Parlimen Jadi Sarkas Bila Speaker Parang Tumpol


ULASAN

Johari AbdulSEMASA merasmi pembukaan sidang Parlimen penggal ke tiga parlimen ke-15 Yang diPertuan
Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, beriya-iya memberi peringatan agar ahli dewan lebih beradab dan menjaga tartib sepanjang berada dalam parlimen. 
Sidang parlimen memang mendapat perhatian Yang diPertuan Agong. Baginda juga menyebut dengan keadaan yang berlaku dalam dewan sebelum ini, menyebabkan baginda terasa malu untuk hadir atau menontonya. Itu adalah satu pengamatan tulus ikhlas dari baginda. 
Lantaran itu baginda memberi peringatan dan nasihat keras, termasuk supaya mana-mana ahli parlimen yang degil tidak beradab digantung sampai 14 hari. Peringatan itu bukan main-main dan menunjukkan baginda tidak seronok dengan gaya parlimen Malaysia. Yang menerima arahan itu secara langsung tentulah Speaker Johari Abdul. Seharusnya Johari mengambil perhatian berat atas nasihat Yang diPertuan Agong itu.  
Lanjutan itu ramailah yang merasa gembira dan menunggu sidang parlimen seterusnya dengan harapan parlimen kita jadi bertambah berwibawa dan bermutu. Ada yang terfikir mungkin sidang parlimen selepas ini lebih harmoni, tertib dan profesional. Tidak akan ada lagi pertengkaran menembak angin dan menjuah anjing. Wowowoww... 
Pertelingkahan dan perang mulut mengenai hal-hal sepele atau sampah, tidak akan berlaku lagi. Isu-isu yang remeh tidak mudah dibangkitkan dengan tujuan politik. Masing-masing menjaga diri dan kenal akan diri serta tanggungjawab sebagai seorang bergelar Yang Berhormat. Masing-masing akan cuba menjadi jurubicara rakyat yang baik dan berkesan. 
Selain itu, Reform parlimen juga akan berlaku, bukan sahaja pada sistemnya, mengubah mana-mana peraturan yang konservatif atau kolot, tetapi ke atas akhlak dan feel ahli parlimen yang segelintirnya lebih teruk macam beruk dan kera tidak mengenali ketamadunan. 
Namun apa diharap itu jadi seperti mengharap kucing tumbuh tanduk atau pun hujan naik ke langit. Kurang 72 jam selepas Yang diPertuan Agong bertitah, parlimen berlangsung dengan gelagat dan feel lama ahli parlimen. Seakan-akan segelintir yang sudah lama layak digelar sebagai pemain sarkas, tidak pernah berhenti atau cuba mengikiskan sikap dan sifat mereka selaku ahli sarkas. 
Parlimen kecuh dan fungsinya sebagai house of parlimen; tempat menggubal undang-undang bertukar menjadi house of pasar; tempat menjual dan melelong ikan busuk. Keadaan riuh randah tanpa sedikit pun mengenang kepada nasihat dan peringatan Yang diPertuan Agong. Seolah-olah titah nasihat itu bagaikan angin lalu sahaja, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. 

Peristiwa keji pertama berlaku, apabila wakil Pendang (Awang Hashim) dengan lantang melaungkan ketegasannya yang memedihkan telinga Speaker, Johari Abdul. Johari begitu terasa dan kesal dengan gelagat ahli Parlimen Pendang itu, semacam mencabar wibawanya. Johari lantas mengarahkan agar wakil Pendang itu digantung 4 hari. Four day Pendang, kata Johari. 
Tidak jelas kenapa Johari membuat arahan itu kepada Awang Hashim. Yang jelas nampak mukanya merah, marah dan sangat kesal dengan kelakuan Awang Hashim. 
Apapun bagi pemerhati di luar yang sudah bosan dengan gelagat parlimen kita macam zoo itu, menyokong tindakan Johari itu. Ada yang memuji akan ketegasan Johari walaupun tindakannya sangat emosional dan tidak pantas diamalkan oleh seorang Speaker, namun ia wajar dilakukan. 
Tidak mengapalah, demi untuk mendisiplinkan dan perintah itu dijadikan iktibar kepada yang lain, Speaker tidak nampak berada dipihak melampau. Orang tidak menyalahkan kepada Johari dan merasakan tindakannya itu adil. Orang melihat Johari mula berperanan sebagai Speaker yang tegas, bertanggungjawab dan professional serta tidak menjadikan dirinya sebagai parang bodoh. 
U.P: Faham ke maksud parang bodoh ini, dan kenal rupanya. Parang bodoh ialah parang yang tidak lagi digunakan untuk kegunaan sehariannya. Ia telah sumbing atau gelebek. Biasanya parang bodoh ini diletakkan dijerung dapur atau tepi dinding. Ia akan diguna atau berguna apabila sesekali untuk menetak biawak atau musang. Itu definasi parang bodoh. Hehe.
Dalam konteks tadi Johari tidak parang bodoh. Dia parang cerdik, maksudnya parang tajam. Menggunakan kedudukan dan kuasanya sebagai Speaker sesuatu dengan kemuliaan dewan.
Bagaimana pun dalam kasus dengan wakil Pendang itu ia mengecewakan, apabila arahan gantung itu ditarik balik oleh Speaker. Jarang berlaku dalam parlimen Speaker menarik balik keputusannya, selalunya ahli parlimen didesak atau dicadangkan menarik balik sesuatu yang tidak wajar. 
Disidang sebelah petang pada hari sama, Johari menarik balik arahan tadi. Ia dibuat apabila ada persetujuan dari wakil Pendang untuk menarik balik atas ketegasannya yang mengilankan Speaker tadi. Awang Hashim berbuat demikian selepas Ketua Pembangkang merayu agar Speaker mempertimbangkan dan memaafkan Pendang.
Penarikan balik Johari itu mengecewakan dan secara tidak langsung bahawa dia sebenarnya parang bodoh bukan parang tajam. Penarikan itu beliau cuba hendak menjadikan seorang Speaker yang baik, bertimbang rasa, tetapi di sisi lain ia memberi kesan Johari ada Speaker yang longlai. Hati daun kayu. 
Tidak cukup dengan kes wakil Pendang itu, Johari sekali lagi menunjukan dia seorang Speaker parang bodoh apabila 28 Februari lalu beliau memberi kemafaan pula kepada wakil Tasek Gelugor (Wan Saiful Wan Jan) yang sepatutnya menghadapi usul untuk menggantungkan selama 6 bulan apabila menuduh PM sebagai korup dan ikut sama mengaitkan nama Yang diPertuan Agong.
Usul untuk menggantungkan Wan Saiful sudah pun siap sedia dan kertas urusan mesyuarat pada hari itu telah pun direleaee, dan laporan mengenai penggantungan itu telah pun dihebuhkan oleh media massa. Namun apabila sampai saat usul itu hendak dibentangkan, Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi yang sepatutnya membentangkan usul berkenaan, bersetuju menarik balik.
Speaker memberi kata dua kepada Wan Saiful sebelum usul dibaca, membolehkan Wan Saiful memohon maaf atas keterlanjurannya. Susulan itu Zahid terus menarik balik usul berkenaan.
Sebenarnya perilaku dan tindak tanduk Speaker itu walaupun atas tujuaan dan maksud apa pun yang menjejaskan wibawanya. Ketegasan dan aksinya yang dipamerkan semasa Wan Saiful menimbulkan hal dikatakan fitnah dan mengaibkan perdana menteri dan Yang diPertuan Agong itu, hancur dan lumat begitu sahaja.
Cara Johari menjadi Speaker parang bodoh itu merbahaya. Ia boleh dijadikan percedent dimasa akan datang untuk mana-mana ahli dewan yang membuat khilaf memohon maaf. Apakah kalau ada ahli dewan berbuat perkara sama dan ia boleh dikenakan tindakan tiba-tiba dia memohon maaf? Johari atau Speaker tidak boleh bertindak melainkan kena memberi kemaafan seperti mana dia lakukan ke atas Pendang dan Tasek Gelugor itu.
Sebab itu cara Speaker bertindak dan mahu menununjukkan kehemahannya sebagai Spekaer tidak tepat dan ia boleh memakan diri di kemudian hari. Makanya kita berharap Johari Abdul mengasah parang bodohnya agar tajam, kerana bak kata orang belakang parang pun kalau diasah lama-lama menjadi tajam.
Saya berani berkata demikian kerana punya pengalaman dengan Tuan Speaker ini dan sudah sangat mengenali gerak laku politiknya. [wm.kl.1:41 pm 06/03/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/03/parlimen-jadi-serkas-bila-speaker.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Imbau Umat Islam Tarawih Pakai Speaker Dalam Masjid Ini Aturan Detailnya

Menteri Agama Imbau Umat Islam Tarawih Pakai Speaker Dalam Masjid Ini Aturan Detailnya

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 81 hits
Penggunaan speaker dalam masjid selama tarawih untuk mewujudkan ketentraman ketertiban dan kenyamanan bersama
Govt Not Giving Orders To Dewan Speaker Fahmi Says After Backlash

Govt Not Giving Orders To Dewan Speaker Fahmi Says After Backlash

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 107 hits
Communications Minister Fahmi Fadzil has denied that the government plans to give orders to the Dewan Rakyat speaker s office This is after backlash over his saying that the cabinet would contact the speaker s office over false statements i...
Jk Dukung Kemenag Soal Aturan Larangan Speaker Luar Masjid Saat Ramadan Supaya Syahdu

Jk Dukung Kemenag Soal Aturan Larangan Speaker Luar Masjid Saat Ramadan Supaya Syahdu

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 63 hits
JK mengajak seluruh umat Islam di Indonesia untuk menyiapkan waktu untuk melakukan introspeksi diri dalam menyambut Ramadan
Intergriti Di Kalangan Ahli Parlimen Perlu Diwujudkan Juga

Intergriti Di Kalangan Ahli Parlimen Perlu Diwujudkan Juga

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 101 hits
Kadangkala integriti yang menjadi praktis dalam kalangan sesetengah orang bukan Islam lebih tinggi berbanding sebahagian besar orang Islam Tindakan yang dikenakan bagi penjawat awam di Jepun seperti di bawah sangat berat namun bagi penjawat...
Menyekolahkan Ahli Parlimen Kita

Menyekolahkan Ahli Parlimen Kita

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 108 hits
Ahli Parlimen kena buktikan mereka lebih baik daripada budak sekolah kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh Menyanggah pandangan itu Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pula berkata wakil rakyat bukan seperti kanak kanak sekolah ...
Kenapa Walau Mampu Mengarang Minda Presiden Mp Marang Tidak Hadir Ke Parlimen Ini Alasan Terkini

Kenapa Walau Mampu Mengarang Minda Presiden Mp Marang Tidak Hadir Ke Parlimen Ini Alasan Terkini

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 68 hits
HarapandailyWalaupun siri Minda Presiden bertajuk Undang undang di Rimba Mengatasi Majlis Keselamatan PBB disiarkan hari ini Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Dewan Rakyat Tiada kelibat Ahli Parlimen Marang berkenaan semasa Istiadat P...
Ahli Parlimen Kena Berhati Hati

Ahli Parlimen Kena Berhati Hati

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 155 hits
Agaknya apa yang akan terjadi pada mereka berdua
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Cheah Liek Hou

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Kenyataan Wan Rosdy Bakar Semangat Penyokong Pakatan Harapan Di Prk Dun Kuala Kubu Bharu



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite

Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol