Parut Czer Dah 2 Tahun 8 Bulan Kena Cuci Buang Air Bisa Nanah Sebab Infection
Bersalin ibarat satu pengalaman yang tak akan dilupakan oleh wanita. Tak kisahlah bersalin normal atau secara pembedahan. Setiap kesakitan itu akan dirasai cuma bagaimana ia dilalui bergantung pada nasib.
Ada yang melalui pengalaman perit ketika saat nak melahirkan tetapi dalam pantang tiada masalah. Ada juga mengalami dua-dua situasi itu sekaligus. Tak kisahlah apa sekalipun, sentiasalah positif. Jangan cepat rasa stres kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Namun bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan, penyembuhan luka czer akan mengambil masa yang lama untuk betu-betul ok. Walaupun luar nampak dah elok jahitan, luka dalaman masih lagi perlu dijaga.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Shasha Kamaruzzaman di Facebooknya mengenai luka jahitan yang mengalami infection akibat pembedahan yang pernah dilaluinya walaupun telah melahirkan anak lebih 2 tahun lalu.
Tempat czer kena jangkitan kuman
Tempat bekas luka czer Sha bengkak balik semalam, jadi kemerahan. Bukan luka tu terbuka balik tapi dekat hujung belah kanan luka itu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka itu tidak sempurna atau tidak cantik. Infeksi tu mudah singgah dan infection ini hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim untuk disapu for infection. Then biarkan sahaja. Sejak hari tu yang bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi masih juga bengkak.
Pagi tadi bangun nak cek, tengok panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah tapi air bisa. Lepas itu, cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, darah keluar banyak dan sangat pedih.
Parut dah 2 tahun 8 bulan
Sha akan pergi jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu lah satu-satunya cara. Benda ini terjadi secara tiba-tiba. Parut ini dah 2 tahun 8 bulan. Benda ini jadi bukan sebab tak jaga makan, tak jaga pantang dan bukan sebab Sha mengandung.
Kalau ikutkan dalam pantang memang Sha betul-betul jaga dan tak ada masalah pun. Semua ni kebetulan dan benda nak jadi memang langsung tak dijangka.
Sha dah terima rawatan. Tempat czer pun sudah dicuci nasib tak kena toreh. Hanya cungkil untuk keluarkan air bisa dan nanah yang masih ada dekat dalam. Skin Infection itu terjadi sebab ada lubang kecil yang membolehkan kena jangkitan kuman. Hanya lapisan kulit sahaja, luka dalam alhamdulillah.
Sumber: Google (Gambar Hiasan)
Kena jaga betul-betul
Kejadian macam ni bukan kita jangka pun tapi untuk sesiapa yang bersalin czer kena betul-betul jaga makan dan kebersihan kerana tak tahu benda ni akan jadi semula walaupun anak dah besar. Bukan niat nak takutkan cuma untuk kita semua berjaga-jaga sepanjang masa.
Sumber: Shasha Kamaruzzaman
The post Parut Czer Dah 2 Tahun 8 Bulan, Kena Cuci Buang Air Bisa & Nanah Sebab Infection appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/parut-czer-dah-2-tahun-8-bulan-kena-cuci-buang-air-bisa-nanah-sebab-infection/