Parti Paling Cemerlang Parti Paling Teruk Tumbang



DI sebalik keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu, ada parti yang menunjukkan prestasi menjulang dan ada parti yang teruk kecundang.
Analisis Sinar Premium berdasarkan prestasi, mendapati parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) menunjukkan peningkatan ketara kerusi pada PRN Johor berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018.
UMNO PALING CEMERLANG
Berdasarkan keputusan rasmi, parti UMNO menunjukkan prestasi paling cemerlang apabila menang 33 daripada 37 kerusi yang mereka tandingi.
Berdasarkan peratusan, UMNO berjaya menang 89 peratus dalam kerusi yang bertanding.
Parti tertua di Malaysia itu hanya tewas di empat kerusi iaitu di DUN Bukit Kepong, Endau, Simpang Jeram dan Maharani.
Walaupun ramai yang menyifatkan PRN Johor agak hambar dengan peratusan keluar mengundi yang rendah, namun PRN Johor ini adalah kebangkitan semula UMNO di negeri ‘kelahirannya’.
Berbanding cuma menang 17 kerusi pada PRU14 sebelum drama lompat melompat parti menyaksikan UMNO cuma tinggal 14 kerusi, UMNO pada Sabtu menawan Johor dengan merampas 23 kerusi yang mereka hilang sebelum ini.
UMNO menunjukkan prestasi luar biasa apabila menang dalam pertempuran sengit di bahagian utara serta selatan Johor. Antara kerusi yang paling bermakna dirampas UMNO sudah tentulah di Gambir apabila kerusi itu disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Muhyiddin tidak bertanding kali ini.
DAP MASIH BOLEH TERSENYUM
Berbanding parti gabungan lain dalam Pakatan Harapan (PH) yang mungkin sedang berduka, DAP masih boleh menarik nafas lega.
Ini kerana daripada 14 kerusi yang ditandingi mereka menang 10 kerusi dan tewas empat.
Calon DAP mengekalkan Tangkak, Jementah, Bentayan, Penggeram, Mengkibol, Senai, Skudai, Perling, Stulang dan Johor Jaya. Kemenangan DAP dipimpin Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang menang dengan majoriti 3,347 undi di Perling.
DAP tumbang di empat DUN iaitu di Bekok, Yong Peng, Paloh dan Pekan Nanas.
MCA DAPAT TONIK BAHARU
Selepas terpaksa menggigit jari pada PRU14 apabila gagal menang satu pun kerusi DUN, nasib MCA nampaknya sudah berbeza pada PRN Johor.
Walaupun hanya menang empat daripada 15 kerusi yang ditandingi, tetapi kejayaan merampas empat kerusi DAP pastinya mengubat luka MCA.
MCA membuat kejutan dengan menang di DUN Bekok, Yong Peng, Paloh dan Pekan Nanas dengan majoriti selesa.
MIC KEKAL RENTAK
Walaupun cuma bertanding empat kerusi dalam PRN Johor, namun berdasarkan peratusan kemenangan MIC antara parti yang cemerlang selepas UMNO.
Ini kerana MIC menang tiga kerusi atau dari segi peratusan memperoleh 75 peratus kemenangan.
MIC mengekalkan kerusi Kahang dan Tenggaroh yang dimenangi mereka pada PRU14 selain Ketua Wanita MIC Johor, Saraswati Nallathamby merampas DUN Kemelah daripada Amanah.
BERSATU BERDUKA
Parti Bersatu pastinya antara parti yang paling kecewa apabila desas-desus Bersatu dan PN akan bangkit dari negeri selatan Semenanjung tidak menjadi.
Apatah lagi, Johor bukan sahaja kampung halaman Presiden parti itu, malah Muhyiddin dianggap mempunyai aura tersendiri di Johor.
Prestasi mengecewakan Bersatu bermula di bahagian utara Johor apabila satu demi satu kerusi tumbang dan gagal ditawan seperti yang dijangka.
Bersatu hanya menang di Bukit Kepong menerusi calon heavyweight mereka iaitu bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Kedukaan Bersatu sedikit terubat apabila di sebalik gelombang ‘ganas’ biru BN yang membadai dari utara ke selatan hingga ke timur Johor, tiba-tiba calon Bersatu berjaya mengekang kemaraan UMNO di kerusi Endau.
Calon penyandang DUN Endau, Alawiyah Talib menang di kerusi itu dengan majoriti selesa 3,041 undi.
PAS DIRUNDUNG KECEWA
Percaturan Pas dalam PRN Johor yang menyaksikan mereka bergabung bersama Bersatu dan Gerakan nampaknya tidak menjadi.
Pas cuma menang satu daripada 15 kerusi yang mereka tandingi.
Sebagai perbandingan ia hampir sama dengan keputusan PRU14 apabila parti logo bulan itu juga menang satu kerusi di DUN Bukit Pasir. Tetapi pada itu mereka bergerak solo dengan sokongan parti kecil.
Entah di mana silapnya, percaturan Pas serba tidak menjadi dalam PRN Johor. Sebagai contoh wakil tunggal Pas yang menang dalam PRU14 di Bukit Pasir, Najib Lep cuba dipindahkan ke kerusi lain. Ia membawa padah apabila Najib nekad menjadi calon Bebas.
KEJUTAN MUDA
Tampil sebagai parti paling kurang pengalaman dalam pilihan raya, Muda boleh berpuas hati dengan satu kemenangan dalam PRN Johor.
Walaupun terdapat cakap-cakap kerusi tersebut ialah kerusi pengorbanan Amanah, lantaran dianggap kerusi Gred A pembangkang, tetapi siapa yang dapat menafikan kemenangan Muda itu.
Kerusi Puteri Wangsa memang menjadi rebutan blok PH memandangkan penyandangnya, Mazlan Bujang menang dengan majoriti besar iaitu 24,959 undi pada PRU14.
Dalam pada itu, di sebalik kemenangan Puteri Wangsa, Muda terpaksa menelan pahit kalah di enam kerusi lain iaitu Larkin, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai.
PKR MAKIN TENGGELAM
Sama seperti Bersatu yang mengepalai gabungan masing-masing, nampaknya nasib PKR serupa apabila semakin hanyut dan tenggelam.
Malah, usaha PKR untuk mengubat duka kekalahan di Melaka dan Sarawak nampak masih belum bertemu penawar di Johor.
Bahkan, PKR seolah-olah masih dibuai mimpi kemenangan PRU14 apabila hanya mahu menggunakan formula kekalkan logo bulan sabit sama seperti tahun 2018. Parti itu bersama PH dilihat tidak mengemukakan formula dan pembaharuan besar lain kecuali bersama Muda.
Dalam keputusan PRN Johor pada Sabtu, PKR hampir tewas disemua 20 kerusi yang ditandingi. Mujur DUN Bukit Batu menjadi penyelamat maruah PKR apabila calon mereka Arthur Chiong mengalahkan calon BN, PN dan Warisan. Bagaimanapun agak mendebarkan apabila Arthur cuma menang dengan majoriti tipis 137 undi.
Pengorbanan Amanah makan diri
Tindakan Amanah menyerahkan empat kerusi kepada Muda dengan salah satu kerusi Gred A iaitu Puteri Wangsa menyebabkan parti itu terpaksa berpuas hati apabila hanya menang satu kerusi.
Amanah hanya menang di Simpang Jeram menerusi calon utama mereka Datuk Seri Salahuddin Ayub, manakala Pengerusi PH dan Amanah Johor, Aminolhuda Hassan kecundang di Parit Yaani dengan majoriti tipis 237 undi. Pada PRN Johor Amanah bertanding 16 kerusi.
TAMPARAN UNTUK PEJUANG
Parti dipimpin tokoh negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil garang pada PRN Johor apabila bertanding di 42 kerusi.
Langkah Pejuang tampak menyakinkan apabila Dr Mahathir yang baru sembuh daripada masalah kesihatan turut turun ke Johor bagi membantu kempen.
Bagaimanapun, keputusan malam Sabtu bagaikan satu tamparan kepada Pejuang apabila mereka bukan sahaja kalah di semua 42 kerusi, lebih tragis semua calon mereka ‘hangus’ wang pertaruhan. Rata-rata calon Pejuang mendapat beberapa ratus sahaja undi kecuali di kerusi Puteri Wangsa, Kempas, Kota Iskandar dan Tiram.
Malah salah seorang calon heavyweigt Pejuang, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Parlimen Sri Gading cuma mendapat 465 undi.
WARISAN, GERAKAN, PBM PERLU CARI JALAN UNTUK RELEVAN
Tiga parti ini antara parti yang mencuba nasib dalam PRN Johor tetapi pulang kecewa dengan tangan kosong.
Warisan yang menjenamakan parti itu sebagai parti nasional dan bukan lagi parti Sabah gagal dalam percubaan pertama mereka di Semenanjung.
Gerakan walaupun bersama rakan gabungan baharu Bersatu dan Pas, nampaknya percaturan mereka masih lagi menemui jalan buntu.
Gerakan kalah teruk dalam semua lapan kerusi yang ditandingi mereka.
Parti Bangsa Malaysia (PBM) merupakan satu lagi parti muda dalam PRN Johor. Parti yang diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan disertai pemimpin serta ahli serpihan PKR turut berputih mata dalam PRN Johor.
Mencuba nasib di empat kerusi DUN, PBM masih belum berjaya menawan hati pengundi Johor.
SHP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO] Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi? ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 
The post Parti paling cemerlang, parti paling teruk tumbang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/14/parti-paling-cemerlang-parti-paling-teruk-tumbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Masuk Sekolah Paling Malas Susun Buku Ikut Cara Ibu Ni Tersusun Rapi Anak Pun Mudah Nak Cari

Nak Masuk Sekolah Paling Malas Susun Buku Ikut Cara Ibu Ni Tersusun Rapi Anak Pun Mudah Nak Cari

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 309 hits
Tak sampai sebulan anak anak bakal memulakan sesi persekolahan yang baru Bila dah mula sekolah paling susah anak nak buat susun buku sekolah mengikut jadual Untuk yang masih kecil terutamanya darjah 1 dan 2 memang berterabur la buku mereka ...
Orang Yang Makan Gaji Paling Seronok Dengan Wabak Covid Yang Tak Habis Ni

Orang Yang Makan Gaji Paling Seronok Dengan Wabak Covid Yang Tak Habis Ni

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 236 hits
Dah masuk tahun ke 3 Masih tak habis lagi cerita Covid 19 ni Selagi maklumat perkembangan kesemua status kes di laporkan setip hari selagi itulah fikiran akan tetap berlegar cuba memahami apa lagi yang bakal berlaku Bukan tak cuba untuk ten...
Paling Nakal Selalu Merajuk Tu Cara Anak Tunjuk Kurang Yakin Diri Ibu Ayah Kena Selalu Ambil Tahu

Paling Nakal Selalu Merajuk Tu Cara Anak Tunjuk Kurang Yakin Diri Ibu Ayah Kena Selalu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 173 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Prn Johor Paling Menarik Utk Diulas

Prn Johor Paling Menarik Utk Diulas

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 136 hits
Norman RadzuanPRN JOHOR PENTAS MAKMAL PARTI POLITIKTahukan kalian PRN Johor adalah PRN paling menarik dinantikan oleh pengulas2 politik seperti saya Saya anggap PRN Johor ini pentas Makmal parti politik dan tak sabar utk mengulasnya nanti A...
Paling Mudah Ini 3 Cara Menghilangkan Cegukan Saat Puasa

Paling Mudah Ini 3 Cara Menghilangkan Cegukan Saat Puasa

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 213 hits
Cara menghilangkan cegukan saat puasa ini sudah terbukti ampuhnya Kamu bisa coba dan buktikan sendiri Insya Allah puasa jadi nyaman dan khusyuk lagi
Dah La Menjadi Menteri Paling Lemah Malas Pulak

Dah La Menjadi Menteri Paling Lemah Malas Pulak

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 178 hits
Rina tak hadir taklimat JKMPay kata NGO March 4 2022 12 Sebahagian daripada 100 ahli komuniti OKU berkumpul di sepanjang Jalan Parlimen pada Selasa untuk membantah pelaksanaan JKMPay PETALING JAYA Gabungan 11 badan bukan kerajaan menafikan ...
Pizza Hawaian Chicken Homemade Paling Sedap Buat Sendiri Guna Bahan Mudah

Pizza Hawaian Chicken Homemade Paling Sedap Buat Sendiri Guna Bahan Mudah

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 420 hits
Pizza Hawaian Chicken homemade resipi perkongsian saudari Aishah Mohamed ni nampak sangat sedap Hanya guna wrap dan beberapa bahan bahan mudah yang lain sahaja Memang jimat Sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga sebagai sajian makan ma...
Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap Guna Jagung Tongkol Je

Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap Guna Jagung Tongkol Je

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 195 hits
Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung memang sedap Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat Nak lagi sedap guna atau Nise Kerek Dah letak gula melaka tak letak gula pasir pun tak apa nanti terlebih manis pulak Resipi perkongsian Nuru...
Twenty Five Twenty One Terus Kuasai Ranking Drama Pelakon Paling Popular

Twenty Five Twenty One Terus Kuasai Ranking Drama Pelakon Paling Popular

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 239 hits
Drama tvN Twenty Five Twenty One terus mendominasi ranking mingguan drama dan pelakon paling popular Menurut Good Data Corporation Twenty Five Twenty One kekal ditangga pertama dalam ranking mingguan drama paling popular untuk minggu ketiga...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan