Pas Anggap Pkr Amanah Macam Anjing Dengan Bayang Bayang




PAS menganggap kenyataan dibuat pemimpin PKR dan Amanah mengenai parti itu akhir-akhir ini seumpama “anjing” yang “takutkan bayang-bayang”.
Justeru, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, partinya mengambil sikap untuk membiarkan PH – yang dianggotai PKR serta Amanah – “terjun dengan labu-labunya”.
Bidalan digunakan Takiyuddin itu merujuk kepada diua kisah dongeng rakyat yang popular, Anjing Dengan Bayang-Bayang serta Si Luncai.
“Selama ini PAS tidak pernah terfikir – apatah lagi memohon – untuk menyertai PH, sebaliknya akan mengukuhkan lagi kerjasama politik dengan Umno/BN melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Oleh itu, kenyataan penuh bimbang pimpinan PKR dan juga Amanah terhadap PAS akhir-akhir ini adalah ibarat anjing takut bayang-bayang, dan kami menyatakan: Biarkan PH terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu beredar sekeping gambar menunjukkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pertemuan itu turut dihadiri isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta seorang tokoh yang dekat dengan perdana menteri, Khairuddin Abu Hassan.
Semak dan imbang
Untuk rekod Ahmad Samsuri ialah bekas setiausaha politik Abdul Hadi dan kini menjadi naib presiden PAS.
Beberapa hari lalu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata parti itu menolak sebarang gerakan atau cadangan membawa masuk PAS menyertai PH.
Pada 20 Jan lalu media melaporkan Salahuddin sebagai berkata, tiada keperluan untuk “menyerap” PAS ke Putrajaya atas alasan menarik sokongan kepada kerajaan.
“Bagi AMANAH, kita tetap dengan keputusan sebelum ini. Apa yang ada ketika ini adalah PH. Sekarang kita selesa dengan PH, itu persetujuan dan kerjasama yang kita janjikan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata PH sudah utuh dan tidak memerlukan parti seperti PAS sebagai rakan sekutu.
Katanya, PH ditubuhkan atas prinsip kepercayaan dan hormat menghormati, justeru sebarang usaha membawa masuk parti lain seperti PAS mesti berasaskan konsensus.
“Saya tengok buat masa sekarang, cubaan memasukkan PAS itu kekal sebagai satu khabar politik biasa dan saya tidak nampak sebab serta alasan untuk PH sekarang ini menerima anggota baru,” katanya.
Takiyuddin berkata kenyataan dibuat Saifuddin itu bersifat penuh kebimbangan dan menggambarkan keadaannya yang tertekan.
“Kenyataan beliau yang juga dipetik sebagai berkata PH tidak perlukan PAS sebagai rakan sekutu menunjukkan kedudukan PH yang tidak stabil dan dalam keadaan berkrisis sesama komponennya,” kata beliau.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga menambah, PAS akan terus bersama Umno dan BN untuk menjadi pembangkang yang konstruktif untuk berperanan sebagai unsur semak dan imbang terhadap kerajaan.
“Lebih-lebih lagi berikutan pertambahan anggota blok pembangkang dengan kemenangan calon BN di pilihan raya kecil parlimen Kimanis, Mohamad Alamin,” katanya.
Untuk rekod, kerusi Kimanis asalnya dimenangi oleh Anifah Aman, seorang pemimpin kanan Umno yang kemudian meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli parlimen bebas selepas PH berjaya membentuk kerajaan pusat dan Sabah.
Dalam PRK lalu Anifah turut berkempen untuk memenangkan BN.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/22/pas-anggap-pkr-amanah-macam-anjing-dengan-bayang-bayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Amanah Afraid Of Own Reflection Says Pas Sec Gen

Pkr Amanah Afraid Of Own Reflection Says Pas Sec Gen

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 254 hits
PKR secretary general Datuk Saifuddin Nasution s statement that Pakatan Harapan did not need PAS is akin to one afraid of its own reflection says the Islamist party s secretary general Datuk Takiyuddin Hassan He said the statement by Saifud...
Anjing Bayang Bayang And Tulang

Anjing Bayang Bayang And Tulang

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 304 hits
HANYA BIDALAN MACAM ANJING DENGAN BAYANG BAYANG AKHIRNYA BILA ANJING TENGOK AIR TULANG KASI LEPAS AKHIRNYA ANJING MELEPAS REZEKI TULANG BUKAN BETULPUN TAPI MACAM JE KALAU LEMBU MACAM KERBAU HANYA MACAM TU LA PAS anggap PKR Amanah macam anji...
Syaitan P H Macam Anjing

Syaitan P H Macam Anjing

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 369 hits
INI SYAITAN DALAM P H WAJIB DIHALAU DARI NEGARA INI NYAWA DIBALAS NYAWA Friday January 24 2020 BOLEH MENANGIS PEMIMPIN PH BILA BACA STATUS RANI KULUP NI Mana Pemimpin Islam dalam PH Mana suara kamu Sampai bila kamu nak biarkan pemandu mabuk...
Dah Anggap Macam Adik Wanita Kesal Usahawan Oku Rampas Suami Sendiri

Dah Anggap Macam Adik Wanita Kesal Usahawan Oku Rampas Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 913 hits
Harapkan pegar pegar yang makan padi Itulah pepatah yang paling sesuai diberikan kepada gadis yang sanggup mengkhianati persabahatan dengan menikahi suami sahabatnya secara diam diam Kisah itu dikongsi seorang wanita bernama Hanna menerusi ...
Amanah Tolak Pas Dalam Kerajaan Pakatan Harapan Salahuddin

Amanah Tolak Pas Dalam Kerajaan Pakatan Harapan Salahuddin

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 350 hits
Parti Amanah Negara menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk PAS menyertai kerajaan semata mata mahu menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan tiada keper...
Is Amanah Just Another Pas Pis Pus 2 0

Is Amanah Just Another Pas Pis Pus 2 0

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 419 hits
Amanah should declare itself post Islamist say academicsAMANAH S failure to chart a new narrative of political Islam is because it lacks structure and has not differentiated itself from PAS said academics They told The Malaysian Insight tha...
Pkr S Unity Government With Pas And Umno

Pkr S Unity Government With Pas And Umno

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 317 hits
Saifuddin is actually quite stuck and he does not know how to move forward The Unity Government of PKR PAS Umno PPBM and Amanah may not happen due to too many obstacles preventing it from happening But this does not mean they are not talkin...
9 Macam Makanan Peningkat Sistem Imun Tubuh Cegah Virus Corona

9 Macam Makanan Peningkat Sistem Imun Tubuh Cegah Virus Corona

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 324 hits
Kabar yang beredar menganjurkan kita untuk memperbanyak makanan bergizi salah satunya yang dipercaya mampu meningkatkan imun atau sistem kekebalan tubuh Meskipun penelitian belum selesai setidaknya kita bisa mulai mencegah sejak awal dengan...
Macam Mana Cx5

Macam Mana Cx5

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 398 hits
Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas So macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau tatkala Master agak mengantuk pada saat itu Bagus pengenda...
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi