Pas Kehilangan Ruh Bentuk Wajah


 



RAMAI yang melihat Pas sekarang bukan lagi Pas yang mereka kenali dulu. Pas semasa zaman Yusof Rawa, Datuk Fadzil Nor atau Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu komited dengan wadah perjuangan mereka yang antara lainnya untuk menegak yang haq dan memerangi yang batil atau mungkar. Pas sekarang sudah banyak bertukar wajah, gaya dan cara. Sehingga ada yang mengatakan Pas sudah kehilangan ruh dan bentuk asalnya.

Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikelilingi oleh segelintir penasihat-penasihat serta dipagari orang-orang kuatnya, parti itu sudah kehilangan identiti dan wadah perjuangan asalnya sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak, khususnya kepada ahli dan penyokong mereka di peringkat akar umbi.

Berikut adalah beberapa contoh keputusan atau pendekatan yang telah diambil oleh Abdul Hadi yang membuat ramai terpinga-pinga tentang hala tuju parti itu:

1. Keputusan dan pendirian untuk mendampingi, menerima dan bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Razak dan Umno yang ramai menganggap sungguh pelik dan mencabar pemikiran yang logik kerana Pas sudah sekian lama memerangi kemungkaran dan kebatilan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

2. Mereka membuat keputusan untuk berkerjasama dengan Umno kononnya di atas alasan politik matang yang sejajar dengan prinsip tahaluf siyasi. Sedangkan umum semua tahu bahawa jurang perbezaan wadah perjuangan asal Pas dan Umno adalah begitu besar untuk dirungkaikan. Membuat ahli dan penyokong kedua-dua pihak menjadi keliru dan naik bingung.

3. Berbagai fatwa halal dan haram dikeluarkan untuk memenuhi agenda ini. Antaranya, satu masa dulu dikeluarkan fatwa bahawa wajib untuk Pas berkerjasama dengan DAP dalam usaha menentang kemungkaran kerajaan Umno/BN tetapi apabila sudah tergoda dengan Umno, maka fatwa haram pula dikeluarkan.

4. Tindak tanduk Pas semasa PRU14 pula menimbulkan banyak tanda-tanya. Pas tiba-tiba bertindak seperti parti yang kaya-raya yang mempunyai sumber serta dana kewangan yang begitu kukuh apabila memilih untuk bertanding dalam begitu banyak kawasan Parlimen dan Dun. Abdul Hadi mengatakan Pas mahu memerintah negara, malah pernah berkata bahawa Pas mahu menjadi 'kingmaker'. Apapun umum melihat ianya tidak lebih sebagai satu strategi untuk memecah undi dan menyekat kemaraan PH.

5. Pas dan Abdul Hadi gagal untuk bertindak ke atas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Datuk Husam Musa, bekas pemimpin Pas yang mendakwa Abdul Hadi telah dilemah dan dikompromikan oleh Najib dengan berbagai sogokan termasuk jawatan tinggi dalam Kerajaan Perpaduan dan pemberian wang yang besar sehingga mencecah RM90 juta.

Ancaman Abdul Hadi untuk mendakwa Rafizi dan Husam yang melemparkan tuduhan-tuduhan tersebut meleset tidak menjadi dan tinggal sebagai ancaman kosong sahaja apabila beliau gagal untuk menyaman mereka.

Baru-baru ini Abdul Hadi ada menyebut bahawa ada 'orang tengah' sedang memujuk Pas untuk menarik balik kes saman ke atas Clare-Rewcastle Brown dan Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London. Kurang jelas apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi dengan istilah 'orang tengah' dan 'tarik balik' itu. Pihak media dan pemerhati politik tanah air sudah mula membuat berbagai andaian dan spekulasi tentangnya. Antaranya ialah kemungkinan kes saman ini akan berkesudahan dengan Pas menarik balik saman tersebut dengan alasan-alasan tertentu.

6. Abdul Hadi juga asyik memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang yang sudah tidak relevan dalam arus politik perdana. Beliau juga sering menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kewibawaannya sebagai pimpinan besar dan mengungkit hal-hal peribadinya. Mengikut beberapa pemerhati politik negara, apabila menyingkap sejarah hubungan antara kedua-keduanya serta cetusan beberapa peristiwa di antara dua pemimpin itu, ada yang berpandangan seolah-olah wujud rasa dendam, cemburu, iri hati dan takut dalam hati dan sunabari Abdul Hadi terhadap Anwar.

7. Pas membuat keputusan awal untuk tidak bertanding di PRK Port Dickson. Ada pemimpin atasan yang berkata keputusan itu diambil kerana hendak memberi laluan mudah kepada Anwar selaku bakal PM . Tetapi Abdul Hadi dan penasihat-penasihatnya mengubah pendirian dan memutuskan untuk meletakkan calon, mungkin kerana kecewa dengan Umno dan BN yang membuat keputusan untuk tidak bertanding.

Politik Abdul Hadi mengelirukan

Dengan kepimpinan Abdul Hadi yang penuh dengan kontradik dan dianggap sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal Pas, maka kita tidak hairan ataupun terkejut bila Pas berpecah dua dengan terbentuknya parti Amanah oleh sebahagian pemimpin-pemimpin atasan disebut sebelum ini. Malah anak-anak pemimpin asal Pas seperti Mujahid Rawa, Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Aziz juga ikut meninggalkan Pas untuk menyambung perjuangan asal arwah bapa mereka dengan menyertai Amanah.

Tun Dr Mahathir sering menyebut bahawa politik yang diamalkan Pas telah membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya kerana agama Islam. Dan katanya lagi bahawa perpecahan akan berterusan selagi Pas menyalahtafsir dan menyalahgunakan ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin asal Pas seperti Ustaz Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Raja Kamarul Bahrin Ahmad ikut kecewa dan berdukacita dengan tindak tanduk serta politik Abdul Hadi. Ahli dan penyokong Pas, khususnya di pantai timur, mereka perlu berani menilai secara objektif dan kritikalnya apakah yang Abdul Hadi perjuangkan sekarang?

Dan apakah kepimpinan Pas hari ini menepati wadah perjuangan asal parti atau telah menyimpang jauh? Mereka juga perlu merenungi mengapa Melayu di pantai barat yang dikira lebih maju sudah tidak menyokong Pas?

Dengan kehidupan moden yang dipacu oleh internet dan dunia yang lebih terbuka, mereka mempunyai akses yang lebih mudah sekarang untuk mendapat laporan dan liputan berita tentang keadaan dan realiti semasa melalui sumber-sumber internet atau media alternatif selain dari sumber saluran parti.

Dengan pengetahuan yang lebih jelas dan lebih mendalam, hati mereka akan lebih terbuka dan minda lebih kritikal untuk membolehkan mereka membuat pilihan dan keputusan yang lebih tepat bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.

Pun begitu, penulis masih menaruh harapan agar Pas akan kembali ke pangkal jalan dengan ruh asalnya untuk menyambung semula apa yang telah diperjuangkan oleh kepimpinan parti itu sebelum ini. In sha ALLAH.

Wan Haron Wan Hassan,

Penulis Kanan Sinar Harian

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/pas-kehilangan-ruh-bentuk-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Patut Belajar Dengan Pas Jaga Ahli

Umno Patut Belajar Dengan Pas Jaga Ahli

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 225 hits
PAS dituduh curang dan khianat sebab sertai PN Pimpinan PAS tenang tidak melatah Tidak diperuntukkan sebarang kerusi bertanding di PRN Sabah Pimpinan PAS tenang malahan keluarkan kenyataan arah semua jentera parti seluruh negara turun lapan...
Selepas Serang Bersatu Kini Lokman Menyerang Pas Pula

Selepas Serang Bersatu Kini Lokman Menyerang Pas Pula

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 308 hits
Bekas ahli buangan Umno mendakwa Pas kini dikuasai oleh tiga pemimpin parti itu yang dinamakan sebagai Geng Publika yang sentiasa bermesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin Menurut...
Isham Jalil Jawab Kenyataan Su Agong Pas Dengan Angkuh

Isham Jalil Jawab Kenyataan Su Agong Pas Dengan Angkuh

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 2278 hits
Dengan segala hormat PERTAMA Merujuk kepada setiap ayat perkataan dan keseluruhan perenggan perenggan dalam Piagam Muafakat Nasional tidak ada satu pun yang merujuk kepada kesetiaan atau sokongan kepada Perdana Menteri lebih lebih lagi apab...
Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 275 hits
PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Ahli Parlimen Umno terhadap YAB Perdana Menteri PAS merasakan jika benar keadaan ini ianya bermakna Umno telah tidak mematuhi per...
Pas Tuntut Penjelasan Dari Umno Mengenai Sokongan Kepada Anwar

Pas Tuntut Penjelasan Dari Umno Mengenai Sokongan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 348 hits
Dibayangi dengan khabar Anwar Ibrahim kini mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru PAS hari ini berkata parti itu akan mendapatkan penjelasan daripada rakan Muafakat Nasional mereka berhubung perkara berkenaan...
Explain Your Wavering Support For Muhyiddin As Pm Pas Tells Umno

Explain Your Wavering Support For Muhyiddin As Pm Pas Tells Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 290 hits
The Islamist party s secretary general Datuk Takiyuddin Hassan today said if the claims are true Umno has not complied with the Muafakat Nasional Charter signed on September 14 2019 whose goal is to unite the Muslims and defeat Pakatan Hara...
Warisan Terdesak Atau Pas Mewa

Warisan Terdesak Atau Pas Mewa

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 273 hits
Setelah PAS memenangi Pilihan Raya Umum 1990 di Kelantan Almarhum Dato Nik Aziz Nik Mat tidak khayal dengan kemenangannya sehingga menjadi mewa Beliau belajar dari pengkhianatan UMNO ketika menghadapi rusuhan pada 13 Mei 1969 parti itu diba...
Umno Pun Ada Yang Nak Tanya Pas Jawab Asyraf Wajdi Kepada Takiyuddin

Umno Pun Ada Yang Nak Tanya Pas Jawab Asyraf Wajdi Kepada Takiyuddin

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 308 hits
PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung sokongan majoriti pemimpin parti itu untuk membentuk kerajaan baru bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim minggu depan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana perikatan i...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025