Papa Zola The Movie

Monsta, penerbit tersohor di sebalik kejayaan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato dengan kerjasama Astro Shaw, kini secara rasmi melancarkan teaser bagi francais filem animasi keempat mereka yang dinanti-nantikan: Papa Zola The Movie. Teaser ini telah mencatat kejayaan luar biasa dengan meraih lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan

Papa Zola, watak kegemaran ramai sejak kemunculan pertamanya, telah berjaya menawan hati penonton dari Malaysia hingga ke Indonesia dengan gaya jenakanya yang tersendiri dan tagline ikonik "Kebenaran!". Menerusi meme tular, nasihat kekeluargaan dan video sketsa lucu, Papa Zola telah mencipta fenomena di platform media sosial dengan jumlah tontonan melebihi 3 billion
Kini, Monsta membawa kehangatan watak popular ini dari alam maya ke layar perak. Papa Zola The Movie menjanjikan gabungan aksi, jenaka dan emosi dalam naratif serangan bergamifikasi yang penuh mendebarkan. Bertemakan kekeluargaan dan keberanian, filem ini disasarkan untuk tayangan pada Disember 2025, bertepatan dengan musim cuti akhir tahun
“Ini merupakan penampilan ketiga Papa Zola di layar perak selepas BoBoiBoy The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019), tetapi buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama,” kata Nizam Abd Razak, Pengarah Papa Zola The Movie. “Papa Zola telah menjadi watak yang dekat di hati masyarakat Malaysia dan Indonesia dari pelbagai latar belakang. Filem ini akan mengupas kisah asal-usul Papa Zola dan menampilkan elemen aksi, drama kekeluargaan serta pencerobohan makhluk asing — satu hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.”
Papa Zola The Movie dijangka menjadi antara acara sinematik paling dinantikan tahun ini - penuh dengan gelak tawa, aksi dan emosi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Papa Zola The Movie bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam berhampiran anda mulai Disember ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2025/05/papa-zola-movie.html