sebenarnya parti yang mempunyai susur galur dan sejarah dengan Komunis iaitu par...
Hanya 18 Kerusi Pas Tolak Umno

Hanya 18 Kerusi Pas Tolak Umno

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 526 hits
Pas tolak cadangan Umno bentuk pakatan baruJanuary 3 2021 PAS hari ini mempertahankan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dan menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baru Menyifatkan MN dan PN sebagai benih yang baru tumbuh subu...
Wujud Gerakan Kerjasama Umno Dap Bentuk Kerajaan Baru Dakwa Annuar

Wujud Gerakan Kerjasama Umno Dap Bentuk Kerajaan Baru Dakwa Annuar

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 317 hits
PUTRAJAYA Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa mendakwa beliau menerima laporan wujud gerakan daripada Umno untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu Ahli Parlimen Keterah itu berkata susulan gerakan itu...
Pas Tolak Gabungan Politik Dianggotai Dap Pkr

Pas Tolak Gabungan Politik Dianggotai Dap Pkr

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 237 hits
PAS menegaskan pendirian bahawa parti itu tidak akan menerima gabungan politik yang dianggotai oleh DAP dan PKR Memetik laporan Harakahdaily Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata jajaran baharu politik negara yan...
Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Masak Ayam Paprik Tapi Rasa Macam Chef Thai Yang Buat Serius Padu

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Retaining Top Talent For Businesses

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Mihun Oh Mihun

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Nilai Rm100 Kita Berbeza

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan