Panic Buying Kerana Lockdown Ini Cara Tekniknya
Panic Buying di pasaraya yang sesak akan mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.
Nampak gayanya macam tak boleh nak elak dah bab Panic Buying ni sebab orang ramai dah mula panik walaupun baru sebentar tadi Perdana Menteri sudah pastikan makanan mencukupi jika sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Jadi saya cadangkan kalau nak buat juga, tak nak ketinggalan dalam Panic Buying ini, sila ambil langkah pencegahan semaksimum mungkin. Dan ini beberapa cadangan yang mungkin boleh kita usahakan:
1. Jangan bawa anak-anak ke pasaraya. Minimakan jumlah orang yang pergi membuat pembelian. Tak perlu pergi ramai-ramai.
2. Pastikan troli yang digunakan (terutama tempat pemegangnya) telah kita "sanitize"kan
3. Selepas balik dari pasaraya, segera mandi dan syampu. Tukar baju dan seluar untuk dibasuh seberapa segera
4. Kalau ada pasaraya yang buka hingga lewat malam, elok pergi waktu "paling lewat" - jumlah orang waktu ini sudah tidak sesak seperti waktu puncak
5. Panic Buying bukan bertujuan untuk "selamat sehingga dua bulan dalam rumah" sebaliknya untuk "pastikan kita boleh berkurung dalam rumah" dan tidak keluar selama mungkin - bagi mengelakkan risiko wabak. Jadi jangan tumpukan pada pembelian barangan makanan saja, beli barang keperluan macam pampers dan benda harian yang penting. Ia akan membolehkan kita "berkurung" dan tak keluar dalam tempoh paling maksima. Lagi kurang kita keluar rumah, lagi "rendah risiko dijangkiti"
6. Bagi yang bekerja dan terpaksa keluar dari rumah setiap hari, pastikan barangan yang dibeli sekadar mencukupi untuk elakkan kita/ahli keluarga terpaksa pergi ke tempat orang ramai (kedai/pusat membeli belah) - lagi kurang tempat yang kita singgah setiap hari lagi baik dalam mengekang penularan virus ni
7. Yang ini paling penting. Masa membeli tu ingatlah orang lain sama! Yang kaya, belilah barangan yang layak dengan kemampuan kita. Jangan beli barangan murah yang menjadi rebutan orang kurang mampu. Jaga hak dan jangan zalimi hak orang miskin
8. Yang terlebih mampu, boleh beli barang-barang keperluan untuk disedekah/hadiahkan pada jiran dan rakan. Mudah-mudahan ada kebaikan atas usaha kita ni
Wallahu'alam
Tolong share info ni banyak-banyak. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pada waktu-waktu genting ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2020/03/panic-buying-kerana-lockdown-ini-cara.html