Pas Hadi Mentari Belum Naik Di Sebelah Barat Pintu Taubat Masih Terbuka


PENDAPAT

JAWABAN dan penjelasan Anwar Ibrahim terhadap pertanyaan (pancingan) majalah Magazine dalam temuramahnya dengan perdana menteri itu terhadap Pas, jika diarifi itulah sikap dan keperibadian perdana menteri itu. 
Beliau seorang politis yang tidak suka bergaduh dan mahu meneruskan perbalahan selama-lamanya dengan yang menyeruinya. Anwar seorang berjiwa mencari damai tidak suka bergaduh jauh sekali berdendam. 
Dalam interview itu Anwar ditanya apakah sikapnya dengan pihak pembangkang khasnya Pas yang dipimpin Abdul Hadi Awang yang juga merupakan sahabat lamanya. Beliau menjelaskan dirinya terbuka dengan Pas, malahan sebaik mengangkat sumpah memegang jawatan perdana menteri, beliau telah mengundang Pas untuk bersama kerajaan Perpaudan.
Anwar telah mengirimkan utusan untuk menyampaikan maksudnya itu kepada Abdul Hadi Awang, tetapi dipandang dingin. Begitulah terbukanya Anwar dan gaya dia berpolitik.
Bagaimana pun tidak ada kata putus daripada pihak Pas. "Penolakan tidak jelas, dan responsnya juga tidak positif," demikian jelas Anwar. Ini bermakna Pas masih menggantungkan undangan itu buat seketika? 
Untuk masa-masa akan datang Anwar masih mengharap Pas akan jalinkan kerjasama dengan kerajaan demi umah dan negara apabila suhu politik menyejuk kelak. Mungkin Pas akan mengubah sikap dan pendirian politiknya. Sebagai pencinta kedamaian Anwar masih mengharap.
Pernyataan itu boleh difahamkan bahawa belum ada konsensus diambil oleh Pas terhadap pelawaan itu. Ini menunjukkan Pas dalam situasi tunggu dan lihat. Seperti ada sikap berbelah bahagi dalam kalangan pemimpin Pas untuk bersama kerajaan Perpaduan. 
Sebelum ini memang ada maklumat mengatakan, terdapat beberapa pemimpin Pas minat untuk bersama kerajaan Perpaduan. Ada yang tidak segan dan berani menyatakan sikap menyokong pendekatan Anwar setelah Yang diPertuan Agong menyarankan diwujudkan kerajaan Perpaduan setelah tiada parti politik mendapat kerusi melebihi 112 kersusi. 
Antara mereka dikaitkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad dan juga Mohd Amar Nik Abdullah. Ertinya tiga pimpinan tertinggi Pas itu timbalan presiden dan dua naib presiden bersetuju kalau Pas menyertai kerajaan Perpaduan. 
Malahan Hashim Jasin yang menjadi Mursyidul Am Pas menegur mana-mana pemimpin Pas yang agak tajam dengan Anwar Ibrahim. Sikap itu menggambarkan Mursyidul Am Pas itu tidak membenci perdana menteri dan bersedia untuk berkolaborasi dengan Anwar.
Bagaimana pun sikap postif itu tidak ada kepada presiden Pas yang merupakan orang paling berkuasa dalam Pas. Sistem pentadbiran Pas yang mempraktikkan sistem atau pemerintah ala Mulah (Syiah) menyebabkan suara majoriti tidak memberi apa-apa dampak dalam Pas. Prresiden akan gerakkan parti berkenaan mengikut ijtihadnya.
Ditanya apakah dia sedia menerima Pas, Anwar menegaskan tidak ada sebab untuk tidak menerima Pas asalkan parti itu memenuhi syarat utamanya menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dianuti berbagai bangsa serta bersedia akur dengan dasar dan pendekatan kerajaan Madani. 
"Dari sisi Perlembagaan Islam adalah agama negara ini, tetapi Pas perlu menyedari negara ini bermasyarakat majmuk," kata Anwar. Ertinya selagi Pas bersedia menerima realiti itu tidak ada sebab untuk dia menolak Pas.
Anwar masih terbuka dan masih menanti. Perdana Menteri itu masih menaruh harapan suatu hari Pas akan sedar dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. 
Menurut Anwar kerajaan dipimpinnya adalah kerajaan Perpaduan berharap Pas akan ikut serta suatu hari nanti. Pintu kerjasama tidak pernah ditutup apa lagi dikunci oleh Anwar. Mungkin kerjasama Psas dengan kerajaan Perpaduan baru menjadi kenyataan apabila Pas tidak lagi dipimpin Hadi Awang.
Sekarang ini kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sudah berusia hampir setahun. Walaupun kerajaan Perpaduan diserang dan dipersendakan malam dan siang, namun kedudukan semakin kukuh. Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan kian bertambah utuh. Sebagai buktinya, dalam waktu itu tiga (Pirake) pilihan raya kecil diadakan yang dianggap sebagai testimoni kepada penerimaan rakyat terhadap kerajaan Perpaduan. Pirake itu ialah dua di Johor, Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram dan Dun Penlangai Pahang. Ketiga-tiga pilihan raya kecil itu dimenangi oleh PH dan BN.
Bukan itu sahaja teori mengatakan kerajaan Perpaduan akan jatuh dan Anwar akan tumbang juga tidak menjadi. Sebelum ini PN meletakkan sasaran kerajaan Perpaduan akan tumbang apabila PN menguasai pilihan raya kecil berkenaan. Mereka sangat yakin akan menang pilihan raya berkenaan.
Ternyata sasaran itu hanya dongengan sahaja dan tidak lebih dari provokasi untuk meminta rakyat membenci kerajaan. Selepas ketiga-tiga pilihan raya itu berlangsung, terbukti kerajaan Perpaduan tidak tumbang bahkan semakin kuat. Usaha untuk menjatuhkan kerajaan PH menerusi pilihan raya itu sebagai petunjuk gagal total.
Bukan itu sahaja yang telah mengecewakan PH dan menghampakan rakyat yang cuba dikelirukan. Kedudukan kerajaan Perpaduan makin mantap lagi apabila ahli parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah mengistyhar menyokong perdana menteri. Keputusan dibuat Iskandar itu cukup menyenakkan pihak PH dan sekaligus menguburkan impian untuk melihat kerajaan Perpaduan goyang dalam masa terdekat. 
Perkembangan itu sudah cukup untuk PN menghentikan memalu gendang kosong. Terutamanya Pas dan Abdul Hadi perlulah sedar dan insaf daripada membiarkan dirinya terus dilelong murah oleh Bersatu atau Mahiaddin.
Justeru pelawaan dan jemputan Anwar kepada Pas agar bersama kerajaan Perpaduan perlu dimuhasabah semula. Pas perlu berfikir bahawa tindakan mereka selama ini bersama segelintir mereka yang kecewa merugikan parti berkenaan. Cara itu juga tidak membawa kebaikan dan keuntungan kepada negara.
Pendirian dan langkah politik yang diambil Pas sebelum ini untuk bersama dengan Bersatu menerusi PN adalah satu kesilapan. Tanpa disedari sebenarnya Pas dan presidennya telah digadai oleh Mahiaddin untuk mencapai cita-cita gelapanya. 
Apakah hakikat ini tidak difahami Hadi dan Pas? Atau mereka sudah terlanjur begitu jauh dan tidak ada harapan untuk pulang ke pangkal lagi? 
Sebenarnya Pas dan Hadi masih belum terleewat untuk rujuk kepada kerajaan Perpaduan. Jika diibaratkan kepada tanda-tanda hari kiamat, mentari masih belum naik di sebelah barat lagi. Pintu taubar juga masih terbuka. [wm.kl.2:20 pm 14/10/2023]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/10/pas-hadi-mentari-belum-naik-di-sebelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Pas Di Bawah Pimpinan Hadi Awang Sekarang Menakutkan Orang Bukan Melayu

Pemimpin Dap Pas Di Bawah Pimpinan Hadi Awang Sekarang Menakutkan Orang Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 201 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang pemimpin DAP percaya PAS tidak akan dapat memulihkan kepercayaan orang bukan Islam selagi parti meneruskan pendekatan yang dianggap ekstrem oleh komuniti itu Timbalan Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong men...
Syahrul Yasin Limpo Belum Diperiksa Terkait Kepemilikan Senpi Bareskrim Masih Tunggu Laporan Kpk

Syahrul Yasin Limpo Belum Diperiksa Terkait Kepemilikan Senpi Bareskrim Masih Tunggu Laporan Kpk

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 174 hits
Bareskrim Polri masih menunggu laporan dari Komisi Pemberantasan Korupsi selaku pihak menemukan belasan senjata api di rumah dinas Syahrul Yasin Limpo
Telefilem Malaysia Terbuka Pintu Syurga 2022

Telefilem Malaysia Terbuka Pintu Syurga 2022

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 257 hits
Drama sedih ini membawa kisah Pak Ali dan isterinya Mak Esah dihalau oleh Khatijah dari rumah pesaka setelah Nek Mah meninggal dunia Walaupun pada mulanya Pak Ali enggan keluar dari rumah berkenaan kerana ayah Khatijah Pak Long yang merupak...
Walau Hadir Muktamar Pas Hadi Awang Tetap Tolak Tun Mahathir

Walau Hadir Muktamar Pas Hadi Awang Tetap Tolak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 245 hits
Presiden PAS Hadi Awang menepis desas desus bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Parlimen Kemaman Tidak munasabah Kalau nak timbulkan biar munasabah katanya pada sidang media di ...
Hadi Arah Pas Tarik Undi Bukan Melayu Pula

Hadi Arah Pas Tarik Undi Bukan Melayu Pula

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 175 hits
MalaysiakiniPresiden PAS Abdul Hadi Awang mengarahkan anggota parti itu menarik undi bukan Islam pula setelah berjaya menguasai sokongan Melayu Kita sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU15 maka usaha yang penting da...
Pas Tak Mungkin Berjaya Tarik Pengundi Bukan Melayu Kecuali Jika Hadi Awang Undur Diri

Pas Tak Mungkin Berjaya Tarik Pengundi Bukan Melayu Kecuali Jika Hadi Awang Undur Diri

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 177 hits
Berucap merasmikan Mukfamar Pas semalam Hadi Awang mengarahkan ahli parti itu supaya berusaha menarik sokongan pengundi bukan Melayu setelah berjaya menguasai sokongan pengundi Melayu Kata Presiden Pas itu bedah siasat mendapati bahawa mere...
Terkini Di Gaza Pintu Sempadan Rafah Masih Tidak Dibuka Israel Dah Mula Serang Kawasan Sempadan

Terkini Di Gaza Pintu Sempadan Rafah Masih Tidak Dibuka Israel Dah Mula Serang Kawasan Sempadan

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 345 hits
HarapanDaily comPintu sempadan Gaza yang dikawal Mesir masih tidak dibuka sekali gus menghalang penyaluran bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin Perkembangan membimbangkan itu dimaklumkan warga Malaysia Nurul Ain Haron 37 yang berada d...
Menteri Hadi Blusukan Ke Sidoarjo Serahkan Puluhan Sertipikat Dari Pintu Ke Pintu

Menteri Hadi Blusukan Ke Sidoarjo Serahkan Puluhan Sertipikat Dari Pintu Ke Pintu

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 150 hits
Hadi Tjahjanto memastikan PTSL berjalan sesuai aturan dan bebas dari pungutan liar
Rentasan 1464 Gempar Ternyata Ustaz Pas Masih Sentap Dengan Keputusa

Rentasan 1464 Gempar Ternyata Ustaz Pas Masih Sentap Dengan Keputusa

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 230 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1464 1 ANTARA TUNGGANG AGAMA JUAL AIR LIUR DAN SAMPUL TEBAL 2 PERIKATAN NASIONAL KENA TIBAI 3 0 3 BERHENTI GUNA NAMA PMX 4 SELAGI IANYA HAK RAKYAT PERTAHAN DAN LAWAN
Lg Createboard Brings Ai Powered Learning To Life

Puma Goes Next Level With Adyen S Unified Payments

Huawei Unveils Matepad Pro 12 2 A Premium Pc Level Experience Tablet For Work Play And Creativity

Group Pans Anwar S Hypocrisy Over Police Probe Vows To March On June 28

Pelaburan Dividen Bulanan Senarai Saham Strategi Khas Untuk Rakyat Malaysia

Air Asia S 50 One Off Discount For Media Practitioners To Visit Asean

Ringgit Firmer Against Us Dollar At Opening

Resipi Daging Goreng Belengas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Bos Yang Skandal Dengan Staff Dia Je Akan Buat Benda Ni

Pakej Photoshoot Gambar Family Bernilai Rm2000 Secara Percuma Untuk Anda

Sahabat Lama

Aktiviti Perbincangan Kumpulan Fokus Strategi Pembudayaan Integriti Nasional 2025 2030 Ppim 18 06 2025

Ppim Gesa Mot Wajibkan Langkah Keselamatan Kenderaan Awam Harian Metro 19 06 2025