Parlimen Gelagak Pembangkang Masih Mengecewakan


ULASAN

MESYUARAT pertama parlimen penggal ke 15 telah pun tamat semalam. Sidang bermula 13 Februari dan berakhir 30 Mac tetapi disambung dua hari disambung hingga 4 April. Selain pembentangan Bajet 2024 beberapa Rang Undang-Undang sempat diluluskan.

Sidang kali ini memang menjadi tumpuan umum untuk melihat sejauh mana parlimen yang dalam era reform dibawah kerajaab Perpaduan ini berjalan. Umum mengharap parlimen penggal ke-15 ini berbeza dengan penggal sebelum ini khasnya sejak penggal ke 12 hingga ke 14 lalu.
Selain itu barisan pembangkang yang sebelum ini pernah menjadi kerajaan hasil projek "curitokrasi" terdiri daripada wakil-wakil yang hebat menyebabkan ia diharap ada perubahan positif. PN menguasai parlimen dengan 74 orang anggota parlimen.
Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) dan juga Pas mendominasi pembangkang sejak beberapa penggal. Parlimen ke-15 ini adalah dilihat berbeza konsikuan dengan sebelum ini, justeru ia diharap berlaku perubahan.

Justeru sesuatu perubahan dan pembaharuan diharap menjelma sekaligus merubah tempo demokrasi Malaysia. Parlimen diharap mempersembahkan sesuatu yang baharu dan ahli parlimen akan menampilkan kualiti luar biasa serta cuba menjadikan dewan itu sebagai dewan mulia tempat menggubal undang-undang demi kesejahtraan rakyat dan negara bukan sebagai padang politik sempit. 

Sidang tentu tidak seperti dahulu yang riuh randah dengan sikap dan gelagat ahli parlimen yang bertengkar dan bertikam lidah dengan pihak kerajaan mengenai isu-isu "sepele".. Sebelum ini adakalanya suasana dan parlimen seperti dalam pasar riuh randah dan membosankan. Mereka yang ke parlimen untuk melihat persidangan kecewa dengan apa yang berlaku.

Setelah berlangsungnya mesyuarat pertama itu, apa diharapkan tidak seperti diimpikan. Nampaknya apa diharapkan itu tidak menjadi kenyataan. Masih ada watak, perangai ahli-ahli parlimen di musim dahulu mencelit dalam parlimen kali ini. Ada yang mewarisi perangai ahli parlimen sebelum ini. Apa lagi ada saki baki ahli parlimen dahulu masih diberi tempat, maka mereka seperti dijadikan idola oleh yang baru

Badi ahli parlimen dahulu yang bertindak macam orang sawan dan kerana kena belacan masih diwarisi beberapa ahli parlimen penggal ke 15 ini.

Pembangkang terutamanya yang diharap bertindak lebih professional mengecewakan. Pembangkang gagal menampilkan mereka selaku block yang professional dan berusaha untuk meletakkan parlimen sebagai dewan legislatif semulia-mulianya. 

Malahan dari sesetengah aspek perangai beberapa kerat ahli pembangkang lebih teruk dari sebelum ini. Isu-isu dibangkitkan lebih menyinis daripada membahas secara rasional untuk mencapai solusi baik demi rakyat dan negara. Boleh dikatakan setiap isu dibangkit dilakukan dengan penuh emosional yang tersimpan elemen dendam kesumat tidak sudah.

Isu-isu yang boleh dibincang dengan waras demi kepentingan rakyat dilakukan dengan penuh emotif. Sindir menyindir mengiringi setiap kali ucapan yang dilemparkan. Hatta sindiran dimula sebaik sahaja ahli parlimen menyebut soalan yang perlu dijawab. Sikap bertanggungjawab juga tidak ada bila mana mereka melontarkan soalan tetapi tidak bersedia untuk mendengarnya dengan tidak hadir atau berada di luar dewan.

Perbahasan atau apa dibangkitkan bukan untuk mendapat jawaban atau mencari penyelesaian, tetapi lebih kepada ingin mengena dan mengkritik pihak kerajaan. Sikap dan situasi inilah yang berlaku hampir setiap hari masa persisangan berlangsung. Kehadiran sesetengah ahli pembangkang ke parlimen juga tidak sampai 20 peratus pun.  

Jarang sekali sesuatu cadangan dikemukakan kerajaan diterima baik dan terbuka oleh wakil pembangkang. Malahan mereka membuat provokasi huduh sampai menghina dan menjatuhkan maruah diri sendiri. Misalnya konsep atau "projek" (idea) Menu Rahmah diperkenalkan kerajaan untuk membantu meringan beban golongan B40, ada wakil pembangkang mengejek sebagai menu itu sebagai tidak berkualiti dan mendatangkan penyakit kanser kepada rakyat.

Demikianlah begitu huduh sekali tanggapan pembangkang kepada projek berkenaan. Walhal Menu Rahmah yang dipopularkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup, mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat dan juga para peniaga. Dengan ada prohek berkenaan semua orang mendapat keuntungan dan manfaat daripadanya. Ribuan syarikat atau peniaga mendapat manfaat  dari program berkenaan.

Tidak ada paksaan mana-mana untuk menaja program berkenaan. Apabila berduyung-duyung menyertainya itu membuktikan mereka mendokong kerajaan Perpaduan

Anwar jadi mangsa.

Ahli parlimen yang tidak habis-habis dikritik dan disinis ialah wakil Tambun Anwar Ibrahim. Apa yang dikemukakan oleh Anwar dikritik dari berbagai sudut untuk menunjukkan perdana menteri itu lemah dan semua dilakukan tidak kena. Misalnya konsep Madani yang dibawa oleh Anwar dituduh tidak Islamik dan ia istilah yang entah datang daripada mana. Konsep itu tidak lebih daripada retorik seorang Anwar Ibrahim semata-mata

Tuduhan dibuat terlalu rakus dan langsung tidak cuba menghayati apa yang berlaku dan dilakukan. Walhal konsep Malaysia Madani itu membawa perubahan jelas dan nyata kepada mereka yang tidak terlalu prejudis kepadanya. Dalam tempoh  tidak sampai enam bulan kita sudah dapat melihat perbezaan dan kelainan kerajaan Perpaduan berbanding kerjaan sebelum ini termasuk kerajaan PH terdahulu.

Begitu juga dengan bajet dibentang Anwar yang bernilai RM338.1 billion dengan RM289.1 billion untuk belanja mengurus dan RM99 billion belanja pembangunan, banyak membantu rakyat tidak diterima dengan baik malahan ada yang menimbulkan kesangsian ia adalah retorik. Di luar dewan pula ada manusia gergasi yang mempertikaikan dari mana Anwar dapatkan wang. Mereka ini adalah yang membenci Anwar sejak lama dahulu dan terus merendahkan kebolehan dan kemampuan Anwar

Saking jahatnya peruntukan diagihkan Anwar untuk negeri-negeri pembangkang tidak dinilai dengan baik dan waras bahkan cuba mengelirukan kononnya kerajaan Perpaduan masih melakukan diskriminasi. Hakikatnya peruntukan untuk negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diberi lebih tinggi berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini

Namun kerana terlindung oleh prejudis melampau realiti itu tidak nampak dan dinafikan. Kita harap pihak pembangkang mulalah belajar berpolitik secara rasional dan kurangkan rasa prejudis.  
Perlu disedari sikap dan pendekatan diambil pembangkang menentang kerajaan secara membuta tuli tidak menguntungkan golongan berkenaan. Dengan sikap begitu rakyat gagal untuk melihat ketrampilan pembangkang yang profesional. Pembangkang sepatutnya tidak terus bersikap kolot begitu sebaliknya mengubah arca politik. Pembangkanglah yang sepatutnya berpolitik lebih professional, beretika sebab apa-apa tindak tanduk mereka akan dinilai dimana sekiranya mereka lebih kompeten daripada kerajaan dalam pilihan raya akan datang tentu mereka mendapat perhatian rakyat.
Selain itu sikap ketua pembangkang ahli Parlimen Larut (Hamzah Zainuddin) dalam menjalakan tugas sebagai ketua pembangkang juga gagal. Penampilan sebagai ketua pembangkang yang seharusnya memberi pandangan kedua kepada apa-apa cadangan kerajaan gagal dilaksanakan. Selaku ketua pembangkang Hamzah tidak bertindak membimbing 73 ahli parlimen lain agar bertindak sebagai ahli yang professional sebaliknya memberi dorongan agar terus berpolitik secara kolot.

Yang tampak jelas pembangkang memasuki dewan seakan tidak bersiap sedia meakili suara rakyat sebaliknya membawa emosi dan cuba menanamkan kebencian kepada kerajaan. Soalan atau apa-apa dibangkitkan tidak tepat dan mengelirukan. Ini persis disengajakan. 
Kegagalan membentuk kerajaan selepas pilihan raya ke-15 lalu nampaknya masih menguasai ahli parlimen pembangkang menyebabkan mereka tidak mudah bertindak rasional menerima hakikat mereka tidak cukup nombor. Kegagalan itu tidak dapat diterima. Ini disahkan apabila wakil Marang Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan menegaskan kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat. Hadi juga seperti belum sedar dari igau mimpi untuk jadi perdana menteri.

Pun begitu sikap ahli pembangkang ini tidak semua bersikap kolot dan prejudis. Hanya ada beberapa kerat sahaja. Tetapi mereka yang yang menonjol dan mendominasi dalam setiap perbahasan. Dukacitanya mereka yang bergelagak demikian terdiri daripada ahli parlimen yang sudah senior atau lebih sepenggal berada dalam parlimen. Ini sesuatu yang malang sekali. Mereka patut jadi abang guru tetapi sebaliknya jadi seperti pengheret beruk panjat kelapa

Adalah diharap fenomena buruk pembangkang ini akan berubah dalam sessi atau persidangan akan datang. Diharap ketua pembangkang dapat mendidik anak buahnya di samping menghafal ayat quran betul-betul kalau hendak petik firman Allah dalam ucapan. Politik dibenarkan sepanjang masa tetapi menjadikan parlimen sebagai ruang untuk terus bermain politik sentimen dan kepentingan sesuatu yang tidak baik dan tidak halal. [wm.kl. 11:44am 05/04/2023].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/04/parlimen-gelagak-pembangkang-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pembangkang India Hilang Kerusi Parlimen Selepas Bersalah Kes Fitnah

Ketua Pembangkang India Hilang Kerusi Parlimen Selepas Bersalah Kes Fitnah

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 168 hits
PEMIMPIN pembangkang India Rahul Gandhi hilang kerusi Parlimennya pada Jumaat selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan fitnah membabitkan nama keluarga Modi Pemimpin parti Kongres yang mewakili Wayanad selatan Kerala hilang kelayakan seb...
Isu Wanita Pas Masuk Tv Menteri Kena Pro Aktif Siasat Singkir Yang Habis Kontrak Sebab Itu Deep State Masih Berjalan

Isu Wanita Pas Masuk Tv Menteri Kena Pro Aktif Siasat Singkir Yang Habis Kontrak Sebab Itu Deep State Masih Berjalan

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 197 hits
Apabila lihat status kalian di media sosial ramai yg kata elok bg si Lokman Adam ja mengepalai Jkom tu Kemudian marah ke Fahmi Fadzil Ini nak beritahu J Kom itu di kepalai oleh sdra Prof Agus manakala Kementerian Komunikasi Digital itu sdra...
Ramai Lelaki Nak Ajak Dating Sebab Tertarik Dengan Bibir Saya Tapi Saya Masih Belum Temui Cinta Sejati

Ramai Lelaki Nak Ajak Dating Sebab Tertarik Dengan Bibir Saya Tapi Saya Masih Belum Temui Cinta Sejati

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 224 hits
The Reporter Seorang wanita sanggup menghabiskan wang sebanyak RM114 600 semata mata untuk memiliki bibir terbesar di dunia Walaubagaimanapun Andrea Emilova Ivanova 25 dari Sofia Bulgaria berkata dia masih lagi belum berjumpa dengan jodohny...
100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 293 hits
Selepas Mahathir adalah Anwar Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Jika Anwar GAGAL mengganti Tun calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz Jika d...
Farid Yakin Masih Ada Harapan Diana Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Keluarganya

Farid Yakin Masih Ada Harapan Diana Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Keluarganya

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 188 hits
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle hari ini hadir ke Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam bagi sebutan kes tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan oleh Diana pada 23 Mac lalu Ketika ditemui media selepas keluar dari mahkamah ...
Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Segera 3 Ksu Masih Kosong

Cuepacs Gesa Kerajaan Lantik Segera 3 Ksu Masih Kosong

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 170 hits
Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata jawatan tidak diisi itu memberi kesan kepada sistem penyampaian kerajaan PETALING JAYA Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menggesa kerajaan mempercepatkan lantikan ketua setiausaha di tiga ke...
Kementerian Bumn Sebut Ri Masih Butuh Impor Krl Bekas

Kementerian Bumn Sebut Ri Masih Butuh Impor Krl Bekas

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 276 hits
Badan Pengawasan Keuangan dan Pembangunan telah merampungkan hasil audit rencana impor KRL bekas dari Jepang Rencana impor tersebut jadi polemik lantaran Kementerian Perindustrian menilai itu tidak mendukung pengembangan industri perkeretaa...
Stay Di Umno Bererti Masih Mempertahan Najib Dan Zahid Lebih Mulia Dari Berketuakan Tun Open Say To Shahrir

Stay Di Umno Bererti Masih Mempertahan Najib Dan Zahid Lebih Mulia Dari Berketuakan Tun Open Say To Shahrir

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 188 hits
Ahli Parlimen dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini Yang dijadikan sebab pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju Jadi sebaliknya adakah halatuju...
Penumpang Rapid Kl Masih Wajib Pakai Pelitup Muka

Penumpang Rapid Kl Masih Wajib Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 184 hits
Masih ramai orang awam yang kurang peka dengan arahan Rapid KL yang masih mewajibkan pengguna memakai pelitup muka ketika berada di dalam tren dan bas Memetik laporan Sinar Harian Rapid KL telah membuat satu kenyataan di Facebook mengingatk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa