Panduan Temuduga Institut Pendidikan Guru Secara Dalam Talian



Assalamualaikum and Hi

Pada pendapat saya, Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar bagi pelajar lepasan SPM Tahun 2019. Mereka sedang sibuk menyiapkan diri bagi menduduki temuduga UPU dan juga Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Kali ini pengendalian temuduga IPG agak berbeza kerana ia dijalankan secara dalam talian. Sebagai seorang alumni IPG, saya terpanggil untuk berkongsi panduan atau tips bagi menduduki temuduga IPG secara dalam talian. Perkongsian ini saya kongsikan daripada saudara Zulqarnain. 
Untuk memudahkan pembacaan anda, saya akan bahagikan penulisan saya kepada 3 bahagian iaitu:1) UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)a. Ujian UKCG ini adalah dilaksanakan secara online di portal yang telah ditetapkan. Para pelajar diminta untuk bersiap sedia 30 minit awal di hadapan komputer atau laptop sebelum peperiksaan online bermula

b. Soalan-soalan yang kebiasaannya di tanya adalah soalan inventori sahsiah keguruan yang lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggangugjawab , ikhlas, amanah dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru

c. Para calon diminta untuk menjawab soalan ini secara terus menerus tanpa perlu memikir panjang kerana ia melibatkan penilaian kendiri diri masing-masing. Pastikan calon dapat menjawab sehingga habis tanpa meninggalkan sebarang soalan

d. Selain itu, calon diminta untuk juga bersiap sedia membaca tentang pengetahuan am dalam bidang pendidikan dan isu-isu semasa berkaitan. Contohnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM), Isu PPSMI, nama-nama Menteri dan jawatan-jawatan utama dalam Pendidikan, cabaran guru, teknologi terkini dalam bidang Pendidikan, dasar-dasar Pendidikan yang terkini, isu-isu guru yang berlaku di Malaysia, kemahiran-kemahiran Pendidikan, isu-isu murid yang terkini, kehendak kemenjadian Pendidikan yang terkini dan pelbagai lagi

e. Paling utama adalah nilai-nilai sahsiah dan etika keguruan yang para calon perlu kuasai dengan sebaiknya untuk dinilai di dalam peperiksaan ini
2. PENGHASILAN VIDEO PENGAJARANPenghasilan video ini adalah batu asas yang paling utama dan penting untuk para panel menilai calon-calon yang layak untuk diterima masuk dalam IPG ini. Video mestilah dihasilkan dengan paling baik dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Para calon dikehendaki untuk menghasilkan video mengikut keperluan yang diminta sahaja tanpa berlebih-lebihan. Perkara utama yang harus difokus adalah content atau isi yang ingin di sampaikan. Para calon perlu memanfaatkan 8 minit yang diberi sebaik-baiknya untuk diberikan penyampaian yang mudah diterima dan faham oleh para panel. 
Jangan sesekali mencacamerbakan video anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan meleweh-leweh sehinggakan penyampaian isi tidak tercapai dan tidak difahami oleh para panel. Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian mengikut tertib video yang perlu dihasilkan.2.1 PERSEDIAAN RAKAMAN VIDEOa. Pastikan calon menyediakan peranti kamera yang terbaik dan berkualiti mengikut kemampuan masing-masing

b. Calon diminta untuk berpakaian formal dan yang bersesuaian dengan profesion perguruan. Bagi pelajar lelaki, pastikan memakai kemeja berwarna cerah dan tie yang bersesuaian. Cadangan yang terbaik adalah pakaian kemeja berwarna putih, tie berwarna merah, bertali pinggang, memakai name tag (amat digalakkan), berseluar hitam dan berkasut hitam. Pastikan juga rambut bagi pelajar lelaki pendek dan bersisir dengan kemas dan berminyak. 
Bagi calon wanita pula, pakaian yang menutup aurat dan sesuai, kebiasaanya adalah baju kurung dan tudung yang sesuai. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan tidak sopan. Pastikan bajunya juga tidak terlalu “heavy” warnanya dan bercorak yang banyak. Di elakkan juga memakai baju yang mengerlip-ngerlip labucinya, kurang tarikan baju yang dipakai. Pastikan juga tidak memakai aksesori yang terlalu banyak di baju dan tudung kerana ia mengganggu konsentrasi panel. Elak memakai kerongsang yang besar-besar dan berkilat-kilat. Begitu juga, tidak digalakkan calon perempuan memakai makeup yang terlalu tebal persis model dan pengantin

c. Calon di minta untuk membuat demonstrasi pengajaran ATAU bercerita cerita kanak-kanak. Anggaplah seoalah-olah berhadapan dengan sekumpulan murid. Tunjukkan bahawa anda mampu menjadi seorang guru yang baik dan mempunyai teknik mengajar serta lontaran suara yang bagus

d. Rakaman mestilah dibuat secara audio dan visual. Calon melakukan aktiviti dalam keadaan berdiri dengan memperlihatkan keseluruhan badan dari kepala hingga kaki. Pastikan rakaman tersebut juga nampak kasut kaki

e. Rakaman video TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum, politik, agama dan menghina mana-mana individu lain

f. Rakaman video hendaklah jelas, berterusan dan tidak diubahsuai. Elemen tambahan multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah TIDAK DIBENARKAN

g. Format video yang ditetapkan adalah MP4, MOV, AVI, WMV dan FLV. Manakala resolusi video yang dibenarkan untuk dimuat naik adalah 720p: 1280x720 (16:9) atau 1080p: 1920x1080 (16:9). Hal ini bermaksud calon diminta untuk merakam secara melintang. Jangan menegak. Calon juga diminta tidak set kan rakaman tersebut secara mirror. Rakam secara biasa. Jika rakam secara mirror nanti menyukarkan panel kerana perkataan dalam video akan jadi terbalik. Hal ini menyukarkan pihak panel untuk membaca.Perkara ini akan berlaku ketika calon menunjukkan atau menayangkan sijil-sijil mereka nanti
2.2 PENGISIAN RAKAMAN VIDEOMengenai pengisian rakaman video pula, calon telah diberi dua pilihan iaitu “mengajar” atau “bercerita”. Calon-calon perlu kenalpasti dan memilih dengan bijak. Jangan tersilap memilih pilihan ini. Kebiasaanya bagi calon yang mempunayi subjek asas khusus, sesuai untuk memilih pengajaran. Manakala bagi calon yang tidak mempunyai subjek khusus seperti bimbingan kaunseling dan Pendidikan awal kanak-kanak sesuai untuk bercerita. Pastikan calon tidak terperangkap dengan pemilihan ini. PILIH mengikut kesesuaian subjek masing-masing kerana pengajaran melibatkan subjek yang diperoleh. Saya akan pecahkan kepada tiga bahagian juga dalam segmen ini :-
a. Komponen Pengenalan Diri dan Pernyataan hasrat (3 minit)
Dalam komponen ini, calon dikehendaki untuk memperkenalkan diri serta Nombor IC. Pastikan calon menyebut dengan suara yang jelas dan lantang. Selepas itu, calon perlu menyatakan hasrat calon (Kenapa pilih bidang ini? Kalau saya terpilih apa akan saya buat? Kalau saya dah jadi seorang guru, apa yang saya berikan?) Kemudian di cadangkan juga untuk masing-masing melobi diri masing. Kenapa perlu pilih saya?..kerana saya merupakan ………….(nyatakan pencapaian tertinggi dan terbaik calon pernah dapat). Bagi calon Pendidikan Islam, sebelum menyatakan hasrat, di minta untuk membaca ayat Al-Quran. Letakan meja kecil dan kerusi disebalah anda untuk membaca ayat al-quran tersebut. Pelajar Pendidikan islam perlu memperkenalkan diri dalam Bahasa Arab

b. Komponen Demonstrasi Pengajaran (4 minit)
Pastikan calon memilih topik atau tajuk yang mudah bagi subjek masing-masing. Jangan sesekali perangkapkan diri dengan tajuk-tajuk yang sukar. Pastikan pengajaran yang ingin diajar mempunyai perancangan pengajaran yang ringkas. Misalnya, wujudkan 3 step mudah pengajaran iaitu set induksi, sesi pengajaran dan penutup. Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Kreatifkan pengajaran anda sebaik mungkin. Gunakan masa yang diberikan sebaik-baiknya. Banyakkan pemudah cara pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar(BBM). Pastikan calon menggunakan suara yang jelas dan lantang. Elakkan rakam yang tersasul-sasul. Membuat simulasi pengajaran yang terbaik seoalah-olah calon sedang mengajar di dalam kelas. Di situlah kayu ukur pertama panel melihat bagaimana calon mempunyai potensi untuk jadi seorang guru. Elakkan terlalu over atau berlebih-lebih. Kawal gaya dan gerak geri tubuh ketika mengajar

c. Komponen Paparan Dokumen (1 minit)
Dalam komponen ini, calon di minta untuk menunjukkan dokumen-dokumen rasmi di dalam video tersebut. Di sini yang saya katakan, elakkan menggunakan setting mirror di rakaman anda. Calon diminta untuk paparkan Sijil SPM dan Sijil Anugerah Pencapaian Tertinggi. Pastikan anda menunjukkan aturan dokumen rasmi yang tertib seperti berikut :-
1.Sijil SPM2.Sijil Pencapaian Peringkat Antarabangsa3.Sijil Pencapaian Peringkat kebangsaan4.Sijil Pencapaian Peringkat Negeri5.Sijil Pencapaian Peringkat Daerah
Pastikan setiap tonjolan sijil perlu disebut oleh calon bagi memudahkan para penilai melihat dan mendengar. MAKLUMAT TAMBAHAN1. Semasa tempoh penilaian rakaman video dibuat, calon juga boleh dihubungi oleh panel penilai menerusi panggilan video/Skype/panggilan telefon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut tentang calon

2. Calon dikehendaki bersedia dengan gajet dan aplikasi yang bersesuaian (telefon pintar/komputer riba/PC/Skype) dan kemudahan internet bagi melancarkan perbualan menerusi kaedah tersebut

3. Calon yang menggunakan Skype atau panggilan video, akan dihubungi terlebih dahulu supaya calon bersedia. Tarikh dan masa perbualan akan dimaklumkan kepada calon

4. Panel boleh menghubungi calon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut dari 5 hingga 7 Mei 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
KESIMPULANSaya percaya bahawa pemilihan untuk kemasukan ke IPG ini adalah sangat mencabar. Justeru, anda digalakkan untuk melakukan yang terbaik jika anda bersungguh-sungguh mahu bergelar seorang guru. Akhir kata, saya doakan supaya semua calon temuduga IPG berjaya menempuhi cabaran ini. Sekian, terima kasih.
ARTIKEL INI DIKONGSIKAN OLEHMohd Zulqarnain bin Abdol RahmanGuru Muda Negeri MelakaPenulis Buku Teks Kementerian Pendidikan MalaysiaPanel Penilai Buku Teks & Pembangunan KurikulumIG : https://www.instagram.com/mohdzulqarnain38/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.seorangsyed.com/2020/05/panduan-temuduga-institut-pendidikan-guru-secara-dalam-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Guna Unsur Jenaka Tarik Minat Belajar Dalam Talian

Guru Guna Unsur Jenaka Tarik Minat Belajar Dalam Talian

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM 28 APRIL Seorang guru menggunakan elemen jenaka untuk mendidik pelajar dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Muhd Zahiruddin bin Abdul Wahab 34 yang mengajar subjek sains di sebuah sekolah menengah memilih imej...
Tarikh Penting Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru Ipg 2020

Tarikh Penting Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru Ipg 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 490 hits
Khas buat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG The post appeared first on
Webinar Penghasilan Video Dengan Guru Pendidikan Islam Negeri Kedah

Webinar Penghasilan Video Dengan Guru Pendidikan Islam Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 378 hits
WEBINAR BERSAMA SPI KEDAHAlhamdulillah selesai satu lagi sesi perkongsian atas talian kali nih anjuran Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah Perkongsian adalah bagi tajuk Flipped Classroom dengan pengisian belajar bagaimana menghasilkan vide...
Nota Buku Guru Aini Andrea Hirata

Nota Buku Guru Aini Andrea Hirata

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 412 hits
Nota Buku Guru Aini Andrea Hirata Dalam perjalanan yang panjang menuju keikhlasan kita akan menemukan harapan dalam perjalanan yang berliku liku menuju pengorbanan kita akan menemukan keberanian namun kejujuran pada diri sendiri akhirnya ki...
Shaf Shalat Tarawih Berjamaah Di Masjidil Haram Renggang Ini Kata Guru Besar Universitas Islam Madinah

Shaf Shalat Tarawih Berjamaah Di Masjidil Haram Renggang Ini Kata Guru Besar Universitas Islam Madinah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 485 hits
Ada pemandangan yang berbeda dalam pelaksanaan shalat fardhu dan tarawih di Masjidil Haram pada bulan Ramadhan ini Shaf shalat terlihat renggang tidak lagi rapat seperti biasanya Pemandangan ini terlihat dalam beberapa hari terakhir di Masj...
Guru Zuhdi Ulama Kalimantan Selatan Meninggal Dunia

Guru Zuhdi Ulama Kalimantan Selatan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 1436 hits
Kabar duka menyelimuti umat Islam Kalimantan Selatan Guru Zuhdi Seorang ulama kenamaan dari Kalimantan Selatan yang bernama asli KH Ahmad Zuhdiannor dikabarkan meninggal dunia pada Sabtu 2 Mei 2020 Kabarnya Guru Zuhdi wafat setelah menjalan...
Kisah Guru Di Sanggau Kalbar Mengajar Lewat Radio Selama Pandemi Covid 19

Kisah Guru Di Sanggau Kalbar Mengajar Lewat Radio Selama Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 274 hits
Di masa pandemi Covid 19 ini kata Titis pembelajaran anak muridnya tak bisa dilakukan melalui gawai dikarenakan keterbatasan infrastruktur telekomunikasi tadi Namun hal itu tidak menjadi penghalang untuk melakukan pembelajaran jarak jauh
Saya Takda Buku Ayah Belum Dapat Gaji Lagi Luahan Pelajar Ini Buat Guru Sayu

Saya Takda Buku Ayah Belum Dapat Gaji Lagi Luahan Pelajar Ini Buat Guru Sayu

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 657 hits
Masa aku masuk ke dalam sebuah bilik darjah tingkatan satu minggu lalu aku memulakan pengajaran tentang Koordinat seperti biasa Aku selalunya akan semak setiap murid dan pastikan mereka semua ada buku hingga ke seorg murid yg duduk belakang...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation