Panduan Untuk Cari Idea Bisnes Yang Baik Untuk Anda Dari 9 Kriteria Berikut




Kalau tanya kat luar sana, ramai yang akan cakap dia memang teringin nak berniaga. Cuma masalahnya, tak tahu nak niaga apa. Memang ada banyak benda boleh diperniagakan, semua orang tahu tu. Maksud tak tahu nak niaga apa tu lebih menjurus kepada persoalan apakah perniagaan yang baik untuk dia lakukan?
Lebih baik itu pula membawa kepada persoalan perniagaan macam manakah yang lebih terjamin kejayaannya. 
Ya! itulah yang paling penting. Berjaya dengan perniagaan yang dilakukan. Apa guna buat bisnes yang glamor, semua orang kata hebat tapi bisnes tu tak mampu bertahan lama dan akhirnya bungkus gulung tikar.
Saya kongsikan pendapat saya sendiri yang dibuat berdasarkan pengalaman, juga hasil daripada kajian, pengamatan dan pembacaan saya selama lebih 20 tahun berniaga. Ada beberapa kriteria yang mampu menghasilkan perniagaan terbaik, yang boleh dijadikan pedoman jika anda mahu jalankan perniagaan.
1. PandaiIni kriteria paling utama. Buatlah apa saja yang anda rasa pandai lebih sikit dari kebanyakan orang lain. Lagi pandai lagi bagus. Dan kepandaian anda itu punya nilai tinggi di mata orang ramai serta di perlukan sebab dapat menjadikan hidup orang lebih baik.
Tak guna buat bisnes yang anda tak tahu apa-apa, tak ada sebarang kelebihan dari segi networking, pengalaman, pengetahuan, tak tahu kepala ekor dan lain-lain lagi seumpamanya. Anda pasti tewas dengan pesaing, malah lebih banyak akan menyusahkan orang berbanding memberikan manfaat.
Jika anda perlukan masa yang lama untuk belajar selok belok perniagaan tersebut, masih tak dapat bayangan bagaimana nak buat segala proses pemasaran, jualan, operasi, aktiviti selepas jualan dan sebagainya, dan umur pula dan lebih dari 35 tahun, itu tandanya bisnes tersebut kurang sesuai untuk anda.
2. RingkasPastikan perniagaan anda ringkas dan mudah. Paling utama, ia sangat mudah bagi anda melaksanakannya berdasarkan kemahiran seperti yang dinyatakan pada item di atas tadi. Mudah juga sebab anda memang ada kecenderungan dan suka perniagaan tersebut.
Andaikata anda rasa sukar atau berat hati nak buat sekalipun memang pandai dan ada pengalaman dalam industri tersebut, elok KIV sebentar dan fikir masak-masak sebelum buat. Perlu cari jalan supaya anda suka terlebih dahulu. Bila dan suka barulah semua urusan akan kelihatan ringkas, mudah dan menyeronokkan.
Perniagaan yang ringkas senang nak cerita. Mudah untuk buat aktiviti pemasaran. Tak perlu buat ayat berbelit-belit untuk jadikan pelanggan faham kenapa mereka perlu beli produk atau servis anda. Jika anda perlu ambil masa sampai makan jam untuk terangkan pada orang baru nak faham, maka perniagaan anda itu memang tak ringkas.
3. Produk yang ringkasProduk yang anda tawarkan kepada pelanggan juga mesti ringkas. Coca-cola adalah satu contoh produk yang sangat ringkas.
Cuba bayang, bila anda tanya taukeh coca-cola dia bisnes apa?
Dia akan jawab, jual air minuman.
Tentu dalam kepala anda timbul rasa macam lekeh ja bisnes tu. Bisnes yang biasa-biasa ja, tak hebat pun, tak glamour. 
Tapi coca-cola punya jenama sentiasa berada dalam kedudukan teratas di dunia sejak sekian lama. Nilai pada nama coca-cola itu sahaja mencecah lebih USD 200 billion. Tak hairanlah kenapa ia merupakan salah sebuah syarikat terbaik di dunia.
4. Proses yang ringkasProses untuk jalankan perniagaan anda juga perlu ringkas. Perniagaan anda itu boleh dijalankan oleh sesiapa saja malah budak lepasan sekolah pun mampu uruskannya dengan latihan yang tak lama.
Kalau nak lihat contoh proses simple dan berjaya, pergi saja ke kedai McDonald. Perniagaan makanan segera itu merupakan salah satu perniagaan terbaik di dunia dan hanya dikendalikan oleh anak-anak muda lepasan sekolah saja.
Perlu cari jalan samada pakai teknologi atau guna kreativiti yang ada untuk jadikan semua proses menjalankan perniagaan anda itu ringkas dan mudah.
5. Jual terus ke penggunaPastikan produk atau servis anda boleh digunakan terus oleh orang ramai. Ada perniagaan yang hanya boleh dijual kepada syarikat besar atau kerajaan sahaja dan tidak pada orang ramai. Bukan bisnes itu tak bagus, tapi ia biasanya memerlukan modal yang agak besar. Pasarannya juga terhad dan sering dikuasai oleh golongan tertentu yang dah lama bertapak membuatkan sukar untuk anda masuk ke dalam pasaran.
6. Perniagaan biasaTak perlu cipta satu produk atau servis yang tidak pernah lagi dibuat oleh sesiapa. Bukannya tak bagus, tapi proses membeli sentiasa berlaku berdasarkan emosi dan bukan rasional. Dan manusia tidak selesa kepada perubahan atau benda baru, anda akan banyak membuang masa dan wang untuk meyakinkan pengguna.
Lazimnya orang yang belum ada pengalaman berniaga sangka jika dia perkenalkan benda baru pada orang ramai tentu akan laku keras. Memang nampak macam logik. Tapi hakikatnya, jarang jadi begitu. Kalau dah berzaman orang ramai terbiasa dengan cara atau produk yang sama saja, sangat sukar untuk meyakinkan mereka cuba benda baru. Lainlah jika anda ada modal besar yang boleh dihanguskan untuk membina momentum penerimaan pelanggan.
7. Boleh jalan terusPerniagaan yang baik perlu boleh teruskan dijalankan secara kecil-kecillan terlebih dahulu. Tak perlu dimulakan secara besar-besaran.
Jika perniagaan anda boleh dijalankan terus dalam masa yang pantas, itulah perniagaan bakal jaya anda. Lebih cepat lebih bagus. Kalau boleh, keluar idea hari ini, esok dah boleh mula jual. 
Ramai yang tidak memikirkan perkara ini dalam membina perniagaan sehingga lebih dari setahun atau dua baru boleh berniaga. Melainkan anda anak jutawan atau buah hati kerajaan, selain dari itu, anda akan keletihan dan jatuh muflis sebelum perniagaan berjaya.
8. Modal tak besarIa lanjutan daripada kriteria di atas tadi. Jika modal besar diperlukan tempoh anda mendapatkan wang sahaja akan mengambil masa yang lama. 
Anda mungkin fikir, modal tidak besar bermakna untungnya juga tidak besar. Jangan risau, majoriti syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 bermula dari belakang rumah sahaja dan membesar menjadi gergasi. 
Ambil masa untuk bina kekuatan, biar akar menghulur dan mencengkam kuat diam-diam di bawah tanah tu, kemudian baru pokok naik membesar ke atas. Sabar dan istiqamah anda akan berjaya.
9. Membesar tanpa suntikan modalIni antara kriteria bisnes yang jadi pilihan Warren Buffet untuk melabur. Perniagaan yang hanya perlu pelaburan mula saja untuk dijalankan dan seterusnya membesar tanpa suntikan modal yang baru
Contoh perniaggan yang sentiasa perlu suntikan modal baru adalah seperti perniagaan kenderaan. Model dan teknologinya sentiasa berubah. Pembesaran perlu dana baru. Jika anda ada idea bisnes yang boleh membesar tanpa suntikan modal baru, saya nak joint.
Relaks dan nikmati perjalananApa yang paling penting adalah kesabaran dan kegigihan membina perniagaan. Buang perasaan tamak untuk cepat kaya atau cepat berjaya. Berniaga adalah seumpama pertandingan marathon, ia perlu disiplin serta latihan demi latihan disertai dengan kesabaran. 
Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Bermula dengan benda kecil, anda pasti mampu dapat membina disiplin serta menimba pengalaman sedikit demi sedikit. Kekalkan impian untuk menjadi besar dalam hati dan sentiasa bergerak menuju ke arah itu.

Impian biar besar, bergerak dan bertindak kecil-kecil tapi konsisten.
Jangan hanya berlakon kelihatan sibuk sedangkan anda lansung tidak bergerak menuju matlamat. Biar kelihatan tak sibuk asal ada pergerakkan ke depan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/07/kriteria-perniagaan-yang-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Salah Kerajaan Tapi Tetap Baik

Cari Salah Kerajaan Tapi Tetap Baik

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 145 hits
Kemuliaan akhlak DS Anwar Walaupun PAC kerjanya tapi DS Anwar tetap menghargai Bak kata Ketua Auditor pertama kali dapat nota begini Berbeza parti tak bererti tak perlu hargai pekerjaan baik yang dilakukan Walaupun PAC mendedahkan tapi kerj...
Ayah Selalu Puji Mak Orang Baik Tapi Bila Ayah Meninggal Aku Nekad Cari Mak Tapi Mak Halau Aku Ayah Tipu Aku Ke

Ayah Selalu Puji Mak Orang Baik Tapi Bila Ayah Meninggal Aku Nekad Cari Mak Tapi Mak Halau Aku Ayah Tipu Aku Ke

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 123 hits
Aku Linda aku sekarang dah berumur 26 tahun dan aku masih bujang Aku nak buat satu confession about aku yang merupakan anak yang selalu dianggap sebagai pembawa maIang oleh mak aku sendiri iaitu wanita yang menumpangkan rahimnya 9 bulan 10 ...
Makan Gaji Atau Kerja Sendiri Mana Yang Lebih Baik

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 240 hits
Makan Gaji Atau Kerja Sendiri Mana Yang Lebih Baik Pernah terjadi perbalahan di Facebook Orang yang kerjanya makan gaji pergi jam 8 balik jam 5 petang Diperlekehkan kerja tu dengan orang yang kerja sendiri terutama yang buat bisnes terutama...
Kawan Rapat Arwah Nur Farah Kartini Tegur Netizen Buat Spekulasi Sendiri Kalau Kau Takde Benda Baik Nak Cakap

Kawan Rapat Arwah Nur Farah Kartini Tegur Netizen Buat Spekulasi Sendiri Kalau Kau Takde Benda Baik Nak Cakap

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 261 hits
Penemuan mayat Nur Farah kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu menggemparkan satu negara Ia sekaligus membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam dipercayai kenalan rapat mangsa var currentUrlTwo wind...
Nurul Ghufron Sebut Berantas Korupsi Tak Cukup Dengan Kata Kata Tapi Perlu Pemimpin Baik

Nurul Ghufron Sebut Berantas Korupsi Tak Cukup Dengan Kata Kata Tapi Perlu Pemimpin Baik

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 150 hits
Nurul Ghufron mengajak kepada seluruh lapisan masyarakat berbondong bondong daftar capim KPK
Pasaran Saham Meningkat Pertumbuhan Baik Ekonomi Menuju Pemulihan

Pasaran Saham Meningkat Pertumbuhan Baik Ekonomi Menuju Pemulihan

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 159 hits
Ekonomi Malaysia yang baik dalam suku pertama 2024 menunjukkan negara berada di landasan yang kukuh selepas merudum dalam beberapa tahun kebelakangan ini Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Haziq Azfar Ishak berkata hal itu ...
Dilirik Psi Maju Pilgub Jakarta Heru Budi Terima Kasih Saya Akan Bekerja Lebih Baik

Dilirik Psi Maju Pilgub Jakarta Heru Budi Terima Kasih Saya Akan Bekerja Lebih Baik

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 151 hits
Heru mengaku usulan PSI mengenai namanya untuk Pilkada Jakarta itu menjadi perhatian untuknya Heru bilang akan bekerja lebih baik ke depan
Sebaik Baik Harta Seorang Lelaki

Sebaik Baik Harta Seorang Lelaki

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 188 hits
Sebaik baik Harta Seorang Lelaki Apakah dia harta terbaik seorang lelaki Adakah ia sebuah gunung emas memiliki pulau yang indah terbentang luas Sebenarnya mencari harta terbaik seorang lelaki tak perlu pergi jauh jauh kerana jika anda telah...
Wapres Harap Tahun Baru Islam Momentum Hijrahkan Diri Untuk Keadaan Lebih Baik

Wapres Harap Tahun Baru Islam Momentum Hijrahkan Diri Untuk Keadaan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 170 hits
Wapres juga menjelaskan Hijrah mengandung dua makna yakni hijrah hissiyah dan hijrah ma nawiyyah
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Curang Itu Pilihan Tapiiii


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Amira Syahira Ragam Melayu Chord

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Kisah Seram Hostel