Pang Adalah Wakil Rakyat Ulil Amri Sumbangan Zainal Sakom Jangan Dilupai




Keputusan PRK Kuala Kubu Bharu sudah pun diketahui dan pelbagai pihak telah tampil dengan ulasan masing-masing mengenainya sejak malam tadi lagi.


Pihak yang menang dan menyokong calon yang menang sudah tentu dengan gaya ulasan yang gembira untuk mewajarkan kemenangan tersebut.


Yang kalah dan penyokong yang kalah pula tiada pilihan lain selain cuba mendamaikan hati sendiri dengan ulasan yang menggambarkan kekalahan tidak membawa kekecewaan, sebaliknya mengatakan kemenangan pihak yang menang bukanlah terlalu memberangsangkan.


Ada pula pihak yang kalah menyebut, mereka tidak kalah, cuma kemenangan yang tertangguh.


Begitulah adat pertandingan – ada kalah dan ada yang menang, yang menang gembira, yang kalah berduka.


Namun, proses demokrasi haruslah diterima kerana kita hidup dalam sistem yang sudah ditentukan begitu bentuknya.


Bagi PRK Kuala Kubu Bharu yang berakhir semalam, tahniah tentunya tidak lupa diucapkan kepada calon PH, Pang Sock Tao kerana telah beroleh kemenangan dan kini bergelar Yang Berhormat dalam usia yang masih muda.


Kehidupan beliau selepas ini tentunya akan berubah dalam kebanyakan perkara dan tumpuan utamanya kini ialah menyantuni pengundi KKB dengan sepenuh hati.


Jika berkerja keras daripada sekarang, tidak mustahil beberapa tahun akan datang beliau akan bergelar menteri.


Apa yang menarik dengan kemenangan Pang ini ialah beliaulah satu-satunya calon yang dijenamakan sebagai calon Ulil Amri ketika musim berkempen lagi.


Tidak pernah dalam mana-mana PRK atau PRU sebelum, baik calon Melayu atau bukan Melayu, mereka itu dijenamakan sebagai calon Ulil Amri, sambil disandarkan pula ayat Al-Quran bahawa memberi sokongan kepadanya adalah wajib.


Hanya di KKB perkara itu berlaku.


Maka, tahniah harus diberikan kepada Ustaz Zainal Sakom atas cetusan idea kempen yang dilakukannya yang diyakini sedikit-sebanyak membawa kepada kemenangan kepada Pang, khususnya dalam konteks mendapat undi daripada pengundi Melayu.


Tanpa kempen Ustaz Zainal Sakom itu yang berkempen di banyak tempat dengan hujah yang sama, kemudian tersebar lagi video ucapannya di media sosial, mungkin undi Melayu yang diperolehi Pang jauh lebih merosot.


Meski banyak yang menyanggah hujah beliau itu, yang menerima hujahnya juga pasti bukan sedikit.


Ertinya setelah menang kini, Pang daripada DAP adalah wakil rakyat Ulil Amri yang pertama di negara kita.


Tahniah kepada Pang dan syabas kepada Ustaz Zainal Sakom atas kempen berani yang dicetuskannya.


Selepas ini, jika ada lagi PRK di mana-mana dan berlaku pertembungan getir yang hampir serupa seperti seperti di KKB, maknanya Ustaz Zainal Sakom boleh didatangkan lagi untuk berkempen bagi pihak kerajaan.


Dalam hal ini, bagi pihak yang menang, dalam gembira memberi ulasan tentang kemenangan yang telah diperolehi, janganlah dilupakan sumbangan Ustaz Zainal Sakom itu.


Sebutlah namanya dalam ucapan atau bila bercakap di depan kamera serta berilah secebis penghargaan kepadanya.


Janganlah bila sudah menang, beliau dilupakan begitu saja dan menjadi seorang lagi watak wira yang tak didendang. – ShahbudinHusin 12Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/12/pang-adalah-wakil-rakyat-ulim-amri-sumbangan-zainal-sakom-jangan-dilupai.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/pang-adalah-wakil-rakyat-ulil-amri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dapat Dipertahan Lagi Dua Wakil Rakyat Bersatu Memang Terlucut Keahlian Secara Automatik

Tak Dapat Dipertahan Lagi Dua Wakil Rakyat Bersatu Memang Terlucut Keahlian Secara Automatik

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 184 hits
Sementara Bersatu sudah memutuskan akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang telah mengkhianati parti berkaitan status keahlian masing masing pada minggu depan dua daripada mereka dianggap sudah pun sah terluc...
Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong

Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Sebahagian pemimpin kerajaan diingatkan supaya tidak angkuh dengan kedudukan di peringkat Persekutuan kerana segala tindak tanduk yang salah hanya akan menyakiti hati rakyat Bercakap kepada Utusan Malaysia Presiden MCA Datuk Se...
Wakil As Yang Datang Ke Sini Jangan Berlagak Sombong

Wakil As Yang Datang Ke Sini Jangan Berlagak Sombong

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 149 hits
Malaysiakini nbsp Hassan Abdul Karim memuji ketegasan Malaysia yang tidak mengiktiraf sekatan Amerika Syarikat terhadap penyaluran dana kepada Iran dan proksinya Amerika Syarikat perlu hormat pendirian Malaysia ini kata anggota parlimen lan...
Bersatu Serah Notis Kosongkan Kerusi Kepada 7 Wakil Rakyat Selepas Prk Kkb

Bersatu Serah Notis Kosongkan Kerusi Kepada 7 Wakil Rakyat Selepas Prk Kkb

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 301 hits
BERSATU akan menyerahkan notis pengosongan kerusi kepada enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokong Perdana Menteri selepas selesai Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah...
Jangan Menghina Orang Yang Menangis Kerana Kehilangan Haiwan Kesayangan Mereka

Jangan Menghina Orang Yang Menangis Kerana Kehilangan Haiwan Kesayangan Mereka

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 114 hits
Jangan mempersendakan seseorang yang menangis kerana kehilangan haiwan peliharaan Kadang kadang ia lebih baik daripada seribu kawan Kredit Muslim Corner The post appeared first on
Nak Tanding Harumanis Perlis Sanusi Jangan Berangan

Nak Tanding Harumanis Perlis Sanusi Jangan Berangan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 165 hits
KANGAR Buah mempelam harumanis Perlis mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak mampu ditandingi mana mana negeri yang cuba mengusahakan tanaman tersebut Malah Menteri Besar Mohd Shukri Ramli secara berseloroh meminta agar Menteri Besar K...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Teguran Kerana Sayang Bukan Kerana Benci


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekerja Dengan Bos Yang Tak Pernah Salah

Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan