Parti Putra Tak Sertai Mana Mana Blok Jadi Suara Ketiga Politik Perjuangkan Isu Pribumi


 


KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang disasarkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan diberi tumpuan oleh calonnya sebagai persediaan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Manakala sebanyak 30 atau lebih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan akan ditandingi calon parti itu bagi memberi cabaran sengit kepada PAS yang telah memerintah negeri itu selama lebih 30 tahun tetapi tiada kemajuan dan pembangunan dilakukan.
Presiden Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, dengan ada wakil parti itu di Dewan Rakyat dan DUN nanti, akan menjadi semak dan imbang kepada kerajaan memerintah agar tidak alpa menjaga kebajikan rakyat.
Katanya, kerajaan dan pemimpin sedia ada hanya bercakap cakna atau prihatin kepada rakyat, tetapi hakikatnya mereka tidak mengambil berat langsung, sebaliknya lebih menumpu kepada kekayaan diri dan mengejar jawatan.
“Saya sudah maklumkan kepada seluruh pemimpin Putra yang kita akan bertanding di 40 kerusi Parlimen dan lebih 30 kerusi DUN di Kelantan.
“Kita sudah mengenal pasti calonnya, yang kita pilih berdasarkan integriti, rekod peribadi yang bersih dan disenangi oleh rakyat.
“Mereka bersetuju dan akan memberi tumpuan kepada kawasan masing-masing untuk mendapatkan sokongan pengundi,” katanya kepada pemberita selepas selesai menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Putra Malaysia pada Persidangan Agung Tahunan Putra 2020-2023 di sebuah hotel di sini hari ini.
Seramai 250 perwakilan Putra dari seluruh negara hadir, iaitu jumlah yang dihadkan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Turut hadir wakil dari tiga kedutaan luar iaitu Pakistan, Iran dan Turki serta ketua wakil kelab penyokong Putra.
Sementara itu, dalam ucapannya, Ibrahim yang dikenali Tok Him berkata, Putra akan menjadi kuasa ketiga bagi memainkan peranan semak dan imbang parti-parti politik yang sedia ada sekarang.
Ujar beliau, selaku kuasa ketiga, Putra tidak akan beretorik atau sekadar menipu rakyat demi untuk mendapatkan undi pilihan raya semata-mata.
Sebaliknya, Putra akan bersikap dengan penuh keberanian serta iltizam politik untuk merealisasikan impian bangsa peribumi supaya pisang tidak berbuah dua kali.
“Cukuplah wahai bangsa peribumi, jangan lagi mengulangi pengalaman sebelum ini, salah memilih pemimpin dan parti. Jangan sudah terhantuk baru hendak tengadah.
“Ketika ini landskap politik negara sudah berubah. Saya meramalkan PRU-15 nanti tiada mana-mana parti akan menjadi dominan dan tidak mustahil akan berlaku kerajaan campuran,” katanya.
Putra, katanya, untuk ketika ini tidak akan menyertai atau terikat dengan mana-mana blok politik, bagi membolehkan parti itu bersuara lantang dalam isu melibatkan kepentingan bangsa peribumi.
Kata beliau, jika hendak kembalikan semula maruah negara, membaiki segala kepincangan yang berlaku dalam semua aspek ini, rakyat harus memilih pemimpin dan parti yang bersih, bermoral, berani dan tegas, iaitu Putra.
“Saya yakin semua isu ini dapat diselesaikan termasuk perpecahan umat Melayu, antara kaum dan ekonomi yang merudum kalau negara dipimpin oleh pemimpin bersih dan bermoral selaras dengan peringatan ulama muktabar.
“Kalau rakyat berterusan menyokong pemimpin hipokrit, munafik, rasuah, cara hidup mewah dan ego, sudah tentu tiada apa-apa yang boleh kita harapkan.
“Maka, terimalah hakikat bangsa peribumi akan kekal seperti melukut tepi gantang dan menang sorak, kampung tergadai berterusan,” ujarnya.
Beliau kemudian mengingatkan kepimpinan Putra dan ahli parti itu hendaklah berpegang teguh kepada prinsip bersih dan bermoral jika mahu mendapat sokongan rakyat termasuk dari lain-lain kaum.
“Hasilnya nanti jika menang PRU-15, wakil Putra akan bersikap lantang dan tidak malu alah dalam memperjuangkan hak kepentingan bangsa peribumi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/parti-putra-tak-sertai-mana-mana-blok.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PAS dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata Setiausaha BERSATU Pahang Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Kom...
Dikala Penduduk Kampung Tak Tahan Bau Busuk Najis Khinzir Parti Politik Mana Yang Turun Padang

Dikala Penduduk Kampung Tak Tahan Bau Busuk Najis Khinzir Parti Politik Mana Yang Turun Padang

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 379 hits
Berjanji untuk membela rakyat memang mudah sebab hanya perlu guna modal air liur tapi hakikatnya setelah kuasa diberi orang yang berjanji hilang daripada pandangan rakyat hilang tanpa jejak Rakyat perlu bijak memilih pemimpin jangan tertipu...
Putra Lapor Polis Isu Perbualan Bocor Dua Menteri

Putra Lapor Polis Isu Perbualan Bocor Dua Menteri

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 213 hits
MALAYSIAKINI Parti Bumiputera Perkasa Malaysia pimpinan ahli politik lantang Ibrahim Ali membuat laporan polis berhubung antara menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan menteri undang undang Takiyuddin Hassan Laporan polis itu dibuat o...
Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

Kita Pasti Akan Menang Pilihan Raya Rajinikanth Umum Tubuh Parti Politik Januari 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 405 hits
Pelakon terkenal India Rajinikanth 69 pada Khamis lalu berkata dia akan melancarkan parti politiknya pada Januari 2021 dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada 31 Disember 2020 Bercakap kepada media dia mengatakan bahawa rancangan...
Parti Amanah Hanya Menyertai Satu Gabungan Politik Iaitu Pakatan Harapan Tidak Dua Dan Tidak Tiga

Parti Amanah Hanya Menyertai Satu Gabungan Politik Iaitu Pakatan Harapan Tidak Dua Dan Tidak Tiga

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 301 hits
JAMZURI ARDANIPAKATAN HARAPAN adalah gabungan politik yang kami dokong sepenuh hati Kami mendokong gabungan politik ini secara aktif sedar dan bertanggungjawab bukan secara melulu Kami memberi pandangan menerima pandangan membahas pandangan...
Dakwaan Tak Perlu Parti Melayu Dominan Tak Faham Hakikat Politik Khaled Jawab Saifuddin

Dakwaan Tak Perlu Parti Melayu Dominan Tak Faham Hakikat Politik Khaled Jawab Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 217 hits
December 1 2020 12 27 PMPETALING JAYA Mereka yang mendakwa tidak perlu ada parti Melayu dominan gagal memahami hakikat politik nasional tidak sensitif dan malas berusaha untuk mengangkat orang Melayu kata Naib Presiden UMNO Khaled Nordin Da...
Piagam Persefahaman Politik Tiga Gabungan Parti Harus Segera Direalisasikan Dato Seri Hamzah Zainudin

Piagam Persefahaman Politik Tiga Gabungan Parti Harus Segera Direalisasikan Dato Seri Hamzah Zainudin

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 321 hits
Perikatan Nasional dibentuk ketika negara menghadapi krisis politik dan perkauman yang semakin parah Keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu tercetus akibat dari ketidak puasan hati rakyat atas beberapa dasar dan tindakan kerajaan ...
5 Penjawat Awam Sertai Parti Liar Positif Dadah

5 Penjawat Awam Sertai Parti Liar Positif Dadah

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 237 hits
Lima penjawat awam antara 12 individu ditahan dalam serbuan Op Parti Liar sempena sambutan hari jadi di sebuah kondominium di Jalan Raja Chulan Bukit Bintang pagi tadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam ...
Parti Putra Bakal Letak Calon Prk Gerik

Parti Putra Bakal Letak Calon Prk Gerik

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 289 hits
peraktoday com myNOVEMBER 29 2020IPOH Parti Bumiputra Perkasa Malaysia berkemungkinan meletakkan calon untuk pertama kali bagi Pilihan Raya Kecil Gerik pada Januari tahun depan Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman berkata walaubagaimanapun ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya