Pas Bikin Panas Kerajaan Pakatan Nasional


PAS secara dasarnya bersetuju dengan pembentukan 'Pakatan Nasional' sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan bagi mengembalikan negara ke landasan asalnya, namun ia mestilah mengikut lunas demokrasi.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai pakatan itu sebaliknya ketika ini PAS dan Umno memberi fokus kepada Muafakat Nasional.

"Sehingga hari ini masih terlalu awal untuk kita buat keputusan, perlu teliti satu persatu, langkah awalnya kita adakan Muafakat Nasional untuk satukan kuasa politik Melayu Islam, ini yang utama.

"Satu keperluan dan mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa, masalah nama tak timbul yang penting ada konsep muafakat," katanya ketika ditemui media di Ruslia, Terengganu, hari ini.

Hadi berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai spekulasi pembentukan Pakatan Nasional yang didakwa dirintis Bersatu dan Umno.

Ditanya jika PAS menyokong cadangan penubuhan Pakatan Nasional, Hadi secara ringkas menjawab: "Itu pakatan kita menyokong, dasar kita menyokong."

Pakatan Nasional menimbulkan spekulasi sebagai satu gabungan politik Umno, PAS dan Bersatu.

Spekulasi itu tercetus pada 3 Feb lalu apabila Anggota Majis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendedahkan mengenai perkara tesebut.

Lokman tampil membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang 'presiden yang lemah' dan tiada jati diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengepil petikan rakaman audio sepanjang tiga minit 18 saat, yang didakwanya diucapkan Zahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pula dalam satu kenyataannya mengingatkan parti itu supaya tidak "terpesona dengan nafsu" berhubung spekulasi kerajaan campuran membabitkan Bersatu, Umno dan PAS.

Hari ini, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dijangka akan memuktamadkan isu kerjasama dengan Bersatu.

Dalam pada itu, Hadi berkata sememangnya ada keperluan untuk membentuk satu pakatan ataupun gerakan baru memandang kerajaan PH kini semakin bercelaru dan didominasi bukan Islam.

Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum yang majoritinya kaum Melayu beragama Islam, Putrajaya sepatutnya dikuasai oleh bumiputera.

"Kuasa politik Melayu, Islam mesti mendominasi pemerintah hari ini, kita lihat ada "kecanggungan" (kepincangan) dalam PH hari ini.

"Kita melihat kuasa politik orang Melayu Islam terancam kerana PH didominasi bukan Islam," katanya.

Tambah Hadi lagi, sebarang perubahan kerajaan perlulah melalui proses demokrasi dan tidak perlu dilakukan secara gopoh.

Katanya, banyak cara proses demokrasi yang boleh dipraktikkan di negara ini untuk menukar kepimpinan negara, antaranya melalui undi tidak percaya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/pas-bikin-panas-kerajaan-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pakatan Nasional Dibentuk Akhir Februari

Kerajaan Pakatan Nasional Dibentuk Akhir Februari

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 309 hits
Via WhatsApp Jika ikut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam UMNO akan memutuskan menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Keputusan itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Februari ini Jika...
Kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam Guan Eng

Kerajaan Pintu Belakang Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 447 hits
KUALA LUMPUR Pembentukan Pakatan Nasional bagi membenarkan Pas dan Barisan Nasional mengambil alih Pakatan Harapan dan Kerajaan Malaysia menerusi pintu belakang adalah bahaya kepada rakyat Malaysia Ini kerana pakatan itu akan didominasi ole...
Undi Percaya Pas Akan Menyebabkan Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Undi Percaya Pas Akan Menyebabkan Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 453 hits
Sekiranya kurang dari 50 ahli parlimen menyokong undi percaya PAS ia akan menjadi undi tidak percaya dan bukan saja Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi seluruh kerajaan Pakatan Harapan akan jatuh Dan sekiranya kerajaan alternatif gagal ditubuhka...
Pas Secara Dasar Setuju Pakatan Nasional

Pas Secara Dasar Setuju Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 321 hits
BERITAPAS secara dasarnya bersetuju dengan pembentukan Pakatan Nasional sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan bagi mengembalikan negara ke landasan asalnya namun ia mestilah mengikut lunas demokrasi Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagaimana...
Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 678 hits
PAS is open to the formation of a Pakatan Nasional unity government to bring the country back to its original path says party president Abdul Hadi Awang However it must follow the principles of democracy the PAS stalwart warned While saying...
Pakatan Nasional Usaha Pas Pastikan Ph Pecah

Pakatan Nasional Usaha Pas Pastikan Ph Pecah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 313 hits
Parti pembangkang cuba memecah belah Pakatan Harapan bagi meraih sokongan rakyat kata seorang penganalisis politik Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia yang memberi pandangan berhubung suasana politik dalam negara...
Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

Umno Pas Fokus Muafakat Nasional Tak Pernah Bincang Pakatan Nasional Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 540 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan PAS tidak pernah berbincang berkaitan Pakatan Nasional sebaliknya membincangkan Muafakat Nasional untuk terus diperkasa Katanya Muafakat Nasional perlu dijiwai oleh semua oran...
Pakatan Nasional Muslihat Pembangkang Goncang Ph

Pakatan Nasional Muslihat Pembangkang Goncang Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 333 hits
Pakatan Nasional muslihat pembangkng goncang PH Oleh February 09 2020Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap usaha membentuk kerajaan Pakatan Nasional adalah muslihat pembangkang menggoncang kestabilan kerajaan sedia ...
Anwar Pakatan Nasional Hanya Propaganda Pembangkang

Anwar Pakatan Nasional Hanya Propaganda Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 615 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang asas pada dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat Parti Amanah Negara dan Gabungan Parti Sarawak yang menyokong Pakatan Nasional Tegasnya...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

The Colours Of Life Ps5 Tekken 8

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan Dolla Terbela

Program Arab Saudi Winter Is Alive

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

10 Cadangan Perfume Lelaki Bau Alam Air Terjun Segar Natural Menarik

Bila Dah Lama Tak Update Blog

Heidi Klum S Legs And Feet In Tights 22