Pas Lega Perkembangan Siasatan Sprm


N Faizal Ghazali      
PAS lega dengan perkembangan terbaru siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan penyaluran RM90 juta dana 1MDB kepada pemimpin parti mereka.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini yang memetik sumber SPRM yang mengatakan bahawa siasatan setakat ini mendapati tiada dana dari 1MDB dalam jumlah berkenaan yang disalurkan ke akaun bank rasmi parti itu.

"Kita sudah menegaskan beberapa kali bahawa dakwaan terima dana itu adalah tidak benar dan fitnah.

"Tohmahan itu dilakukan semata-mata mahu menjatuhkan imej PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu

"Kalau berita ini benar, alhamdulillah kerana kita sudah tegaskan beberapa kali, malah turut dijelaskan sendiri oleh (bekas perdana menteri) Najib Razak dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan," katanya selepas merasmikan kafe, Al Khatiri Kofee, di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Terdahulu, dalam laporan yang dimaksudkan, sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin PAS yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.

Pada 2 Feb lalu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman memaklumkan bahawa Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report di luar mahkamah.

SPRM kemudian membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu berkenaan pada 5 Feb lalu.

SPRM setakat ini sudah memanggil beberapa pemimpin PAS termasuklah anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat SPRM Kelantan bagi memberi keterangan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/pas-lega-perkembangan-siasatan-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Buka Kertas Siasatan Berhubung Dana Rm90 Juta Diberi Kepada Pemimpin Pas

Sprm Buka Kertas Siasatan Berhubung Dana Rm90 Juta Diberi Kepada Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 717 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat seorang individu berhubung dana RM90 juta dibayar kepada pimpinan PAS lapor FMT yang memetik sumber dalaman suruhanjaya berkenaan Kami t...
Rm90j Pas Sambut Baik Sedia Beri K Sama Sprm

Rm90j Pas Sambut Baik Sedia Beri K Sama Sprm

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR 7 Feb Pas bersedia untuk menzahirkan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan telah menerima RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin parti itu Setiausaha Agungnya Datuk ...
Sprm Akan Siasat Pemimpin Pas Isu Rm90juta

Sprm Akan Siasat Pemimpin Pas Isu Rm90juta

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 495 hits
SATU LAPORAN Polis telah dibuat secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras Kuala Lumpur pada Selasa Tuduhan Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup secara politik ole...
Pas Berjanji Akan Memberi Kerjasama Sepenuhnya Kepada Sprm Takiyuddin Hassan

Pas Berjanji Akan Memberi Kerjasama Sepenuhnya Kepada Sprm Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 352 hits
PAS berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya di dalam siasatan SPRM berkaitan dakwaan PAS menerima RM90 juta dari bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak termasuk menyerah penyata akaun bank parti
Selamat Datang Sprm Kata Anggota Jawatankuasa Pusat Pas

Selamat Datang Sprm Kata Anggota Jawatankuasa Pusat Pas

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 324 hits
Diterbitkan Hari ini 11 33 tengahariPAS tidak tertekan dengan kemungkinan SPRM menyiasat dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Sebaliknya anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengalu aluka...
Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 481 hits
Foto oleh IsmawebKUALA LUMPUR Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS Menurut sumber kertas siasatan berhubung kes ber...
Hadi Cuba Mengemis Pada Dr Mahathir Supaya Sprm Tidak Dakwa Pemimpin Pas

Hadi Cuba Mengemis Pada Dr Mahathir Supaya Sprm Tidak Dakwa Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 544 hits
SEORANG pemimpin Pas bagaikan terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Presiden beliau Hadi Awang memberi JAMINAN Pas TIDAK akan menyokong BN di Pilihanraya Kecil Semenyih Beliau cuba memberi gambaran seolah olah Dr Mahathir...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Drama Kelas Belakang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia