Parti Pejuang Atok Tiada Hala Tuju Shamsul Anuar


B Nantha Kumar
Diterbitkan Hari ini 8:09 am

PRK SLIM | Tidak seperti Umno, seorang ahli majlis tertinggi parti itu mendakwa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diumumkan oleh bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai ideologi dan hala tuju.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah parti Pejuang sangat berbeza dengan Barisan Nasional (BN).

"Malam tadi Atok (Dr Mahathir) dah umum parti Pejuang. Tapi, tak daftar lagi. Kita berbeza dengan parti Atok.

"Dia boleh sebutlah bahawa dia berjuang untuk membanteras rasuah. Dia ingat rakyat tak cerdik kah?

" Dia tak tahu kah? Sebenarnya parti dia juga dikelilingi orang yang rasuah. Dia yang cakap (nak memerangi rasuah) tapi dia tak tengok dan cerminkan diri sendiri," dakwa Shamsul pada satu majlis pertemuan dengan penduduk di Kuala Slim, Slim River, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, malam tadi.

Turut hadir, Mohd Zaidi Aziz sebagai calon BN bagi PRK DUN Slim.

Terdahulu, pada Rabu Dr Mahathir membuat pengumuman nama parti baru pada majlis memperkenalkan calon parti tersebut.

Dalam majlis itu, Dr Mahathir mengumumkan peguam syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon bagi PRK DUN Slim.

Bagaimanapun, memandangkan Pejuang masih belum berdaftar secara rasmi dengan ROS maka Amir akan bertanding sebagai calon bebas.

Berucap di hadapan lebih 500 hadirin, Dr Mahathir berkata kerajaan hari ini bukan lagi berkhidmat untuk bangsa, negara agama tetapi untuk 'apa aku dapat'.

BN bela semua kaum

Bagaimanapun, Shamsul berkata bahawa BN mempunyai ideologi dan sebuah parti yang ada hala tuju serta parti yang ada matlamat perjuangan.

Tambahnya, BN sentiasa menyesuaikan perjuangan partinya mengikut zaman dengan membela semua kaum di Malaysia.

Sementara itu, Shamsul yang juga ahli parlimen Lenggong meminta pengundi Slim supaya menolak calon parti Pejuang kerana partinya bukan sebahagian daripada kerajaan.

"Parti dia bukan sahaja dalam kerajaan, daftar pun belum.

"Saya dengar yang bertanding ini bukan orang tempatan pun. Bab ini sahaja pun kita tolak calon Pejuang.

"Kita nak wakil daripada kawasan ini, calon parti Pejuang ini bukan dari orang ini," katanya.

Amir Khusyairi, 38 ialah graduan undang-undang UIAM merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik, ayahnya, allahyarham Mohamad Tanusi Maulut ialah bekas naib kadi Teluk Intan, manakala ibunya seorang pesara guru agama.

Isteri Amir, Dr Nur Aainaa Othman pula ialah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di hospital Slim River.

Bagaimanapun, Umno dilihat mula melancarkan serangan terhadap Amir dengan mendakwa bahawa beliau bukan anak tempatan dan berasal dari Teluk Intan.

Sementara itu, Shamsul berkata bahawa penyokong BN di DUN Slim tidak boleh rasa selesa dengan ramalan BN akan menang dalam PRK itu.

"Walaupun dari bacaan kita, atas kertas kita boleh mencapai kemenangan, tapi dalam politik ini apa pun boleh berlaku.

"Perubahan akan berlaku sentiasa. Sebab itu jentera parti kita kena kerja bersungguh-sungguh.

"Kita jangan selesa. Jangan rasa kita boleh menang mudah di sini," katanya.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH dengan lambang PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

Pengundian PRK Slim akan diadakan pada 29 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 15 Ogos.
  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/parti-pejuang-atok-tiada-hala-tuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Baharu Tun M Tiada Hala Tuju Perjuangan Kata Ahmad Faizal Azumu

Parti Baharu Tun M Tiada Hala Tuju Perjuangan Kata Ahmad Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 800 hits
KUALA NERUS Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyifatkan parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam seolah olah tiada hala tuju dalam perjuangan sebaliknya sekadar gerakan untuk memecah belahkan Be...
Atok M Cakap Parti Baru Dia Pejuwang Mendapat Sokongan Dan Sambutan Biar Gambar Menjadi Saksi

Atok M Cakap Parti Baru Dia Pejuwang Mendapat Sokongan Dan Sambutan Biar Gambar Menjadi Saksi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 356 hits
Dalam gambar ni apa yg kita nampak betul lah Atok M cakap tu tak nipu tak sah org tua ni Lihat sisi ini baharu nampak ramai Ini aku ambil di FB Atok Sumber Facebook MR Kencing juga Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subsc...
Tun Dr Mahathir Umumkan Pejuang Tanah Air Nama Parti Baharunya

Tun Dr Mahathir Umumkan Pejuang Tanah Air Nama Parti Baharunya

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 294 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti baharu yang ditubuhnya sebagai Pejuang Tanah Air Bekas pengerusi PPBM berkenaan mengisytiharkan nama parti itu ketika berucap selepas pengumuman Amir Khusyai...
Parti Baharu Pimpinan Tun Mahathir Dikenali Sebagai Parti Pejuang

Parti Baharu Pimpinan Tun Mahathir Dikenali Sebagai Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1747 hits
551 total views 551 views today Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan parti politik baharu pimpinannya dikenali sebagai Parti Pejuang Beberapa hari lepas Tun M mengumumkan akan menubuhka...
Parti Pejuang Ini Kelakar

Parti Pejuang Ini Kelakar

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 437 hits
Marahnya pada najib maka tertubuhnya parti bersatu Marahnya pada muhyiddin maka ditubuhnya parti pejuang Ketika memerintah melayu diherdik melayu diminta jangan iri hati dengan orang kaya melayu pemalas melayu diminta bertabah dengan mengik...
Jangan Pandang Enteng Kepada Parti Pejuang

Jangan Pandang Enteng Kepada Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 357 hits
ULASANMahathir serah watikah kepada Amir Khusyairi untuk bertanding KELMARIN Dr Mahathir Mohamad telah umumkan parti barunya bernama Parti Perjuang Tanah Air Pengumuman itu dibuat sempena pengumuman Amir Khusyairi Mohamad Tanusi seorang peg...
Sebanyak 20 000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

Sebanyak 20 000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 531 hits
SHAH ALAM Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjejaskan kestabilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin Sebaliknya Menteri Dalam Neg...
Pemimpin Parti Pejuang

Pemimpin Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 411 hits
MEREKA MUNGKIN PENGASAS PARTI PEJUANGPENGASAS MESTILAH TUNJUK CONTOH LAMBANG PEJUANG DAHULU IAITU PELUK TUBUH MENANDAKAN TENANG COOL TAK AMBIL TAHU HAL ORANG LAIN Walaupun Annuar Musa kata Parti Papet tubuh dan lantik keluarga sendiriPELUK ...
Ahead Of Slim Poll Dr Mahathir Announces New Party S Name Parti Pejuang Tanah Air

Ahead Of Slim Poll Dr Mahathir Announces New Party S Name Parti Pejuang Tanah Air

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 486 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has revealed tonight the full name of his new political party Parti Pejuang Tanah Air or just Pejuang in short Malay for Fighters of the Nation Party In the ceremony to name its first candidate ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih