Pas Lawatan Sosial Beg Diselongkar Kereta Sewa Dan Dormani Hotel


[Catatan Trip ke Kuching - Hari Pertama | Jumaat, 17 Mei 2024]
Hari Jumaat 17 Mei lalu merupakan cuti umum bagi negeri Perlis sempena Hari Keputeraan Raja Perlis. Bersambung pula cuti hujung minggu hari Sabtu dan Ahad serta ditambah dengan cuti tahunan 1 hari, maka dapatlah saya dan Encik Suami merealisasikan trip ke Kuching selama 4 hari 3 malam

Penerbangan menaiki pesawat Firefly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lewat kira-kira 50 minit dari jadual asal. Entah apa sebabnya saya pun tak pasti

Di dalam pesawat, saya duduk di kerusi 7F - tepi tingkap. Trip kali ini, Encik Suami beli tiket penerbangan dengan pakej servis - one time flight change, baggage 20 kg & seat selection. Menurut Encik Suami yang menguruskan hal pembelian tiket, total harga tiket berserta servis begini lebih rendah berbanding jika kami beli tiket tambang asas. 
Pemandangan indah bandar raya Kuching dari jendela pesawat.Alhamdulillah penerbangan kami selama kira-kira 1 jam 40 minit lancar dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar pukul 12.40 tengah hari


PAS LAWATAN SOSIALSatu hal yang unik, iaitu apabila kita rakyat Malaysia berasal dari Semenanjung Malaysia mengunjungi Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) kita perlu menggunakan dokumen perjalanan. Kita boleh memilih untuk menggunakan pasport atau boleh mendapatkan Pas Lawatan Sosial sebaik tiba di Sarawak

Pas Lawatan Sosial saya, entah bagaimana boleh tertera alamat rumah sewaktu menetap di Kajang.Kami memilih untuk tidak menggunakan pasport. Sebaik tiba di lapangan terbang, saya cuma perlu hulurkan kad pengenalan di kaunter Balai Ketibaan. Sehelai kertas iaitu Pas Lawatan Sosial diberi untuk kita masuk dan berada di Sarawak selama 90 hari. Kertas ni kena simpan elok-elok tau sebab ia perlu dikembalikan semasa balik nanti


BEG DISELONGKAR!Biasanya kami bawa semua beg naik kabin (hand carry baggage), tetapi kali ini kami perlu bawa lebih kelengkapan sebab nak melakukan aktiviti eksplorasi hutan. Jadinya, ada dua buah beg masuk kargo (check-in baggage) - sebuah beg tarik/troli dan sebuah backpack. Semasa check-in, timbangan berat beg kami 8 kg dan 10 kg

Sewaktu mengambil beg-beg tersebut di lapangan terbang Kuching, saya perasan ada semacam gumpalan tisu di zip backpack. Saya rasa ada sesuatu tak kena. Saya terus minta Encik Suami buka beg tersebut di situ juga. Apabila dibuka, jelas kelihatan sebuah beg kecil kepunyaan saya sudah terbuka luas zipnya. Dalamnya berisi toner, moisturizer & sunscreen dan barang kecil lain. Tiada barang yang hilang dalam beg kecil tersebut. Gumpalan tisu tadi pula merupakan tisu yang terkeluar dari pek tisu yang saya bawa dalam beg

Selaku orang yang menyusun dan mengemas barang dalam beg, saya tahu apa isi setiap beg. Saya mula memeriksa setiap barang dalam beg tersebut dengan hati berdebar. Hasil pemeriksaan mendapati sebuah lampu suluh jenama Olight milik Encik Suami telah dicuri

Backpack kami, beg kecil saya yang dah terbuka dan alat penimbang di kaunter aduan/tuntutan.Berhampiran tempat mengambil beg, terdapat kaunter aduan/tuntutan setiap syarikat penerbangan. Kami ke kaunter Firefly bagi membuat laporan. Seorang staf wanita dan seorang lelaki wakil bahagian keselamatan lapangan terbang turut hadir sebagai saksi. Backpack kami ditimbang, terbukti ada barang yang hilang kerana berat berkurang 550 gram daripada timbangan semasa check-in.
Kami diminta isi borang dan menjawab beberapa pertanyaan. Kami juga diminta mengemukakan tuntutan melalui e-mel berserta salinan resit pembelian barang yang hilang. Bab resit agak sukar juga untuk dicari kembali kerana pembelian berlaku beberapa tahun lalu

Menurut staf wanita tadi, dia ada bersama di tempat beg tiba. Mungkin maksudnya, beliau tak nampak sebarang aktiviti mencurigakan ke atas beg penumpang. Kami pula bersependapat, perbuatan ini berkemungkinan besar dilakukan oleh pengendali bagasi di lapangan terbang Pulau Pinang kerana kelewatan penerbangan selama 50 minit memberi cukup masa untuk si pencuri

Pengajaran dan PeringatanIanya suatu pengajaran dan peringatan buat kami, terutamanya saya selaku orang yang menguruskan hal beg. Semua check-in baggage wajib ada perlindungan - berkunci atau balut plastik (shrink wrap). Memang itu tak menjamin 100% sebab kalau orang nak mencuri dia tetap ada banyak cara untuk buka beg kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha. Dalam kes saya ni, hanya beg tarik yang berkunci dan bersarung khas. Backpack sepatutnya kami nak balut plastik dan saya dah siap bawa shrink wrap saiz kecil, tetapi bila tiba di lapangan terbang terlupa pula terus menuju ke kaunter check-in.
Satu lagi, jangan sesekali simpan barang yang kita rasa sangat berharga di dalam check-in baggage. Sekali lagi dalam kes saya, ini merupakan kesilapan saya sebab letak lampu suluh yang harganya agak mahal di dalam check-in baggage yang tidak berkunci/dibalut plastik. Sebab masa letak tu saya dah rancang nak balut beg, jadinya insyaAllah selamat

InsyaAllah selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Pencuri akan sentiasa mencari peluang, jadi kita kena minimakan peluang mereka mencuri. Carian info mendapati, pencuri bukan saja mencuri barang berharga. Ada juga yang kehilangan sekadar roti Gardenia tetapi beg rosak kerana cubaan buka secara kasar


KERETA SEWAHasil carian di internet, kami memilih untuk menyewa kereta dari syarikat Ikram Transports. Sangat mudah berurusan, tempahan boleh dibuat melalui laman web ikramtransports.com. Masukkan saja jenis kereta dan tempoh masa sewaan, akan terpapar amaun yang perlu dibayar. Pihak syarikat akan menghubungi kita melalui WhatsApp bagi urusan selanjutnya

Kami menyewa sebuah kereta Perodua Axia (A) bermula pukul 1 petang 17 Mei 2024 sehingga pukul 4 petang 20 Mei 2024 dengan bayaran RM345. Kadar sewa harian sebanyak RM110/hari, jika sewa minima 3 hari dapat diskaun jadi RM100/hari. Vehicle security deposit (refundable) dikenakan sebanyak RM100

Kereta sewa kami.Ambil dan pulang kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Alhamdulillah dapat kereta dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah, juga selesa bersih luar dalam. Kalau kalian nak sewa kereta di Kuching, bolehlah cuba menyewa dengan Ikram Transports ni ya 👍🏽

DORMANI HOTELPenginapan kami pada hari pertama - Dormani Hotel yang terletak di Kampung Masjid, Kuching. Jaraknya dari lapangan terbang kira-kira 10 km. Hotel ini mempunyai bangunannya sendiri tetapi dengan ruang parkir yang terhad. Ketika kami tiba, ada acara sedang berlangsung dan tiada ruang parkir kosong. Terpaksalah kami parkir di luar kawasan hotel

Ambil bilik dengan harga cuma RM62.86, tak bolehlah nak berharap lebih. Ruang bilik dan bilik airnya kecil. Mujur masih muat untuk solat seorang diri, tapi tak dapatlah nak berjemaah. Untung juga masih ada tingkap, tidaklah rasa terperangkap di ruang kecil. Dalam bilik ini juga disediakan sejadah dan naskhah surah Yasin (dalam beg plastik warna merah). Pertama kali saya menginap di hotel ada disediakan naskhah surah Yasin

Hotel ini juga menyediakan sarapan, tapi kami cuma ambil bilik tanpa sarapan. Berhampiran hotel juga terdapat sebuah masjid dan kedai makan. Boleh berjalan kaki saja kalau nak ke masjid dan kedai makan. Secara keseluruhannya, hotel ini memuaskan tetapi kalau nak selesa kena ambil bilik lebih besar


Catatan hari pertama bersambung pada entri akan datang - mencuba hidangan tradisional masyarakat Melanau di Dapur Melanau









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/05/pas-lawatan-sosial-beg-diselongkar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Bayi 11 Bulan Sebak Terima Kereta Hilang Kata2 Anak Amp Keluarga Dibantu

Bapa Bayi 11 Bulan Sebak Terima Kereta Hilang Kata2 Anak Amp Keluarga Dibantu

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 182 hits
Bapa bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru paru kronik sebak apabila menerima sebuah kereta daripada seorang pengusaha kedai outomotif bagi membolehkan dia membawa anak anak dan keluarga berulang alik ke hospital bagi menjalani pemerik...
Polis Pemandu Kereta Dihempap Tayar Lori Tercabut Parah

Polis Pemandu Kereta Dihempap Tayar Lori Tercabut Parah

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 133 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myAnggota bomba memeriksa kereta yang remuk dihempap tayar lori tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur kelmarin FOTO tangkap layar video viral Kuala Lumpur Pemandu kereta yang tersep...
Kereta Membawa 8 Warga Myanmar Memecut 150km Sebelum Berjaya Ditahan

Kereta Membawa 8 Warga Myanmar Memecut 150km Sebelum Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 176 hits
Kejar 150km sebelum tahan pemandu 8 penumpang warga MyanmarRosli Ilhamam hmetro com mySetiu Polis terpaksa mengejar sebuah kereta sejauh 150 kilometer sebelum kenderaan itu berjaya ditahan di Jalan Jerangau Jabur dekat Ladang Sawit Aspek 2 ...
Gempak Betul Kereta Smart 3 Brabus Baru Ni Memang Hebat Rekaan Suv Coupe Fastback

Gempak Betul Kereta Smart 3 Brabus Baru Ni Memang Hebat Rekaan Suv Coupe Fastback

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 125 hits
Gempak habis Smart 3 BRABUS baru ni memang power Rekaan SUV Coupe fastback Pecutan 0 100 km j dalam 3 7 saat Mode Rocket Launch untuk pecutan maksimum Pengagihan berat 50 50 Bateri 66kWh Jarak perjalanan sehingga 415km Pengecasan perlahan 2...
Sebak Terima Kereta Bapa Bayi 11 Bulan Hidap Paru Paru Kronik Luah Rasa Syukur

Sebak Terima Kereta Bapa Bayi 11 Bulan Hidap Paru Paru Kronik Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 149 hits
Bapa kepada bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru paru kronik yang tular menaiki motorsikal beberapa hari lalu sebak menerima sebuah kereta Seorang pengusaha kedai outomotif dikhabarkan telah bermurah hati untuk menghadiahkan bapa ini ...
Kereta Dengan Roadtax Dah Lama Tak Bayar Sebab Abang Dah Tak Bagi Duit Bulanan Aku Syak Kak Ipar Hasut Sebab

Kereta Dengan Roadtax Dah Lama Tak Bayar Sebab Abang Dah Tak Bagi Duit Bulanan Aku Syak Kak Ipar Hasut Sebab

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 168 hits
Bagi pasangan yang sudah berkahwin pastilah suami yang akan menanggung semua perbelanjaan kerana ia menjadi kewajipan dalam agama Jika suami tidak bekerja perlulah diingatkan supaya cepat mencari kerja dan tidak meletakkan bebanan kepada or...
Baran Borak Tak Dilayan Isteri Gelak2 Lepas Campak Telefon Suami Keluar Kereta

Baran Borak Tak Dilayan Isteri Gelak2 Lepas Campak Telefon Suami Keluar Kereta

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 201 hits
Disebabkan baran borak tak dilayan seorang isteri telah mencampak telefon suaminya yang ketika itu sedang berbual melalui peranti tersebut keluar daripada kereta Bergaduh dalam kereta Video yang dikongsi pengguna Facebook tersebut telah men...
Bapa Bersyukur Tauke Kereta Terpakai Hadiahkan Kereta Proton

Bapa Bersyukur Tauke Kereta Terpakai Hadiahkan Kereta Proton

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 224 hits
Baru baru ini tular sebuah rakaman video yang memaparkan pasangan suami isteri membawa anak mereka menaiki motosikal ke hospital Namun apa yang lebih meruntun hati dan perasaan netizen apabila melihat anak kepada pasangan tersebut memakai a...
Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik

Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 164 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam Namun kata bapanya Mohd Azlan Is...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias