Panduan Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Doa Qunut


Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.
HUKUM SUJUD SAHWI
Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.
Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)
Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat.
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ. “Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)
Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.
CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP
Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:
1. NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.
(Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.)
2. SUJUD
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa
3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.
4. SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).
BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?
Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.
Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?
Menurut kuliah ini, kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.
HIKMAH SUJUD SAHWI
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.
Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.
Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita.
Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah.
Sumber: Pelik Dunia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/terlupa-rakaat-dan-doa-qunut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Sebab Seseorang Melakukan Sujud Sahwi

Sebab Sebab Seseorang Melakukan Sujud Sahwi

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 265 hits
Saya ingin tahu sebab sebab yang menjadikan kita disunatkan sujud sahwi dalam sembahyang Sebab Sebab Seseorang Melakukan Sujud SahwiCredit Pic Sahkah sembahyang kalau terlupa juga sujud sahwi Sebab Sebab Seseorang Melakukan Sujud SahwiBerka...
Doa Kebaikan Di Hari Jumaat Yang Mulia

Doa Kebaikan Di Hari Jumaat Yang Mulia

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1611 hits
Doa Kebaikan Di Hari Jumaat Yang Mulia Tak salah rasanya jika saya keep on sharing benda benda seperti himpunan doa dalam blog picisan ini kan Saya tahu ada yang suka ada yang tak suka ada yang bosan bila asyik share pasal doa dan tazkirah ...
Doa Keampunan Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga

Doa Keampunan Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 3289 hits
Doa Keampunan Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga Salam jumaat guys kesayangan Cepat je masa berlalu dah masuk pertengahan Julai kann walau masa begitu pantas meninggalkan kita jangan biarkan ia berlalu dengan sia sia Penuhi waktu terluang...
Doa Tidur Yang Diajarkan Rasulullah Saw

Doa Tidur Yang Diajarkan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 309 hits
Tidur merupakan satu di antara tanda tanda kebesaran Allah Ta ala yang patut disyukuri Dalam urusan tidur ini Rasulullah SAW memberi kita teladan terbaik Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya adalah tidurmu di waktu malam dan siang hari se...
Rasulullah Baca Doa Ini Saat Terkena Masalah Dan Kesulitan Pasti Dimudahkan

Rasulullah Baca Doa Ini Saat Terkena Masalah Dan Kesulitan Pasti Dimudahkan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 367 hits
Sayyidina Utsman bin Affan pernah dilaporkan oleh sahabat Sa ad bin Abi Waqqash Kepada Sayyidina Umar bin Khaththab Alasannya Sayyidina Utsman tidak menjawab salam yang disampaikan oleh Sa ad Mengapa engkau tidak menjawab salam yang disampa...
Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan

Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 863 hits
Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan Kita kadangkala terlupa untuk berdoa bangun pagi sebelum memulakan sesuatu pekerjaan sebaiknya kita dahulukan dengan berdoa kepada Allah SWT Amalkan berdoa setiap pagi moga urusan kita dipermudahkan Pagini Ka...
Doa Si Pencari Suaka Berniaga

Doa Si Pencari Suaka Berniaga

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 186 hits
RINA HAMZAHPewalaq atok ni dah mcm kena Gila essim Kalau pas nak sokong atok masa atok LETAK JAWATAN hari tu dia bagi sokongan dan masa atok mereng serta meroyan cari sd pas dah bagi sd Pas berada didlm sorga Hadi sekrg Tak mahunya mereka k...
Doa Agar Dimudahkan Mendapat Pekerjaan Insya Allah Mujarab

Doa Agar Dimudahkan Mendapat Pekerjaan Insya Allah Mujarab

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 1648 hits
Doa Agar Dimudahkan Mendapat Pekerjaan Insya Allah Mujarab bagi Anda yang melakukannya dengan yakin dan ikhlas Sebagaimana kita ketahui Manusia harus menjemput rezeki melalui usaha dan bekerja Karena rezeki tak akan begitu saja jatuh dari l...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah