Pas Johor Mungkin Bersendirian Pru 15



Pas Johor berkemungkinan memilih haluan berbeza berbanding keputusan parti itu di peringkat nasional dan dilihat lebih senang bersendirian dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-15.
Menurut catatan seorang pemerhati politik, Dr Ismadi Abd Samad, perkara itu telah dibincangkan secara serius setelah Umno dan Bersatu mengenepikan PAS Johor dalam banyak perkara.
Ia katanya, berkaitan lantikan ahli majlis, ketua kampung serta peneraju NGO peringkat negeri Johor yang sehingga kini belum dimuktamadkan.
“Kenyataan salah seorang Timbalan Pesuruhjayanya yang menyebut Pas Johor sebagai lemah untuk berunding berkenaan kedudukan ahlinya dalam pentadbiran negeri di dalam satu mesyuarat yang diadakan Sabtu lalu menampakkan berlaku perselisihan faham yang sangat ketara.
“Kesabaran dan ketenangan Pas Johor mengikut rentak permainan politik UMNO yang diterajui menteri besarnya seakan sudah menghampiri garisan sempadan.
“Ramai di kalangan ahli sudah mula bersuara. Hak mentadbir kerajaan (negeri) sengaja dinafikan dengan pelbagai alasan dangkal,” kata Dr Ismadi dipetik.
Menurut Dr Ismadi, Pas Johor turut mengesa agar semua ahli cawangan dan kawasan untuk bersedia bersendirian, namun arahan itu tidak dimaklumkan secara rasmi.
“Ura-ura itu dilihat jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku.
“Keengganan Menteri Besar dan Pengerusi Bersatu negeri (Johor) duduk berbincang dalam situasi menang-menang juga dianggap punca Pas Johor mengambil keputusan tersebut,” tambah Dr Ismadi lagi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mazri Yahya turut menyalin semula kiriman Dr Ismadi dan menyiarkannya semula di laman Facebook beliau.
Beliau turut meninggalkan catatan dan meminta pembaca menyatakan pendirian tentang sikap Umno dan Bersatu Johor terhadap dalam isu pembahagian jawatan dan lantikan politik di peringkat negeri.
“Ini adalah pandangan Dr Ismadi yang saya tidak kenal. Pandangan yang boleh diperdebatkan.
“Tapi apa pula pandangan saudara? kata Dr Mazri yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Soalan dikemukakan Dr Mazri itu turut disambut dengan pelbagai reaksi.
“Selagi Umno tu Umno…maka Umno selama-lamanya….banyak pengkhianatan daripada kesetiaan…” tulis pembaca bernama Azmi Arifin.
“Rakyat memerhati tindakan gila kuasa dan lupa kawan… Adakah mereka masih tak berubah atau pun memang tak berniat berubah? soal pembaca bernama Muhammad Hasrul Qoorata.
Sementara itu, penulis dengan nama ‘Lan’ menyindir dan mencabar agar Pas Johor meneruskan cadangan untuk bersendirian dalam PRU ke-15.
“Orang tak sudi, kita lagi tak sudi. Dah dia rasa kuat, biar dia bersendirian,” menurut catatan itu.
“Tahniah PAS Johor. Biar kita berada dibawah PH semula pun. Asalkan kita tak dibuli dan dimainkan oleh orang yang anggap kita rakan seperjuangan… kononnya…,” tulis pembaca bernama Andak Koyan.
Sementara itu AJK Pas kawasan Muar, Mohd Akmal Mohd Ali turut meninggalkan komen dalam catatan itu.
“Umno Johor cerdik. Nak ambil untung atas kerjasama Perikatan Nasional (PN) pusat. Tapi pada masa sama tak nak bersama PAS untuk berkongsi.
“PAS ni banyak “pantang-larangnya,” kata Mohd Akmal.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pengagihan kerusi membabitkan parti dalam PN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mampu ditangani dengan baik.
Ketika ditemui pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Pas Johor, semalam Tuan Ibrahim berkata, rundingan bersama antara komponen PN akan dibincang dalam masa terdekat dan proses itu akan berjalan dengan baik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28856

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Mungkin Hujung Tahun Muktamadkan Segera Anwar Pm Ke 9

Pru 15 Mungkin Hujung Tahun Muktamadkan Segera Anwar Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 245 hits
Isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan perlu dimutamadkan segera dalam suasana ekonomi negara yang mula meleset dan ketidakstabilan pemerintahan Perikatan Nasional Bagi ADUN Sungai Pelek yang juga pemimpin NGO Otai Reformasi 1998 Ro...
Umno Pas Hampir Mustahil Beri Bersatu 50 Kerusi Pru 15

Umno Pas Hampir Mustahil Beri Bersatu 50 Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 337 hits
Umno Pas hampir mustahil beri Bersatu 50 kerusi PRU 15Oleh July 17 2020Bersatu yang menuntut 50 kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihan raya umum ke 15 hampir mustahil akan memperolehi kerusi sebanyak itu Malah jika tersilap perhitungan ...
Johor Muafakat Meets To Strengthen Umno Pas Ties

Johor Muafakat Meets To Strengthen Umno Pas Ties

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 308 hits
There was no discussion regarding the distribution of seats for the 15th general election during the first Johor committee meeting of Muafakat Nasional today said Johor Umno chairman Hasni Mohammad He said the meeting only discussed matters...
Mesyuarat Pertama Mn Johor Bincang Perkukuh Kerjasama Umno Pas

Mesyuarat Pertama Mn Johor Bincang Perkukuh Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 466 hits
ISKANDAR PUTERI Mesyuarat pertama Jawatankuasa Muafakat Nasional Johor hari ini berkisar kepada soal pengukuhan hubungan Umno dan PAS di negeri itu menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad berkata...
Pas Wajar Pimpin Muafakat Nasional Hadapi Pru 15

Pas Wajar Pimpin Muafakat Nasional Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 303 hits
Kredit MSO Parti politik tertua selepas Umno adalah Parti Islam se Malaysia Pas ditubuhkan pada tahun 1951 kira kira selepas lima tahun Umno wujud Umno ditubuhkan tahun 1951 dalam kobaran asap dan laungan Merdeka Demikian juga penubuhan Pas...
Umno Johor Buli Pas Tidak Pedulikan Bersatu

Umno Johor Buli Pas Tidak Pedulikan Bersatu

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 470 hits
Umno bukanlah rakan kongsi yang jujur dalam usaha gabungan antara Muafakat Nasional mahu pun Perikatan Nasional Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Johor Muhammad Taqiuddin Cheman berpendapat Umno di negeri itu membelakangkan semangat setiakaw...
Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

Jika Pru Mengejut Umno Pas Sokong Muhyiddin Sbg Pm Annuar Musa

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 602 hits
Annuar Umno PAS sokong Muhyiddin sebagai PM jika PRU mengejut Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara me...
Logo Baharu Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Logo Baharu Jabatan Pendidikan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 1292 hits
Logo baharu Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mesyuarat Ketua Bahagian Bil 9 2020 telah memutuskan agar Logo Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan Jata Negara dengan teks Kementerian Pendidikan Malaysia seperti spesifikasi yang dilampir...
Tarikh Mula Sekolah Bagi Sekolah Agama Di Bawah Jabatan Agama Islam Johor Selepas Pkp

Tarikh Mula Sekolah Bagi Sekolah Agama Di Bawah Jabatan Agama Islam Johor Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 977 hits
Pengumuman tarikh mula sekolah bagi sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tadika Agama Johor 14 Julai 2020
Pas Mp Shows The Blackness Of The People S Hearts Grateful For Pas Ins

Travelogue Skytrex Bbq Sungai Congkak Bersama 26 Ahli Ksr

Kes Pelajar Dibuli Hingga Murung Cederakan Diri Dalam Tindakan Kpm Fadhlina Kosmo 27 09 2025

Aktiviti Aktiviti Ppim Pkb Jalin Kerjasama Perkukuh Ekonomi Islam Ppim 30 09 2025

Happy Birthday Emak Nona

Ekspo Kucing 2025 Mitec Kuala Lumpur

How Concord Pacific Developments Redefines What It Means To Build Homes For The Future

Siti Nurhaliza Raikan 30 Tahun Karier Seni Menerusi Konsert Legacy 30 Di Stadium Nasional Bukit Jalil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cashless E Wallet Malaysia Smarter Payments In 2025

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kena Seimbangkan Antara Kerja Dan Kehidupan

Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan

Top 3 Reksadana Pasar Uang Per September 2025 Ini

Recon Pr 2 0 Perhumas Muda Jakarta Raya Dorong Generasi Muda Jadi Pemimpin Narasi Di Era Polarisasi