Pas Pahang Persoal Anwar Mohon Imuniti Dalam Kes Saman Sivil Difailkan Bekas Penyelidiknya Yusoff Rawther




KUANTAN: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon imuniti daripada Mahkamah Persekutuan dalam kes saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther, menunjukkan kelemahan dan ketakutan beliau berhadapan dengan proses keadilan.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Aireroshairi Roslan berkata, sebagai pemimpin yang sering bercakap tentang reformasi, tindakan ini bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkannya.
Menurutnya, rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas, bukan melihat pemimpin tertinggi negara lari daripada tanggungjawab.
“Saya dengan tegas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang memohon imuniti daripada Mahkamah Persekutuan dalam kes saman sivil oleh Muhammed Yusoff.
“Perlu saya ingatkan bahawa Raja-Raja Melayu sendiri tidak mempunyai imuniti mutlak seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 181 dan 183 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, tidak wajar bagi Perdana Menteri yang hanya rakyat biasa memohon imuniti sedemikian,” katanya pada Khamis.
Terdahulu, Anwar memohon Mahkamah Tinggi untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan bagi diputuskan.
Permohonan itu termasuk persoalan sama ada beliau mempunyai imuniti daripada saman sivil yang difailkan oleh Muhammed Yusoff empat tahun lalu.
Aireroshairi berkata, tindakan tersebut mencerminkan arogansi kuasa dan merendahkan martabat institusi Perdana Menteri.
“Anwar seolah-olah meletakkan dirinya di atas undang-undang, padahal prinsip demokrasi menegaskan bahawa tiada siapa berada di atas undang-undang,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa fakta penting yang perlu diberi perhatian ialah kejadian yang didakwa berlaku pada 2 September 2018, iaitu sebelum Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Ujarnya, pada masa itu, Anwar hanya rakyat biasa tanpa sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.
Justeru, permohonan imuniti berdasarkan kedudukan sebagai Perdana Menteri tidak relevan untuk melindungi perbuatan peribadi sebelum memegang jawatan.
“Ini helah undang-undang untuk mengelak tanggungjawab masa lalu. Saya bimbang akan pola penindasan terhadap Muhammed Yusoff selepas pendedahannya.
“(Muhammed) Yusoff lulus ujian poligraf empat jam di Bukit Aman dan didapati bercakap benar, namun kemudiannya dikenakan pertuduhan jenayah berkaitan dadah dan senjata api,” katanya.
Beliau menambah, keadaan ini menimbulkan persoalan serius berkaitan penyalahgunaan kuasa dan menyerupai taktik membungkam saksi, bertentangan dengan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh kerajaan reformasi.
Sehubungan itu, Aireroshairi mendesak Anwar supaya menghentikan tindakan yang disifatkan memalukan dan berhadapan dengan mahkamah secara terhormat.
“Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang lari daripada tanggungjawab, tetapi pemimpin yang berani menghadapi kebenaran,” katanya.
Beliau juga menggesa agar rakyat Malaysia terus memantau dan mendesak ketelusan dalam kes ini.
“Keadilan bukan hanya untuk yang berkuasa, tetapi untuk semua rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat. Anwar perlu buktikan kelayakannya memimpin dengan berhadapan tuduhan secara berani, bukan bersembunyi di sebalik imuniti yang tidak wajar,” katanya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/pas-pahang-persoal-anwar-mohon-imuniti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 159 hits
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidiknya Muhammad Yusoff Rawther Yusoff sebelum ini mendakwa Anwar melakuk...
Anwar Denies Seeking Immunity After Losing Bid To Refer Yusoff Rawther S Suit To Apex Court

Anwar Denies Seeking Immunity After Losing Bid To Refer Yusoff Rawther S Suit To Apex Court

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 144 hits
T he prime minister says he will continue to discharge his responsibilities without distraction or compromise from the civil suit brought against him by Yusoff four years ago He said he wanted the apex court to rule whether Articles 39 40 a...
Kes Yusof Rawther Vs Anwar Ibrahim

Kes Yusof Rawther Vs Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 108 hits
Semalam ada kawan minta untuk ulas berkaitan dengan permohonan Anwar Ibrahim untuk merujukkan 8 soalan undang undang kepada Mahkamah Persekutuan Di dalam S 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964 menyatakan Mahkamah Tinggi boleh merujukkan isu isu b...
Bicara Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Di Tunda 2 Mac Tahun Depan

Bicara Kes Saman Rm1 Juta Kerajaan Pahang Terhadap Aktivis Alam Sekitar Khaidir Ahmad Di Tunda 2 Mac Tahun Depan

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Perbicaraan kes saman RM1 juta Kerajaan Negeri Pahang terhadap aktivis alam sekitar yang juga bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad yang dijadualkan pada 18 hingga 30 Mei di Mahkamah Tinggi Temerloh telah ditunda pada ...
Imuniti Pm Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Rujuk Persoalan Undang Undang Ke Mahkamah Persekutuan

Imuniti Pm Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Rujuk Persoalan Undang Undang Ke Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang undang kepada Mahkamah Persekutuan termasuk sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan sa...
Anwar Cepat Saman Mahazalim

Anwar Cepat Saman Mahazalim

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 87 hits
Dr Mahathir belum puas selagi Anwar tak jatuh dia pula main isu Pengampunan DSAI pada ketika beliau jadi PM 7 dulu KYDMM Tuanku Agong telah memberi pengampunan penuh kepada DSAI semua orang ingat Tun Dr Mahathir yang minta rupanya BUKAN DIA...
Caprice Sekolahkan Netizen Bengap Persoal Mangsa Rakam Video 99 9 Kes Gangguan Seksual Akan Jadi Nfa Kalau Tiada Bukti

Caprice Sekolahkan Netizen Bengap Persoal Mangsa Rakam Video 99 9 Kes Gangguan Seksual Akan Jadi Nfa Kalau Tiada Bukti

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 82 hits
Penyanyi dan pempengaruh popular Caprice menyeru agar mana mana wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual segera kumpulkan bukti termasuklah merakam video supaya pelaku boleh dibawa ke muka pengadilan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ram...
Jet Hawk Fly Dari Ktu Kepala Batas Ke Base Tudm

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf

Parlimen Iran Putus Tutup Selat Hormuz

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk

Bahrain Kuwait Prepare For Possible Iran Conflict Spread

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Paydibs Neo Makes In Store Payments Way Easier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Play88 Login Fast Secure Access To Malaysia S Top Online Casino

Lirik Lagu Pamit Alha Alfa Feat Amylea

Humans Thinking S Pattern

Kenangan Coffee

Sunnah Puasa 9 10 Muharram

Kuih Sopang Pandan Ke Badak Berendam Pandan