Pantai Pulau Masjid


HUTAN REKREASI TANJUNG TUANSabtu | 20.10.2018
Bukan sekadar puncak Bukit Batu Putih, masih terdapat banyak tarikan lain di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini. Juga banyak laluan hutan yang belum saya cuba. Kali ini, saya dan suami nak mencuba laluan ke pantai Pulau Masjid (tanda ★ pada peta di bawah). Jom!


Laluan Ke Pantai Pulau Masjid
Di sinilah bermulanya laluan untuk ke pantai Pulau Masjid. Terletak di sebelah kiri jalan bertar, kira-kira 10 minit berjalan kaki dari pintu masuk Hutan Rekreasi. Pada signboard putih tu tulis 'Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa'. Tapi ini bukanlah satu-satu laluan untuk ke pantai Pulau Masjid, seperti yang saya bagitau sebelumnya yang di sini terdapat banyak laluan

Awal perjalanan kami disambut dengan pokok tumbang yang menghalang laluan asal

Pondok rehat disediakan...bolehlah duduk duduk melepas lelah, sambil menikmati alam

Laluan simen

Habis dah laluan berbatu dan simen...lagi pokok/dahan tumbang menghalang laluan

Lalu kat tengah gini. Pandang keliling dulu ya...hati-hati

Laluan pelantar kayu yang dah rosak. Tahap bahaya...baik jalan kat tanah tepi tu dari pijak kayu rupa gini. Kat sini ada binaan tembok simen yang tak berapa tinggi. Pelik jugak. Tapi tak sempat ambil gambar dan tak tengok apa ada sebalik tembok, sebab ada seorang pengunjung lain sama-sama nak lalu di sini.
NOTA : Selepas itu (hasil pembacaan di blog-blog), baru saya tau yang di sini ada sebuah perigi buta (kat sebalik tembok tadi) dipercayai tinggalan zaman penaklukan Belanda di Melaka. Kalau betul, perigi buta tersebut kini berusia sekurang-kurangnya 194 tahun! Ini kerana Belanda meninggalkan Melaka pada tahun 1824 menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda. Selain kewujudan perigi buta, di kawasan ini juga dikatakan terdapat kubur-kubur lama (kini telah dimusnahkan untuk mengelakkan aktiviti pemujaan). 

Pantai Pulau MasjidAlhamdulillah...pantai Pulau Masjid di hadapan mata
Cuma kira-kira 16 minit perjalanan dari tempat bermula tadi. Ikut catatan masa memang tak jauh. Tapi ia satu perjalanan yang sedikit mendebarkan sebab pertama kali saya ikut laluan ni dan sunyi dari pengunjung lain (cuma bertembung dengan seorang pengunjung masa kat laluan pelantar kayu)

Pandangan sebelah kiri pantai
Kalau korang boleh nampak...ada pondok rehat kat kawasan yang macam pulau tu

Pandangan sebelah kanan pantai
Nampak lebih bersih dan cantik! Jom tengok apa ada kat hujung sana..

Sudut pandangan yang menyerlahkan keindahan dan keunikan pantai Pulau Masjid

Kat kawasan atas dari pantai, terdapat pondok rehat dan di belakangnya tu ada sebuah bangunan. Kami berehat jap kat sini. Sebelumnya, ada sekumpulan pelajar sekolah bersama cikgu mereka di sini

Lepas berehat, kami bergerak lagi. Terjumpa tempat pemujaan di batu besar ni...lilin-lilin kecil, siap makanan dalam bekas polistren dan air mineral cawan kecil. Siapalah yang rajin masuk hutan pastu buat amalan khurafat kat sini! Geram pulak tengok.😠
Sebelah batu besar tadi ada sebuah perigi, air naik tinggi tapi nampak tak bersih. Kalau terdesak bolehlah guna

NOTA : Selepas itu, baru tau perigi ini dipercayai digali oleh Hang Tuah. Juga dikatakan masih terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah di atas batu besar tadi. Patutlah ada aktiviti pemujaan di sini oleh mereka yang bersandarkan kekuasaan selain Allah. Berkenaan cerita-cerita Hang Tuah di sini, segalanya cuma andaian/cerita turun-temurun tanpa bukti kukuh


Laluan Balik Menuju Rumah ApiKalau nak mudah, memang boleh je berpatah balik ikut laluan kita datang tadi. Laluan santai je. Tapi kami memilih untuk mencuba laluan lain. Macam mana tau? Sebab dah nampak kumpulan pelajar tadi menuju ke satu laluan yang perlu mendaki. 
Dan laluan ini rupanya memang mencabar stamina saya! Mula-mula masuk laluan tadi pun dah kena melepasi sebatang pokok besar yang tumbang dan berada pada kedudukan mendaki. Memang tak sempat nak ambil gambar bagai.
Antara laluan kami. Tak boleh pegang besi tu, tak kukuh dah

Kalau bawa tongkat/trekking pole sangat membantu

Laluan yang membahagiakan sebab landai...hehe

Meja dan bangku disediakan, bolehlah nak makan-makan dalam suasana hutan kan...hahaa! 
Teruskan perjalanan sampai jumpa satu persimpangan yang ada pelantar tinjau (tak ambil gambar). Ambil kanan untuk terus balik (akan jumpa Rumah Api), atau ambil kiri kalau nak turun ke pantai Pulau Intan

Yeayy...nampak Rumah Api ni kira tamatlah sudah laluan hutan. Turun tangga dari Rumah Api dan kembali ke jalan tar untuk keluar dari hutan rekreasi ni

Flora dan FaunaPaling menarik...cendawan hitam. Saya jumpa kat laluan mendaki, tengah tak cukup nafas pun sempat lagi nampak dia. Burung...seekor pun tak nampak. Walaupun laluan saya ikut tadi disebut sebagai 'Laluan Penghijrahan Burung Pemangsa'. 😄---------------------------------------------------------------------------------------------
Laluan kali ini...rekod menggunakan apps Samsung Health. Catatan jarak - 3.52 km dan catatan masa - 1 jam 18 minit. Keseluruhan masa kami habiskan di hutan simpan ini adalah sekitar 1 jam 40 minit

Laluan di sini adalah jelas. Cuma ada beberapa kali kami bertemu simpang tanpa apa-apa tanda. Tak tau nak pilih kanan atau kiri. Sebab setiap pilihan akan membawa ke tempat lain. Pilihan simpang yang terakhir tu je kami pasti nak pilih mana, sebab dah beberapa kali lalu untuk ke pantai Pulau Intan. Laluan ini juga agak sunyi tanpa pengunjung lain. Sangat berbeza dengan laluan ke Bukit Batu Putih, pantai Pulau Intan dan Monkey Bay yang lebih meriah dan mudah bertemu pengunjung lain di sepanjang laluan. 
...setahun sudah saya jadi pengunjung setia hutan rekreasi ini (kunjungan pertama pada 15/10/2017). Alhamdulillah...satu kebahagiaan bila berada di dalam hutan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2018/11/pantai-pulau-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang

Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 865 hits
Masjid Terapung Tanjung Bungah Pulau Pinang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007 Masjid ini menjadi tempat persinggahan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda Ianya t...
Taman Tamadun Islam Masjid Kristal

Taman Tamadun Islam Masjid Kristal

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 610 hits
assalamualaikum hi Monday Monday again kami terus bersiap nak balik Melaka dah since di luar pun hujan lebat da dijangkakan perjalanan kami bakal basah sepanjang jalan maka check out awal la nak singgah Losong lagi beli keropok lekor nak si...
Innalillah Imam Dan Khatib Masjid Al Aqsha Telah Pergi Selamanya Hamas Berduka

Innalillah Imam Dan Khatib Masjid Al Aqsha Telah Pergi Selamanya Hamas Berduka

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 234 hits
Gaza MINA Gerakan Perlawanan Islam Hamas pada Jumat menyatakan ucapan duka atas wafatnya Prof Syeikh Mahmoud Muhammad Shiyam di Sudan pada hari yang sama Innalillah Imam dan Khatib Masjid Al Aqsha Telah Pergi Selamanya Hamas Berduka
Aci Cahaya Rilis Video Klip Lagu Persahabatan Lillah Untuk Ajak Cintai Masjid

Aci Cahaya Rilis Video Klip Lagu Persahabatan Lillah Untuk Ajak Cintai Masjid

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 342 hits
Aci Cahaya Penyanyi Religi Indonesia PADANG Melanjutkan eksistensinya di ranah musik Tanahair Aci Cahaya merilis lagu terbarunya Persahabatan Lillah pada hari Sabtu 16 Februari 2019 pukul 20 30 WIB lewat fitur tayang perdana di kanal YouTub...
Mesin Atm Beras Untuk Golongan Asnaf Di Masjid Al Akram Datuk Keramat

Mesin Atm Beras Untuk Golongan Asnaf Di Masjid Al Akram Datuk Keramat

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 263 hits
Masjid Al Akram Datuk Keramat telah menjadi masjid pertama di Malaysia yang menyediakan mesin ATM beras untuk golongan asnaf Memetik laporan FreeMalaysiaToday ATM berkenaan belum beroperasi secara rasmi Difahamkan bahawa ia akan dilancarkan...
Hukum Berkenaan Perempuan Memasuki Masjid Ketika Haid

Hukum Berkenaan Perempuan Memasuki Masjid Ketika Haid

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 425 hits
Koleksi Soal Jawab AgamaHukum Berkenaan Perempuan Memasuki Masjid Ketika HaidCredit pic Hukum Berkenaan Perempuan Memasuki Masjid Ketika HaidSoalan Saya ada kemusykilan tentang hukum waniyta yang sedang haid memasuki masjid untuk tujuan law...
Bagaimana Menyikapi Anak Kecil Yang Berisik Di Dalam Masjid

Bagaimana Menyikapi Anak Kecil Yang Berisik Di Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 253 hits
Seringkali kita mendengar anak anak yang berisik di dalam Masjid saat Shalat berlangsung atau ketika khatib sedang berkhutbah lantas ada sebagian jamaah yang melarang anak anak memasuki Masjid dengan alasan masih membawa najis bila belum di...
Istana Perintah Batal Sambut Tahun Baru Cina Di Masjid

Istana Perintah Batal Sambut Tahun Baru Cina Di Masjid

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 410 hits
Sambutan dikatakan dianjur MAIS dan LZS dipindahkan ke lokasi lain10 Jamadilakhir 1440H Jumaat Satu majlis bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang dirancang di Masjid Sirajuddin Al Anuar As Salam Klang pada 17 Februari ini dibatalkan da...
Masjid Al Akram Sediakan Mesin Atm Beras Pertama Di Malaysia Untuk Golongan Asnaf Video

Masjid Al Akram Sediakan Mesin Atm Beras Pertama Di Malaysia Untuk Golongan Asnaf Video

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 520 hits
PERNAH viral sebelum ini kisah mesin ATM beras untuk golongan kurang berkemampuan yang dilancarkan di Indonesia Kali ini Masjid Al Akram Kg Datuk Keramat menjadi masjid pertama di Malaysia menyediakan mesin yang serupa bagi memberikan sumba...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran