Pantai Penarik Destinasi Popular Penggemar Seafood Celup Tepung




Pantai Penarik, sesuai dengan namanya, kerana memiliki keistimewaan yang tiada di tempat lain selain keindahan pantainya yang memukau.


Pantai yang terletak di Timur Semenanjung menghadap Laut Cina Selatan ini memiliki pinggiran pantai yang bersih memutih, menarik para pengunjung menikmati panorama begitu mendamaikan, dan di sinilah juga terdapatnya deretan restoran yang menyajikan menu istimewa makanan laut sebagai tarikan utamanya.

 

Setibanya di Pantai Penarik, mata anda pastinya akan terfokus dengan deretan kedai dan restoran tersusun molek di sepanjang pantai yang popular dengan seafood celup tepung atau lebih popular dengan singkatan ICT, Ikan Celup Tepung. Lokasi Pantai Penarik Setiu hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu.

Antara deretan kedai celup tepung popular adalah NL Celup Tepung, Mr CTS celup Tepung, Nik Celup Tepung, QM Celup Tepung, Raja Udang Celup Tepung, King Trizai Celup Tepung, Ku Celup Tepung, Sri Penarik Celup Tepung dan banyak lagi.

Apa yang menariknya, semua restoran celup tepung di sini didirikan tersusun kemas di sepanjang jalan Pantai Penarik menjadikan destinasi pelancungan di tempat ini kelihatan sangat cantik pemandangannya terutamanya pada waktu malam



Manakala di bahagian belakang deretan restoran celup tepung pula terdapat pantai yang sungguh menawan, pantainya bersih dan agak luas memanjang menganjur di sepanjang pantai tersebut dihiasi dengan deretan pokok-pokok kelapa yang sentiasa melambai kehadiran para pengunjung. 



Kebanyakan restoran di sini menyediakan pelbagai hiasan yang unik serta kemudahan rekreasi di tepi pantai untuk para pengunjung berselfi dan beriadah sambil menikmati keenakan menu celup tepung.  

 


Antara menu celup tepung yang disajikan di kebanyakan restoran di sini ialah ketam dan udang celup tepung, dan pelanggan juga boleh memilih menu celup tepung yang lain seperti sotong, ikan, siput, kerang, bebola dan sebagainya yang dimasak segar sepanjang masa.


Selain menu celup tepung, turut disajikan pelbagai jenis menu lain seperti pelbagai menu sup, menu berasaskan nasi, makanan panas, minuman sejuk dan panas dengan harga mampu milik😊



Kebanyakan restoran celup tepung di pantai Penarik sangat selesa, tempatnya bersih, ruang tempat makan cukup luas hingga ke tepi pantai di bawah rimbunan daun pokok-pokok kelapa. Jika tidak muat untuk duduk di dalam atau di luar kedai, anda juga boleh memilih untuk makan di di tingkat atas restoran.



Sementara sedang asyik menjamu selera, jiwa anda pastinya tenang tatkala disapa hembusan bayu laut, sambil menikmati bunyi deruan ombak menghempas pantai. Anda juga dihiburkan oleh kumpulan buskers dengan irama muzik serta alunan lagu-lagu yang mengasyikkan sehinggakan anda tidak sedar bahawa anda sudah berada lama di situ.


Walaupun lokasi lubuk ICT setiu agak jauh dari Kuala Terengganu, (1 jam perjalanan) saya yakin anda pasti berasa puas hati dan rasa amat berbaloi sebaik saja anda tiba di destinasi tersebut.  Sepanjang perjalanan ke Setiu anda tidak akan berasa jemu dengan keindahan dan keunikan tempat atau desa-desa yang anda lalui nanti, percayalah😊.  

Masjid Kg Penarik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.orangmuo.my/2023/10/pantai-penarik-setiu-lubuk-ict-seafood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelawak Popular Ditahan Di Jeddah Atas Dakwaan Miliki Ganja

Pelawak Popular Ditahan Di Jeddah Atas Dakwaan Miliki Ganja

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 115 hits
Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah baru baru ini Menurut sumber pelawak tersebut dipercayai telah ditahan dua bulan lalu di Lapangan...
Why Icos Is A Popular Choice Among Smokers Looking To Quit Traditional Cigarettes

Why Icos Is A Popular Choice Among Smokers Looking To Quit Traditional Cigarettes

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 117 hits
The smoking habits of smokers have dramatically changed in recent years Technology is in the forefront of this change The iCos ecigarette is one such innovation a product that combats the harmful adverse effects of smoking cigarettes while ...
Maksud Hawau Istilah Slanga Popular Dari Melaka Dijelaskan

Maksud Hawau Istilah Slanga Popular Dari Melaka Dijelaskan

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 99 hits
Artikel ini meneroka asal usul maksud dan kesan budaya hawau istilah slanga Malaysia yang popular dari Melaka Berikut adalah gambaran ringkas Hawau berasal dari Melaka tetapi telah menjadi popular di seluruh negara terutamanya dalam kalanga...
Maksud Sebenar Hawau Memahami Perkataan Slanga Melaka Yang Popular

Maksud Sebenar Hawau Memahami Perkataan Slanga Melaka Yang Popular

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 115 hits
Perkataan slanga Malaysia hawau telah berkembang dari akarnya di Melaka menjadi fenomena linguistik di seluruh negara Artikel ini meneroka Asal usul dan evolusi hawau dari dialek serantau kepada slanga popular Maksud yang pelbagai dari keti...
Lapan Jenis Ubat Bukan Farmaseutikal Yang Jadi Popular Di Kalangan Wanita Pada Tahun 2024

Lapan Jenis Ubat Bukan Farmaseutikal Yang Jadi Popular Di Kalangan Wanita Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 159 hits
Walaupun ada banyak kemajuan dalam bidang perubatan banyak orang di Afrika masih bergantung kepada perubatan tradisional hari ini Berikut adalah beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa perubatan tradisional boleh menyembuhkan pelbagai masal...
Lirik Lagu Penggemar Beratmu Armada

Lirik Lagu Penggemar Beratmu Armada

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 177 hits
Lama aku mengenalmu Bersembunyi di balikmu Hati ini malu malu Takut kita kan menjauh Apa yang akan terjadi Cinta atau benci Saat kausadari Aku adalah penggemar beratmu Yang s lalu bermimpi jadi kekasihmu Biarlah kini ku teman baikmu Sambil ...
Resepi Kuih Tepung Bungkus

Resepi Kuih Tepung Bungkus

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 113 hits
Assalamualaikum SA penggemar kuih tepung bungkus sebabkan minat sampai terjumpa kat kenduri jiran depan rumah SA tahun lepas SA ambik banyak ye nak buat memang SA failed la bab buat kuih tadi scroll FB ternampak ada orang share resepi kuih ...
Dinner Maggi Celup Di Juriah Tomyam Taman Oakland

Dinner Maggi Celup Di Juriah Tomyam Taman Oakland

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum Balik kerja semalam pukul 6 15pm dah sampai Seremban jalan x berapa jammed lepas tu SA terbayang bayang mee celop masa tengok FB Rakan Blogger Afzalsukasuki share review kat FB video dia makan mee celop kat Kajang sepanjang ...
Penat Punya Pasal Kami Dinner Di Imani Seafood Ampangan

Penat Punya Pasal Kami Dinner Di Imani Seafood Ampangan

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum Isnin terakhir untuk tahun 2024 tak lama je lagi nak masuk tahun baru SA kerja hari ni walau badan terlampau penat Kisah malam tadi suami memang x bagi SA masak atau buat kerja kerja lain sebab SA nyer kaki sakit dan cramp l...
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Potong Cake Birthday


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar