Para Isteri Apa Beza Hidayah Dengan Bunga Cinta Lestari
Perbezaan utama Hidayah dengan BCL ialah BCL cun giler..hahaha. ok itu joke ajer.
Persamaan Hidayah dan BCL ialah keduanya boleh dikategorikan dalam bidang hiburan walaupun Hidayah tidak terlibat secara langsung. Namun mereka berdua adalah sumber berita sensasi
Persamaan mereka ialah keduanya baru sahaja kematian oleh suami tersayang mereka.
Aku disini bukan nak cerita tentang persamaan mereka tetapi perbezaan besar mereka. Perbezaan besar Hidayah dan BCL ialah Hidayah tidak berkerjaya atau suri rumah manakala BCL wanita berkerjaya
Itulah perbezaan mereka. Dan perbezaan inilah yang menentukan masa depan mereka
Seringkali aku melihat wanita suri rumah yang kematian suami sering terabai terutama dari segi pembahagian harta. Malah ada yang dihalau dari rumah mereka sendiri. Tiada sesiapa nak membela nasib mereka
Malah disebabkan status suri rumah, secara tak langsung ia tidak mempunyai rakan-rakan yang boleh membantu atau memperolehi maklumat terbaru. Kerja tiap-tiap hari ambik anak, basuh baju, kemas rumah dan tidur. Bila ada masa nak tahu tentang dunia luar
Apabila melibatkan kewangan, semuanya tertumpu pada suami. Ada yang rajin buat kuih dan hantar ke kedai. Itu pun bukan boleh kaya sangat, untuk suka-suka penuhi masa yang terluang
Apabila suami meninggal dunia, sumber utama pendapatan sudah tiada. Kadangkala si isteri pun tak tahu nombor pin bank suami.
Kemudian datang ler yang bijak pandai dari belah isteri dan suami mengajar si balu tentang pembahagian harta. Aku tak mahu bercerita tentang faraid atau hibah. Biar yang pandai uruskan. Aku nak bercerita tentang wanita suri rumah dan berkerjaya
Si isteri yang tiada ilmu dan tiada rakan tersempit antara keluarganya dan keluarga suaminya. Pada akhir cerita nanti si isteri hanya mendapat sebuah kereta lama dan sedikit wang belanja. Rumah kalau dapat kira bertuah ler tu.
Manakala untuk balu seperti BCL, ia tidak memerlukan harta suaminya kerana ia wanita yang berkerjaya. Tanpa suami ia tetap boleh menjaga dirinya, cuma kesunyian memikirkan suami yang selalu disampingnya telah tiada. Manakala si suri rumah, tak der masa nak pikir kesunyian sebab semua mengasaknya tentang wang suaminya
BCL bersama-sama keluarganya dan keluarga suaminya bekerjasama menyelesaikan jasad suami dengan tenang. Malah sudah 6 hari berlalu tiada kisah tentang harta suaminya. Semua senyap dan hanya kisah suaminya dan kesedihan BCL yang diperceritakan
Itulah aku nak cerita. Memang ramai wanita lepas bernikah kalau boleh nak suri rumah atau diminta suami menjadi suri rumah. Tapi apabila suami tiada, inilah ceritanya.
Anda tidak berduit dan nombor pin suami pun tak tahu macam mana nak hidup!!! Jika adik keluarga suami kata nak uruskan, ianya bukan satu atau dua minggu baru selesai. Makan masa berbulan-bulan. Masa tu nak makan apa? Nak harapkan belah kasihan keluarga suami atau keluarga awak. Akhirnya semua menyampah nak menanggung kau
Aku faham perasaan Hidayah yang amat risau tentang kewangannya. Yang pergi telah pergi, yang hidup perlu wang untuk hidup
Mungkin adik arwah tu jujur, namun saya faham, Hidayah mahukan kepastian. Benar atau tidak kejujuran adik arwah. Sebab kewangannya hanya bergantung pada tinggalan arwah suami. Takut dan keliru
BCL pula, lantaklah kau nak buat apa. Aku ada kerjaya, mungkin sedikit kelam kabut nak uruskan beberapa hal yang selama ni diuruskan suami. Namun aku modal dan rakan sekerja yang boleh memberi nasihat
Saya harap pembaca faham apa yang maksudkan. Dunia akhir zaman adalah dunia yang amat kejam. Berhati-hati dalam membuat keputusan
Ini semua tentang persepsi manusia. Wanita suri rumah selalu dianggap lemah dan wanita berkerjaya ni selalunya konfident levelnya agak tinggi sebab ada duit maa... cuba kau nal rampas duit suaminya. Mahu di terannya kau orang..ahaks
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2020/02/para-isteri-apa-beza-hidayah-dengan.html