Pantai Penarik Setiu Lubuk Ict Seafood Celup Tepung




Negeri Terengganu sangat bertuah kerana kedudukannya terletak di Timur Semenanjung menghadap Laut Cina Selatan, kebanyakan kawasan memiliki pinggiran pantai yang cantik.  Selain menikmati panorama yang mendamaikan jiwa, Terengganu juga dianggap sebagai syurga makanan di Pantai Timur yang menjadi tarikan utamanya.

 

Jika ke Kuala Terengganu jangan lupa ke Pantai Penarik, Setiu, mata anda pastinya akan 'dijamu' dengan deretan kedai serta restoran di pesisir laut yang popular dengan seafood celup tepung atau lebih popular dengan singkatan ICT, Ikan Celup Tepung. Lokasi Pantai Penarik Setiu hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu.

Antara deretan kedai celup tepung popular adalah NL Celup Tepung, Mr CTS celup Tepung, Nik Celup Tepung, QM Celup Tepung, Raja Udang Celup Tepung, King Trizai Celup Tepung, Ku Celup Tepung, Sri Penarik Celup Tepung dan banyak lagi.

Apa yang menariknya, semua restoran celup tepung di sini didirikan tersusun kemas di sepanjang jalan Pantai Penarik menjadikan destinasi pelancungan di tempat ini kelihatan sangat cantik pemandangannya terutamanya pada waktu malam



Manakala di bahagian belakang deretan restoran celup tepung pula terdapat pantai yang sungguh menawan, pantainya bersih dan agak luas memanjang menganjur di sepanjang pantai tersebut dihiasi dengan deretan pokok-pokok kelapa yang sentiasa melambai kehadiran para pengunjung. 



Kebanyakan restoran di sini menyediakan pelbagai hiasan yang unik serta kemudahan rekreasi di tepi pantai untuk para pengunjung berselfi dan beriadah sambil menikmati keenakan menu celup tepung.  

 


Antara menu celup tepung yang disajikan di kebanyakan restoran di sini ialah ketam dan udang celup tepung, dan pelanggan juga boleh memilih menu celup tepung yang lain seperti sotong, ikan, siput, kerang, bebola dan sebagainya yang dimasak segar sepanjang masa.


Selain menu celup tepung, turut disajikan pelbagai jenis menu lain seperti pelbagai menu sup, menu berasaskan nasi, makanan panas, minuman sejuk dan panas dengan harga mampu milik😊



Kebanyakan restoran celup tepung di pantai Penarik sangat selesa, tempatnya bersih, ruang tempat makan cukup luas hingga ke tepi pantai di bawah rimbunan daun pokok-pokok kelapa. Jika tidak muat untuk duduk di dalam atau di luar kedai, anda juga boleh memilih untuk makan di atas pondok dua tingkat di hadapan premis itu.



Sementara sedang asyik menjamu selera, jiwa anda pastinya tenang tatkala disapa hembusan bayu laut, sambil menikmati bunyi deruan ombak menghempas pantai. Anda juga dihiburkan oleh kumpulan buskers dengan irama muzik serta alunan lagu-lagu yang mengasyikkan sehinggakan anda tidak sedar bahawa anda sudah berada lama di situ.


Walaupun lokasi lubuk ICT setiu agak jauh dari Kuala Terengganu, (1 jam perjalanan) saya yakin anda pasti berasa puas hati dan rasa amat berbaloi sebaik saja anda tiba di destinasi tersebut.  Sepanjang perjalanan ke Setiu anda tidak akan berasa jemu dengan keindahan dan keunikan tempat atau desa-desa yang anda lalui nanti, percayalah😊.  

Masjid Kg Penarik
Selamat bercuti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2023/10/pantai-penarik-setiu-lubuk-ict-seafood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seafood Celup Tepung Sedap Area Pantai Penarik Nabila Celup Tepung Pun Best Jugak

Seafood Celup Tepung Sedap Area Pantai Penarik Nabila Celup Tepung Pun Best Jugak

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum Lama tak singgah makan seafood celup tepung area Pantai Penarik Last datang sini sebelum PKP Lama kan Lalu sini pun lepas PKP tak pernah singgah Tapi kali nie teringin nak singgah Lagipun cuaca elok laut membiru memang lawa ...
Japan Continues International Push To Promote Safety Of Waters Seafood

Japan Continues International Push To Promote Safety Of Waters Seafood

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 232 hits
Japan started releasing treated radioactive water from the Fukushima Daiichi nuclear power plant into the Pacific Ocean in August KUALA LUMPUR Japan has continued its push to persuade the international community that its waters and seafood ...
Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Lambaian Seafood Krubong Melaka

Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Lambaian Seafood Krubong Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 167 hits
Restoran Lambaian Seafood KrubongNi kisah aku berada di Krubong Melaka Malam malam malas nak masuk town cari makan so aku terjumpa la restoran lambaian seafood ni yang terletak di Krubong Jadi tanpa segan silu terus aku melangkah masuk ke d...
Dinner Di Seafood Singapore Geylang Serai

Dinner Di Seafood Singapore Geylang Serai

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum Sambung balik ye bass Billion Star tu x masuk dalam terminal Larkin uolls dia berhentikan penumpang kat tepi jalan je kena la kami yg patut td turun terminal Larkin tu seberang jalan yang sibuk driver bas cakap x masuk termi...
Bersiar Siar Di Narathat Beach Pesisiran Pantai Yang Cantik Dan Unik

Bersiar Siar Di Narathat Beach Pesisiran Pantai Yang Cantik Dan Unik

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum Datang Narathiwat tak lengkap kalau tak pergi bersiar siar di pantai Fiza pun tak tahu pasal pantai nie Biasalah bila jalan ramai ramai nie selalunya tempat yang nak dituju tak pantai sungai Bila husband bagitahu nak ke Pant...
Tapau Mee Celup Pad Kra Pao Ayam Daging Restoran Ainoni

Tapau Mee Celup Pad Kra Pao Ayam Daging Restoran Ainoni

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum WBTNI kisah lama dan kisah baru Bila malas masak dan malas jugak nak makan di luar kita tapau siap siap sebelum balik rumah Tapau Mee Celup tiga bungkus dari waktu balik dari jalan jalan sebab malas nak keluar semula Setakat...
Terengganu Aduh Sana Semua Goreng Tepung Masalahnya

Terengganu Aduh Sana Semua Goreng Tepung Masalahnya

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 139 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank You AIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber youtube
Viral Pemotor Di Depok Nyetir Sambil Rebahan Kayak Di Pantai Bikin Polisi Geram Langsung Kasih Sanksi

Viral Pemotor Di Depok Nyetir Sambil Rebahan Kayak Di Pantai Bikin Polisi Geram Langsung Kasih Sanksi

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 138 hits
Polisi langsungmengirimkan surat tilang berdasarkan nomor pelat kendaraan yang terekam kamera ETLE
Port Makan Paling Sedap Di Pantai Timur Mestilah Kbbsteak

Port Makan Paling Sedap Di Pantai Timur Mestilah Kbbsteak

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 461 hits
Seri Wangi sudah lama mengidam hendak berkunjung ke pantai timur Boleh bayangkan hanya berapa kali Seri Wangi ke sana sama ada kami bertemu saudara mara kawan kawan yang tinggal di pantai timur Seri Wangi sangat merindui bab makan masakan P...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat