Pas Bukan Lagi Parti Lebai



PILIHAN raya negeri (PRN) membabitkan enam negeri kelmarin menyaksikan Pas salah satu komponen dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi parti paling cemerlang apabila merekodkan kemenangan di 105 daripada keseluruhan 126 kerusi ditandingi mereka.
Peratusan kemenangan Pas itu yang mendominasi sebahagian besar kemenangan PN khususnya di Kedah, Terengganu dan Kelantan mencecah sehingga 82.7 peratus yang jika diukur di dalam kertas peperiksaan, parti itu mendapat markah A.
Di Kedah, Pas dan PN berjaya menguasai 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Di Kelantan pula, gabungan tersebut menang 43 daripada 45 kerusi DUN dan seterusnya di Terengganu, PN menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN tanpa meninggalkan satu kerusi sekali pun kepada gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).
Pas dan PN juga menunjukkan prestasi cemerlang di Selangor dengan menggagalkan majoriti dua pertiga PH-BN di negeri tersebut apabila menang 22 kerusi daripada 56 serta berjaya menembusi Pulau Pinang setelah menang 11 daripada keseluruhan 40 kerusi.
Momentum sokongan terhadap Pas sebenarnya sudah mula kelihatan sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan tahap sokongan orang Melayu dan Islam dilihat sudah beralih secara keseluruhan kepada Pas dan PN.
Faktor Pas yang dilihat bersih dengan kepemimpinan dalam kalangan ulama dan teknokrat semakin ramai di dalam parti itu juga memberi kekuatan kepadanya menjadi pilihan rakyat.
Jika dahulu orang Melayu Islam menjadikan UMNO tempat bergantung, namun trend tersebut sudah berubah dengan Pas dan PN menjadi pilihan orang Melayu Islam dan ia dibuktikan secara jelas dalam PRN ini.
Sekutu Pas di dalam PN, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menang 40 kerusi atau 49.4 peratus dan kalah 41 kerusi selain Gerakan hanya menang satu kerusi dengan merekodkan kekalahan di 36 kerusi.
Selain Pas, DAP salah satu parti komponen di dalam PH juga terus cemerlang apabila memenangi 46 daripada 47 kerusi yang mereka tandingi dalam PRN berkenaan dengan peratusan kemenangan mencecah 97.9 peratus.
DAP tampaknya sukar digugat di kerusi bukan Melayu dengan sokongan pengundi khususnya masyarakat Cina solid terhadap parti itu, di sebalik sokongan terhadap rakan komponen lain di dalam PH seperti PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) agak merosot dalam PRN ini.
SANGAT BURUK
PKR hanya menang di 26 kerusi manakala 33 kerusi lagi kalah dengan peratusan kemenangan sekitar 44.1 peratus. Amanah pula hanya menang lapan kerusi dan kalah di 23 kerusi dengan peratusan kemenangan sekitar 25.8 peratus.
Secara keseluruhan, PN menguasai sebanyak 146 kerusi DUN, manakala PH, 80 kerusi dan BN hanya 19 kerusi. Undi popular pula menyaksikan PN memperoleh sebanyak 3.3 juta, PH 2.4 juta dan BN hanya memperoleh 921,804.
Di dalam PRN tersebut, BN khususnya UMNO menunjukkan prestasi yang sangat buruk apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi, iaitu merangkumi sekitar 17.5 peratus sekali gus memberi tamparan cukup hebat kepada parti yang sebelum ini menjadi tempat kebergantungan orang Melayu dan Islam.
Bagi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, beliau melihat sokongan orang Melayu Islam mula beralih secara total kepada Pas dan PN.
Kata beliau, ‘gelombang hijau’ atau PN masih berterusan dalam PRN kali ini sekali gus menjadi petanda positif kepada gabungan tersebut yang menjadi pilihan rakyat khususnya orang Melayu.
Bagi pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Muhammad Izmer Yusof pula berkata, prestasi Pas semakin mengukuh dan tahap sokongan terhadap parti Islam itu sebenarnya sudah mula meningkat sejak 2018.
Ujar beliau, antara faktor kebangkitan Pas juga apabila tahap kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO mula menurun.
“Pas juga sudah tidak lagi dilihat sebagai parti ‘lebai’ semata-mata sebaliknya menampilkan ramai teknokrat di dalam parti itu. Selain itu, Pas juga tidak menunjukkan sifat ‘abang long’ meskipun mendominasi di dalam PN.
“Dalam PRN kali ini, secara keseluruhan Pas dan DAP menjadi parti yang menunjukkan prestasi paling cemerlang. Kemerosotan sokongan terhadap UMNO juga kerana orang Melayu dan Islam sudah mempunyai alternatif lain, iaitu PN membabitkan Pas dan Bersatu,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/pas-bukan-lagi-parti-lebai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Heret Parti Dalam Pertikaian Peribadi Syahredzan Beritahu Pemimpin Pas

Jangan Heret Parti Dalam Pertikaian Peribadi Syahredzan Beritahu Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 262 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan meminta Mohd Shafie Ngah supaya tidak mengheret parti dalam pertikaian mereka berhubung dakwaan fitnah dilemparkan pemimpin PAS itu Syahredzan berkata pertikaian yang akan dipu...
Politik Parti Politik Lebai Politik Yang Lebih Mengancam Keselamatan Negara

Politik Parti Politik Lebai Politik Yang Lebih Mengancam Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 259 hits
I received the following I have no comments These are self explanatory Perkara berikut mungkin menjelaskan polar mengapa majoriti orang Melayu Islam mengundi Hakim bertanya kepada pembunuh bekas Presiden Mesir Anwar Sadat Kenapa awak bunuh ...
Keluhan Sang Nestapa Di Kelantan Dan Janji Pas Yang Banyak Di Capati Parti Pembohing Tapi Nama Islam

Keluhan Sang Nestapa Di Kelantan Dan Janji Pas Yang Banyak Di Capati Parti Pembohing Tapi Nama Islam

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 394 hits
Apabila aku menyeru rakyat Kelantan untuk mengundi selain PAS ramai juga fanatik PAS menyerang Ada yang mengatakan kalau undi PHBN nanti ada konsert di Kelantan lelaki sama lelaki bercium kedai nombor ekor dibuka semula dan sebagainya Ada j...
Sedaq Dirilah Dok Perasan Pegang Kunci Syurga Suhaimi Saad Berleter Di Tiktok Marahkan Parti Pas Sokong Pmx

Sedaq Dirilah Dok Perasan Pegang Kunci Syurga Suhaimi Saad Berleter Di Tiktok Marahkan Parti Pas Sokong Pmx

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 257 hits
Baru baru ini penyanyi kumpulan nasyid In Team Suhaimi Saad ada mencuri perhatian netizen terutamanya pengguna TikTok apabila dia tampil mengkritik pemerintahan parti Persatuan Islam Se Tanah Melayu yang didakwanya 8216 perasan suci 8217 Lu...
Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 176 hits
Calon PH DUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim menewaskan tiga calon lain semasa Pengumuman Keputusan PRN Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam ini Kerusi ini dulu dimenangi PAS KelantanKotaLamaPH menangMajoriti 202...
More Umno Members Leaving To Join Pas Claims Annuar Musa

More Umno Members Leaving To Join Pas Claims Annuar Musa

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 254 hits
KOTA BARU More Umno members will be leaving the party to join PAS claims former Ketereh MP Tan Sri Annuar Musa I will not give the exact number There are so many who have and are planning to leave Umno We won t play Umno s game by relying o...
Ph Exploited Pas Dominic Lau Tiff To Their Advantage Zuraida Claims

Ph Exploited Pas Dominic Lau Tiff To Their Advantage Zuraida Claims

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 224 hits
Former MP Zuraida Kamaruddin says she was at the ceramah where Gerakan president Dominic Lau was allegedly chased away PETALING JAYA A former PKR MP has accused Pakatan Harapan of exploiting the alleged dispute between Penang PAS and Geraka...
Prn Pas P Pinang Gesa Lau Guna Jentera Sendiri

Prn Pas P Pinang Gesa Lau Guna Jentera Sendiri

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 211 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS Pulau Pinang meminta Presiden Gerakan Dominic Lau menggunakan jentera sendiri untuk berkempen di DUN Bayan Lepas Pesuruhjayanya Muhammad Fauzi Yusoff berkata tidak timbul isu PAS memboikot Lau sebaliknya merek...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa