Pas Kata Jabatan Agama Bersyukur Menantu Hadi Awang Dilantik Exco


 

December 17, 2020 SAYA mendapat pelbagai respon positif dari warga Perak khususnya warga pendidikan dan jabatan agama. Mereka bersyukur dengan pelantikan dua Exco PAS dalam senarai lima lagi lantikan yang mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Nazrin Muizzuddin Shah semalam.
Saya memahami mengapa kegembiraan itu dizahirkan. Mereka dapat merasai kehadiran dua Exco ini di portfolio masing-masing. Keduanya membuktikan kerja keras membaiki ruang membangunkan rakyat.
Bertuahnya PAS diamanahkan dengan portfolio yang sangat dekat dengan hati mereka. Barangkali kerana itulah mereka dapat menjiwai portfolio yang diberikan.
Sebelum ini YB Hj Razman Zakaria memegang portfolio Pendidikan, Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil. YB Ustaz Akmal Kamarudin pula memegang portfolio Agama dan Penerangan. Kedua-dua YB PAS itu memikul amanah membangunkan manusia, satu bidang yang menjadi teras dalam perjuangan PAS iaitu Dakwah dan Tarbiah.
Di bidang Pendidikan, YB Razman sebagai Pesuruhjaya PAS sangat memahami bidang ini kerana PAS miliki institusi yang diasaskan sendiri bermula dari pra sekolah hingga ke Universiti. Di Perak ada PASTI, SRITI dan kini melebarkan SMITI.
PASTI telah menjadi darah daging PAS malah kebanyakan pemimpin muda PAS adalah graduan PASTI. SRITI kini sedang berkembang di Negeri Perak bersama SMITI bagi memenuhi tuntutan dan permintaan lepasan PASTI.
Ramai juga ahli PAS menubuhkan sekolah agama dan tahfiz sendiri. YB Hj Razman sendiri menguruskan tahfiz di kampung halamannya yang telah dibangunkan sekian lama. Tahfiz yang terletak di Kg Luat itu diuruskan anaknya dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan seluruh Perak.
Bagi yang mengenali YB Hj Razman, beliau adalah seorang ‘worker holic’. Ini turut diakui keluarganya. Sepanjang mengikuti beliau sebagai Exco Pendidikan, ternyata beliau sangat cakna meningkatkan prestasi pendidikan di Negeri Perak.
Beliau bercita-cita mengembalikan kedudukan akademik Perak dalam prestasi lima teratas. Berbagai usaha dirancang dan dibincang walaupun berdepan kekangan masalah COVID-19 yang merencatkan aktiviti bersemuka selain kekangan kewangan yang terpaksa mengutamakan bantuan keperluan rakyat Perak.
Beliau tidak langsung menyentuh persoalan politik dalam setiap ucapan beliau. Apa yang ditekankan ialah meningkatkan prestasi akademik, prasarana dan keprihatinan pelajar cemerlang dari kalangan B40. Terlalu banyak yang boleh saya kongsi namun bukan di ruangan terhad ini.
YB Akmal yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Perak juga menunjukkan prestasi cemerlang. Sebagai pendakwah sejak memimpin Dewan Pemuda pastinya tumpuan beliau ialah mengangkat prestasi dakwah dan perkembangan Islam di Negeri Perak. Beberapa usaha baru diperkenalkan bagi memudahkan urusan berkaitan agama dan syiar Islam di Perak.
Kedua-dua Exco Perak ini sangat mudah didampingi menjadikan mereka terus disayangi. Sembilan bulan tempoh awal sudah cukup menonjolkan prestasi dan mendekatkan mereka dengan masyarakat. Mereka sangat merasai denyut nadi warga Perak.
Sesungguhnya mereka telah diletakkan di posisi terbaik yang mereka telah berkhidmat lama sebelum diberi kuasa. Tentulah dengan amanah kuasa yang ada, semua urusan menjadi lebih mudah untuk mencapai kecemerlangan.
Ibarat sireh pulang ke gagang dan ikan kembali ke lubuk. Pastinya YAB Menteri Besar Perak yang baru akan memastikan keduanya meneruskan kecemerlangan yang ditunjukkan di bidang yang diamanahkan sebelum ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/pas-kata-jabatan-agama-bersyukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Adun Pas Tidak Akan Dilantik Exco Berniat Nakal Pada Saya Kata Ahli Dewan Negara Perak

Dakwaan Adun Pas Tidak Akan Dilantik Exco Berniat Nakal Pada Saya Kata Ahli Dewan Negara Perak

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 340 hits
Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat susulan hantaran fitnah di Facebook mengaitkannya dengan dakwaan tiada ADUN PAS dilantik EXCO IPOH Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini membuat lapo...
Most Pas Leaders Favour A Perikatan Bn Sarawak Coalition Grand Coalition Says Hadi Awang

Most Pas Leaders Favour A Perikatan Bn Sarawak Coalition Grand Coalition Says Hadi Awang

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 275 hits
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang today welcomed a formal charter to tie Perikatan Nasional Barisan Nasional and Gabungan Parti Sarawak into a super coalition as proposed by Bersatu secretary general Datuk Hamzah Zainudin Hadi said ...
Sah Menantu Hadi Kekal Exco Kerajaan Negeri Perak

Sah Menantu Hadi Kekal Exco Kerajaan Negeri Perak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 240 hits
December 15 2020 Kedua dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan ADUN Selama yang juga menantu Abdul Hadi Awang A...
Terkini Menantu Hadi Razman Dijangka Angkat Sumpah Exco Petang Ini

Terkini Menantu Hadi Razman Dijangka Angkat Sumpah Exco Petang Ini

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 211 hits
Terkini Menantu Hadi Razman dijangka angkat sumpah Exco petang iniSultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk melantik lima lagi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada jam 5 petang ini di Istana Kinta di sini Ahli Dewan Neg...
Lantikan Exco Perak Dari Pas Terserah Kepada Perkenan Sultan Perak Kata Saarani

Lantikan Exco Perak Dari Pas Terserah Kepada Perkenan Sultan Perak Kata Saarani

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 281 hits
IPOH Lantikan Exco daripada PAS dalam kerajaan negeri Perak hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad Beliau yang juga Ketua Umno negeri berkata pihaknya hanya boleh mencadangkan ...
Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 286 hits
IPOH Kedua dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan ADUN Selama Akmal Kamaruddin mengangkat sumpah jawatan di ha...
Pas Hilang Exco Selepas Tidak Dengar Nasihat Yang Betul Kata Istana Perak Haaa Tepukkk

Pas Hilang Exco Selepas Tidak Dengar Nasihat Yang Betul Kata Istana Perak Haaa Tepukkk

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 372 hits
Pas kehilangan jawatan Exco Perak selepas tidak mendengar nasihat yang betul kata Datuk Seri Mohd Annuar Zaini jurucakap Istana Perak The price for not listening to the right advice tulis Annuar menerusi facebook beliau ketika mengulas beri...
Pas Perak Tetap Mahu Jawatan Exco Agama

Pas Perak Tetap Mahu Jawatan Exco Agama

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 331 hits
Hanya Pas layak pegang Exco AgamaSITI NUR ZAWANI MISCONSetiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak Fairuz Hafiizh Othman tidak bersetuju sekiranya kerajaan Perak di bawah Menteri Besar baharu menukar portfolio yang sudah disandang ahli parti i...
Hanya Pas Layak Pegang Exco Agama

Hanya Pas Layak Pegang Exco Agama

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 262 hits
Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak Fairuz Hafiizh Othman tidak bersetuju sekiranya kerajaan Perak di bawah Menteri Besar baharu menukar portfolio yang sudah disandang ahli parti itu Beliau berkata adalah kerja bodoh dan jahat untuk me...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Drama Haluan

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya

Sawi Jepun Dan Tauhu Telur Dengan Sos Tiram Credit Mighaaa8

Jejak Ke Zaman Silam Setiap Benang Mengisahkan Cerita Dari Songket Diraja Ke Intr