Pap Smear Pengalaman Sendiri Ngeri Ke Tak


Assalamualaikum. Hai!


Lama dah nak tulis pasal ni. Nak kongsi pengalaman sendiri buat Ujian Pap Smear. Sepanjang dah 5 tahun berkahwin dan dah memberanakkan 3 'malaikat' kecik CikSha tu, baru 2 kali CikSha buat ujian Pap Smear.


Masa pertama kali dengar tu kan, ya ampunnnnn ngerinya rasa. Seingat CikSha masa tu beberapa bulan lepas lahirkan abang Adan. Tahun 2014. Nurse pesan suruh datang buat ujian pap smear, sampai kesudah CikSha buat derk je sebab takut punya pasal. Duk baca momokan bebukan sampai takut ha. Tup tup termengandung si encem Iman, tak jadi buat. Hihi.


Kali kedua dengar pasal pap smear lepas lahirkan si encem Iman pulak. Tahun 2016. Punya mengelak takmau buat jugak sebab seram, CikSha buat derk lagi sekali. Hampir setahun lebih umur Iman kot. Last nya sampai ke rumah nurse datang tuntut. Buat kat rumah terus. Padan muka! Nak lari sangat kan. Hahaha. Itu lah first time CikSha kena buat pap smear lepas dah 3 tahun lebih kahwin dan ada anak 2.


Rupanya tak sakit pun. Cuma ada rasa tak selesa sikit. Tapi prosedur buat nya tu sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Serius tak sakit. Tetiba je dah siap. Nurse tu pun lembut je buat. Tapi yang first time CikSha buat ni tak dapat resultnya. Mungkin takda apa-apa masalah. Dan rupanya masa tu CikSha tak sedar Cik Merah dah lekat dalam 2 minggu dalam rahim. Tepuk dahi!




Pap smear yang kali kedua, baru je buat bulan September lepas. Yang ni sakit sikit sebab nurse tu usaha dengan bersungguh-sungguh mengikis pangkal rahim iols nak ambik lendir untuk sample. Dia cakap bersih sangat pangkal rahim CikSha sampai sikit je dapat lendir. Huwaaa. Terasa ngilu tau masa dia gigih duk kikis tu.


Esoknya CikSha terkejut gilos sebab tetiba kencing macam ada darah sekali. Huhu. Mujur tak berlarutan. Sehari tu je la jadi macam tu. Takut jugak memula. Gigih meng-google kenapa boleh jadi macam tu. Rupanya, memang boleh jadi macam tu lepas buat pap smear kalau terluka sikit pangkal rahim masa proses ambil sample. Lega sikit rasa. Walaupun pada mulanya takut.


Result belum tahu lagi. Nurse tu kata kalau ada masalah baru dorang call. Ni rasanya dah lebih sebulan lepas buat pap smear. Terlupa nak tanya berapa lama ambil masa nak dapat keputusan dari makmal. Tengok la next visit bulan November ni ke Klinik Kesihatan untuk check up Cik Merah dengan si encem Iman, CikSha cuba tanya. Nak jugak tahu result walaupun takda masalah.


Betul jugak kata orang. Semua atas tangan yang buat, rasa sakit ke tak tu. Yang pertama kali tu dengan nurse muda. Yang kali kedua tu dengan nurse veteran. Dua pengalaman yang berbeza. Serik ke tak CikSha nak buat lagi lain kali? Eh. Rasanya tak la kot. Untuk kesihatan diri sendiri jugak. CikSha sayang rahim CikSha. Bukan laki nama Rahim na. Hihi.


Sebenarnya kan, perempuan yang dah berkahwin dan beranak ni, memang WAJIB buat pemeriksaan kesihatan rahim. Perempuan yang belum berkahwin tapi aktif dalam hubungan seksual pun digalakkan buat. Haaa. Kenapa tu? Pepaham je la kenapa eh. Tu la sebabnya kita kena buat ujian pap smear. Penting tau! Walaupun pasangan kita jaga kebersihan secret part dia, but we never know kan kalau ada kuman ke virus ke yang menumpang.




Sedikit perkongsian maklumat pasal ujian pap smear CikSha nak korang tahu.

Apa tu Ujian Pap Smear?
Ujian pap smear ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks. Sel abnormal apa tu? Macam jangkitan fungus dan yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser.


Prosedur Ujian Pap Smear tu macam mana?
Elakkan hubungan intim dengan encik suami dalam sehari dua sebelum pergi buat ujian pap smear. Nanti kita akan disuruh baring macam nak check bukaan rahim masa nak beranak. Tenang-tenang je ye. Jangan keraskan badan masa nurse nak masukkan alat (mulut itik a.k.a speculum) yang nak hold bukaan cik bunga kita tu. Memang rasa tak selesa sikit tapi buat derk je la. Hihi. Nanti nurse akan ambik sedikit lendir kat pangkal rahim kita dan letak atas slaid untuk hantar ke makmal. Siap dan tunggu result.


Kesimpulannya, jangan takut ye untuk buat ujian pap smear ni. Jaga kesihatan rahim kita. Rahim kita ni ada satu je. We never know what happen inside. Sebab tu digalakkan buat ujian ni kepada yang dah berkahwin dan yang aktif dengan hubungan intim ni walaupun belum berkahwin. Jaga kebersihan dan juga pemakanan kita.


Peringatan dan amaran keras. Jangan la pi sesuka insert itu ini yang bebukan dalam cik bunga kita ya. Buat pemeriksaan dengan yang pakar kalau rasa ada something is wrong somewhere with your secret part. Get it?


Bisik-bisik :: Kanser serviks ni pembunuh nombor 2 orang perempuan tau. Jangan takut untuk buat ujian pap smear eh. Bayar RM1 je kalau buat kat Klinik Kesihatan Kerajaan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2018/10/pap-smear-pengalaman-sendiri-ngeri-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Ngeri Berhadapan Jurujual Belagak

Pengalaman Ngeri Berhadapan Jurujual Belagak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 272 hits
Hai everybody my followers Pernahkah anda ke kedai butik restoran Pernahkah anda dilayan seperti anjing kucing kurap di tempat tersebut Pernahkah anda dilayan seperti pengemis yang meminta sedakah Kalau anda tidak pernah tak apa tapi saya p...
Baru Makan Sebulan Dah Kena Radang Hati Doktor Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Ambil Milk Booster

Baru Makan Sebulan Dah Kena Radang Hati Doktor Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Ambil Milk Booster

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 482 hits
Pengalaman yang diceritakan doktor ini agak menakutkan Hanya sebulan selepas mengambil pil yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu pemeriksaan kesihatan mendapati organ hatinya terjejas sehingga mengalami keradangan Dr yang s...
Video Pengajaran Akibat Kenakan Bapa Sendiri

Video Pengajaran Akibat Kenakan Bapa Sendiri

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 291 hits
Video Pengajaran Lain Kali Jangan Tipu Ayah Lagi Siapa tak marah apabila mengetahui anak sendiri menjadi mangsa buli pelajar lain di sekolah Satu video yang dirakam ketika situasi yang mana seorang bapa kononnya ingin membalas dendam dan be...
Bapa Tarik Sendiri Jasad Anak Keluar Dari Tanah

Bapa Tarik Sendiri Jasad Anak Keluar Dari Tanah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 449 hits
Asman Hamid 62 menarik mayat anak ketiganya Samsul 19 daripada timbunan tanah
Terlupa No Sendiri Begini Caranya

Terlupa No Sendiri Begini Caranya

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 219 hits
Punya la aku stress sebab terlupa no sendiri ni semua angkara dulu2 pakai banyak no tapi hpnye satu now aku still dengan maxis dan digi Dan disaat aku memerlukan no2 tersebut boleh plak terlupa BTW maxis ni baru lagi aku guna untuk free soc...
Kisah Penuhi Hak Keatas Diri Sendiri

Kisah Penuhi Hak Keatas Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 274 hits
Diri dan badan kita juga memiliki hak yang harus kita penuhiDiri dan badan kita juga memiliki hak yang harus kita penuhi dan pemenuhan hak hak tersebut merupakan akhlak dan adab kita Ini kerana diri dan badan kita merupakan amanah dari Alla...
Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang Rm 1 Trillion

Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang Rm 1 Trillion

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 494 hits
yang di rekacipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik mereka Antaranya ialah Memburukkan kerajaan BN sebelum ini Alasan untuk menjual aset aset negara Alasan untuk ti...
Bagaimana Membuat Anak Anak Solat Dengan Kesedaran Mereka Sendiri Tanpa Perlu Disuruh Dan Dimarah

Bagaimana Membuat Anak Anak Solat Dengan Kesedaran Mereka Sendiri Tanpa Perlu Disuruh Dan Dimarah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 360 hits
Seorang sahabat bercerita Aku menceritakan satu kisah yg terjadi padaku Anak perempuanku yg berumur 16 tahun solat baginya adalah hal yang sangat berat Pada suatu hari aku berkata kepadanya Bangun solat subuh dan aku mengintainya dengan eko...
Jom Sediakan Sendiri Kerisik

Jom Sediakan Sendiri Kerisik

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 513 hits
Kalau memasak rendang atau kari atau kerutuk antara bahan yang mesti ada untuk menambah keenakannya ialah kerisik kerisik yang dibeli kadang kadang berbau tengit Hari ini saya ingin kongsikan cara yang lebih ringkas untuk menyediakan kerisi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game