Pas Bela Tindakan Mp Baca Qunut Nazilah Di Parlimen


malaysiakini.com
Iqbal Harraz
Diterbitkan: Jul 20, 2024 2:35 PM
PAS mempertahankan sikap ahli parlimen mereka bersama PN yang membaca Qunut Nazilah selepas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menyertai sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata bacaan tersebut wajar kerana membaca Qunut Nazilah tidak hanya terhad kepada situasi berdepan dengan peperangan.

Sebaliknya, kata Hashim, pada pandangan peribadinya doa itu boleh dibacakan jika ada "jemaah Islam" yang membawa perjuangan agama ditekan oleh pihak lawan.

“Bagi saya , kita boleh doa Qunut Nazilah atas dasar tertekan. Ini pandangan pribadi saya, bukan pandangan mana-mana mazhab.

"Qunut Nazilah ini tak merujuk situasi medan perang sahaja, kalau orang itu ditekan melalui politik juga boleh (dibaca).

"Lagi-lagi yang ditekan adalah kelompok jemaah Perikatan Nasional berjuang membawa syiar Islam,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Kelmarin, ahli parlimen pembangkang ‘menyambut’ keputusan Dewan Rakyat menggantung Wan Ahmad Fayhsal dengan membaca Qunut Nazilah. Ia diketuai Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Qunut Nazilah adalah amalan berasal dari zaman Nabi Muhammad SAW ketika baginda dan umat Islam diperangi musuh agama.

Dalam konteks semasa, doa itu sering dibaca umat Islam bagi mendoakan rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis di Gaza.

Sementara itu, Ahmad Fayhsal yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang mempertahankan tindakan Zulkifli serta ahli parlimen PN yang lain sebagai membela nasibnya.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang menganggap perbuatan tersebut sebagai amalan politik yang melampau, Wan Ahmad Fayshal mendakwa doa itu tidak tujukan kepada kerajaan perpaduan, apatah lagi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul ataupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya kata Wan Ahmad Fayhsal, ia merujuk pihak yang bersubahat membantu pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza seperti BlackRock yang terpalit dengan Zionis.

“Doanya bersifat umum bukan khusus kepada seteru politik seperti yang didakwa Menteri (Saifuddin) ini.

“Yang kamu menggelupur dan terasa ni kenapa?” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/pas-bela-tindakan-mp-baca-qunut-nazilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman Kamu Pesawat Israel Lalu Ataih Kepala Ada Baca Qunut Nazilah Diam Bisu Puak Pas

Zaman Kamu Pesawat Israel Lalu Ataih Kepala Ada Baca Qunut Nazilah Diam Bisu Puak Pas

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 258 hits
W FaudzidinBergaduh sikit qunut nazilah Berbeza pendapat sikit qunut nazilah Kena hukum sikit qunut nazilah Masuk pilihanraya qunut nazilah Waktu pesawat I5rael lalu atas serban korang waktu korang jadi kerajaan tak baca pulak qunut nazilah...
Pas Tak Layan Surat Layang Tapi Ila Rakan Parti Guna Surat Layang Dalam Dewan Mp Pas Baca Qunut Nazilah

Pas Tak Layan Surat Layang Tapi Ila Rakan Parti Guna Surat Layang Dalam Dewan Mp Pas Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 444 hits
Pas tak layan surat layang tapi MPnya berhujah guna surat layang hingga melayang 6 bulan dari Parlimen
Mahkamah Strategi Tangguh Perbicaraan Ularmak Pas Sokong Baca Doa Qunut

Mahkamah Strategi Tangguh Perbicaraan Ularmak Pas Sokong Baca Doa Qunut

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 142 hits
Perbicaraan kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan Hal ini be...
Penunggang Agama Lebai Tesla Baca Qunut Nazilah

Penunggang Agama Lebai Tesla Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 161 hits
MSO Qunut nazilah sebagai membela rakan digantung Inilah dikatakan menunggang agama Segala ritual agama diguna untuk menangih simpati perbuatan yang bidaah Trims
Apa Jadah Perguna Qunut Nazilah Mantan Pemimpin Pas Hentam Bekas Partinya

Apa Jadah Perguna Qunut Nazilah Mantan Pemimpin Pas Hentam Bekas Partinya

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 144 hits
SITI NUR ZAWANISeorang mantan pemimpin Pas menempelak bekas partinya yang memperguna doa Qunut Nazilah kepada sesama umat Islam Mohd Nakhaie Ahmad yang juga bekas Naib Presiden parti satu ketika dahulu berkata umat Islam kini sedang berada ...
Pas Persendakan Qunut Nazilah

Pas Persendakan Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 366 hits
Che IbrahimBeberapa perkara penting tentang Qunut Nazilah 1 Di baca dalam solat fardhu selepas bangkit dari ruku di rakaat akhir bukan di luar solat 2 Doanya yang dibaca ikut kesesuaian atau ikut keperluan atas apa yang berlaku ketika itu b...
Kenakan Tindakan Undang Undang Terhadap Mp Yang Ketuai Acara Qunut Nazilah

Kenakan Tindakan Undang Undang Terhadap Mp Yang Ketuai Acara Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 210 hits
Zulkatnain Abidin1 Pernah aku sebut sebelum ini tok imam Pas yang baca qunut nazilah dalam solat walaupun dia sebut untuk membela Palestin hakikatnya niat tok imam Pas tu untuk musuh politik parti itu 2 Buktinya ialah kejadian seorang ahli ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konon Banyak Bukti Agensi Nafi Juyeon The Boyz Shin Siah Sedang Bercinta

Kemalangan Tragis Pelajar Upsi Gerak Menyeru Agar Satu Usaha Bersepadu Digerakkan

Ayam Goreng Madu Yang Sangat Sedap

Kemalangan Bas Ngeri Pelajar Upsi Di Gerik Perak

Tempat Kejadian Wangi Hafiz 30 Juzuk Al Quran Nurly Sahirah Tak Sempat Bergelar Guru

Dulu Putih Sekarang Hitam Kasut Sekolah Pun Boleh Ubah Mood Ibu Bapa