Pas Khianat Perjuangan Sanjung Tun M Di Pentas Ceramah




Pas telah membuang semangat juang yang diasaskan sejak lebih 3 dekad lalu menganggap Tun Mahathir sebagai musuh utama kerana menyebabkan tragedi Memali yang mengorbankan 13 syuhada dalam operasi menangkap ustaz Ibrahim Libya, apabila membawa bekas Perdana Menteri itu berucap di pentas ceramah Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam tadi.
Bagi Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, tindakan Pas terbaharu ini terang terangan mengkhianati semangat juang politik Islam era kepimpinan ulama Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Zinda Khalil menyifatkan Pas kini berada dalam persimpangan ideologi yang amat tenat kerana tunduk kepada Tun Mahathir yang tidak pernah meminta maaf kepada ahli Pas atau mengaku beliau tidak lagi berideologi liberal-sekular untuk diberi penghormatan menjadi sebahagian pimpinan jemaah Pas-PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“Sekarang kita tengok PN tenat apabila Hj Hadi pergi jumpa Tun M untuk kerjasama dalam PRN kali ini
“Kita tengok PN terutama Pas semakin risau dengan keadaan semasa, di mana Pas sudah melanggar habis prinsip perjuangannya apabila bekerjasama dengan Tun M.
“Kita tahu sebelum ini apa yang mereka tak kata kepada Tun M. Kepala liberal dan macam macam lagi.
“Sekarang Pas sanggup ‘jilat ludah’ demi kepentingan politik mereka. Bukan kepentingan perjuangan Islam. Sebelum ini Tun M macam macam kata kepada Pas, parti sesat, kes Memali dan macam macam lagi,” kata Zinda Khalil kepada Suara Keadilan.
Menurut beliau, rakyat Kelantan pada amnya mula mual dengan tingkah laku Pas yang melupakan perjuangan menolak asabiyah Melayu yang menjadi tunjang kekuatan Tun Mahathir.
Pas, katanya, bukan sahaja lemah dalam mentadbir negeri tetapi berbolak balik dan tidak lagi konsisten dengan perjuangan Islam.
Tegas Zinda Khalil, Tun Mahathir bukanlah orang yang sesuai untuk berada di atas pentas Pas kerana menjelang Pilihan Raya Umum tahun lalu pemimpin itu pernah menyatakan Pas parti kafir dan beliau tidak menarik balik tuduhan itu.
“Tun M sebelum ini pernah menyatakan Pas parti kafir. Hari ini kita tengok bahawa orang yang mengatakan Pas parti kafir itu ke pentas bersama pemimpin Pas. Bercakap bagi pihak Pas.
“Bermakna Pas sekarang ini tak ada nilai langsung perjuangannya, jauh beza dengan apa yang dibawa mereka sebelum ini,” kata Zinda lagi.
Tun Mahathir dalam satu sidang media tahun lalu pernah mendakwa Pas parti kafir kerana parti itu sanggup bekerjasama dengan UMNO yang berdekad lalu mereka telah kafirkan.
“Parti Pas ini kita dapati tindakan mereka pelik sikit kerana ia berbeza dengan pendirian mereka dulu. …dahulu Pas kata UMNO parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat.
“Tapi tanpa menafikan bahawa UMNO itu kafir, mereka bekerjasama dengan kafir, …dulu berjuang untuk Islam dan tidak boleh bekerjasama dengan kafir sebab akan jadi kafir.
“Tapi mereka bekerjasama dengan kafir, jadi mengikut tafsiran Pas, Pas sekarang ini parti kafir selagi mereka tak hapuskan dakwaan yang dibuat bahawa orang yang tidak bersama Pas itu adalah kafir,” kata Tun Mahathir dipetik Berita Harian bertarikh 16 September 2022.
The post Pas khianat perjuangan sanjung Tun M di pentas ceramah first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36573?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pas-khianat-perjuangan-sanjung-tun-m-di-pentas-ceramah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Kepada Ph Tak Terjejas Kehadiran Tun M Di Pentas Pas

Sokongan Kepada Ph Tak Terjejas Kehadiran Tun M Di Pentas Pas

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 194 hits
Tindakan Pas duduk sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu tindakan terdesak Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata melalui tindakan itu Perikatan Nasional seolah olah sudah tiada ruang lain apabila ...
Rafizi Tun M Kongsi Pentas Pas Pertemuan Geng Emosi

Rafizi Tun M Kongsi Pentas Pas Pertemuan Geng Emosi

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 227 hits
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLIBAYAN LEPAS Pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pentas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas disifatkan sebagai satu pertemuan geng geng beremosi Timbalan Presiden Parti Keadil...
Parti Islam Pas Sanjung Kluster Mahkamah

Parti Islam Pas Sanjung Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 420 hits
Perjuangan apakah sebenar nya yang dibawa oleh PAS Hendak kata PAS membawa kebenaran dan membela kezaliman pun tudak juga Ketika Datuk Seri Najib Razak dizalimi dan dianayai pada kes 1MDB tidak nampak pun PAS bersuara menegur cara kes diken...
Jaga Mulut Di Pentas Politik Mursyidul Am Pas Tegur Sanusi

Jaga Mulut Di Pentas Politik Mursyidul Am Pas Tegur Sanusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 275 hits
Hashim Jasin mengakui Sanusi Md Nor pemimpin PAS yang agak keras PETALING JAYA Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menegur Sanusi Md Nor supaya menjaga percakapan di pentas politik untuk mengelakkan kontroversi yang menyentuh sensitiviti berkaita...
Pn Kian Terdesak Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan Pas Kini Didukung

Pn Kian Terdesak Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan Pas Kini Didukung

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 506 hits
GUA MUSANG Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah kumpulan terdesak sehingga terpaksa sepentas dengan Perikatan Nasional Perdana Menteri mendakwa sebelum ini Dr Mahathir adalah individu yang paling kejam te...
Pas Patut Bagi Tun M Tanding Di Kuala Terengganu

Pas Patut Bagi Tun M Tanding Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 231 hits
Shahbudin HusinMeski Tun Mahathir Mohamad berharap agar PN memenangi keenam enam negeri dalam PRN 12 Ogos ini hubungan beliau sebenarnya masih dikira kekal pada tahap suam suam kuku saja dengan gabungan blok pembangkang itu Yang beria ia in...
Lupakan Sejarah Silam Pas Ampunkan Kesilapan Mantan Pm Tun Dr Mahathir

Lupakan Sejarah Silam Pas Ampunkan Kesilapan Mantan Pm Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 843 hits
KOTA BHARU Kesilapan yang pernah dilakukan oleh Bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M kepada PAS sebelum ini bagaikan terampun selepas tokoh berkenaan tampil buat kali pertama berucap di atas pentas parti itu pada program Munajat...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau