Pas Parti Langau


PAS Parti Langau | Apakah muslihat yang cuba dicapai oleh PAS dalam apa yang dikatakan “usul keyakinan” untuk Dr Mahathir Mohamad menghabiskan satu penggal penuh sebagai perdana menteri

Jelas sekali, parti tersebut tidak bertindak di atas niat yang baik

Tidak timbul keperluan untuk usul tersebut. Kedudukan pentadbiran yang ada di Dewan Rakyat tidak dipersoalkan

Kerajaan masih mempunyai majoriti dengan 139 daripada 222 kerusi (iaitu 129 dari Pakatan Harapan dan sembilan dari Warisan serta satu dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu atau Upko)

Tiada sesiapa yang mahu mencuba undi tidak percaya

Malah, usul PAS, sekalipun jika dibahaskan dan diluluskan (memandangkan urusan kerajaan didahulukan di parlimen) tidak sekali-kali mengikat dari sudut perundangan

Ini tidak menghalang Dr Mahathir untuk meletak jawatan apabila beliau mahukan. Dan kerajaan akan tetap tumbang sekiranya ada undi tidak percaya yang diluluskan kemudian

Pada masa yang sama, kelakuan PAS adalah pelik memandangkan sekutu mereka, Umno baru memenangi dua pilihan raya kecil parlimen berturut-turut

PAS Parti Langau
Pembangkang yang waras dan rasional akan menjadikan ini bukti kerajaan yang ada semakin hilang keyakinan rakyat, bukan cuba masuk menerusi pintu belakang

Lebih-lebih lagi, sebahagian besar kempen PRU14 mereka menumpukan untuk menyerang Dr Mahathir

Justeru, mengapa PAS melanggar mandat pengundi mereka, serta parti sekutu “Muafakat Nasional” mereka, Umno dan BN

Wujud pelbagai khabar angin bahawa ini menuju ke arah pembentukan kerajaan "pintu belakang" yang baharu

Tujuan langkah ini adalah untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri sebagaimana termaktub dalam Muafakat Pakatan Harapan

Sejauh mana kerajaan yang diuar-uarkan ini akan dianggap sah dan dapat bertahan, masih menimbulkan tanda tanya

Ini juga bertentangan dengan pengalaman yang dilalui PAS sebelum ini, memandangkan mereka menjadi mangsa taktik "pintu belakang" pada Darurat Kelantan 1977

Ketika itu, PAS (yang berada dalam BN) berpecah di antara Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir dan Yang Dipertua PAS Asri Muda

Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika itu mempunyai 36 kerusi: PAS 22, Umno 13 dan MCA 1

PAS Parti Langau
20 ADUN PAS meluluskan undi tidak percaya terhadap Nasir, sementara Adun BN keluar dewan

Menteri besar enggan meletak jawatan dan cuba membubarkan dewan. Timbul rusuhan

Darurat diisytiharkan antara 8 November 1977—12 Februari 1978, membolehkan menteri besar kekal di jawatannya

PAS ditendang keluar BN manakala Nasir menubuhkan parti Berjaya. Pada pilihan raya pada Mac 1978, Umno menang 23 kerusi, Berjasa 11 dan PAS 2

Umno mendapat jawatan menteri besar Kelantan manakala Berjasa menyertai BN. Namun PAS memenangi semula Kelantan pada 1990 dan kekal sebagai kerajaan negeri hingga hari ini

Selama berdekad-dekad PAS berkempen bagaimana mereka dimangsakan Umno. Atas dasar itu, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang keras sebarang kerjasama PAS-Umno

Saya berharap PAS dapat kembali menjadi parti pembangkang yang bertanggungjawab seperti dahulu

Kita ada banyak tugas di hadapan kita - termasuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi sedunia kerana wabak Covid-19 (koronavirus).

PAS Parti Langau
PAS boleh membantu negara atau menjadi langau yang tidak berfaedah. Pilihan di tangan mereka

Pilihan mana sekalipun, rakyat akan menilai


NIK NAZMI NIK AHMAD ialah ketua setiausaha pengelola serta anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR merangkap anggota parlimen Setiawangsa.




http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/02/pas-parti-langau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 489 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata gesaan PAS supaya kerajaan mengharamkan DAP adalah pemikiran dan pendekatan lama BANGI Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP susulan beberapa pimpinan parti itu...
Pkr Pan Bukan Parti Melayu Presiden Pas

Pkr Pan Bukan Parti Melayu Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Pembentukan Muafakat Nasional mendahulukan parti parti Melayu Islam kerana menyedari bahawa politik Malaysia mesti dikuasai oleh kaum yang mendominasi iaitulah orang Melayu Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berk...
Khas Buat Umno Dan Pas Yg Buat2 Tak Tau Selalu Tidak Bersyukur

Khas Buat Umno Dan Pas Yg Buat2 Tak Tau Selalu Tidak Bersyukur

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 255 hits
KHAS BUAT UMNO DAN PAS YG BUAT2 TAK TAU SELALU TIDAK BERSYUKUR I Suri Kwsp Rm40 Sebln Rebat TNB Rm40 Sebln BSH Minima Rm1200 Setahun Wad MySalam Rm50 Sehari Utk Selama 14 Hari Dlm Setahun Bayaran Pnyakit Kritikal MySalam Rm8000 Bayaran Inse...
Pas Bikin Panas Kerajaan Pakatan Nasional

Pas Bikin Panas Kerajaan Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 166 hits
PAS secara dasarnya bersetuju dengan pembentukan Pakatan Nasional sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan bagi mengembalikan negara ke landasan asalnya namun ia mestilah mengikut lunas demokrasi Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagaimanapun be...
Umno Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama Pas

Umno Akan Terus Memperkasakan Muafakat Nasional Bersama Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 309 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerja bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar ...
Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 301 hits
PAS is open to the formation of a Pakatan Nasional unity government to bring the country back to its original path says party president Abdul Hadi Awang However it must follow the principles of democracy the PAS stalwart warned While saying...
Pas Secara Dasar Setuju Pakatan Nasional

Pas Secara Dasar Setuju Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 172 hits
BERITAPAS secara dasarnya bersetuju dengan pembentukan Pakatan Nasional sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan bagi mengembalikan negara ke landasan asalnya namun ia mestilah mengikut lunas demokrasi Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagaimana...
Ahli Pas Ajak Hijrah Akibat Ego Razman

Ahli Pas Ajak Hijrah Akibat Ego Razman

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 304 hits
IPOH Tindakan seorang ahli Pas menasihati pemimpinnya membawa padah apabila beliau dilabel sebagai anwarinas Ahmad Albab di dalam satu komen di laman Facebook telah menasihati Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berhubung komen komen pemim...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free