Panduan Solat Hajat


Sudah menjadi fitrah manusia yang lemah dan sentiasa mempunyai keinginan atas segala sesuatu. Selain berdoa, sebagai umat Islam, kita juga sering melazimi solat hajat.
Ada yang kerjakannya dengan harapan urusan mereka dipermudahkan.
Ada yang kerjakan solat hajat untuk menghadapi peperiksaan, memohon anak, jodoh dan sebagainya.
Hukum Solat Hajat Para ulama sepakat berpendapat bahawa hukum mengerjakan solat hajat adalah sunat.
Ia adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami r.a., beliau berkata :
Rasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:
Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي
Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.
Hadith riwayat Ibn Majah, no. 1384
Baca Juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)
Waktu Untuk Solat Sunat Hajat Solat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa tak kiralah siang atau malam kecuali pada waktu yang diharamkan untuk dirikan solat sunat.
Waktu-waktu yang diharamkan solat sunat juga dikenali sebagai waktu tahrim iaitu pada waktu berikut :
Selepas solat Subuh sehingga berakhirnya waktu Subuh. Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit. Ketika matahari berada tegak di atas kepala iaitu kira-kira 15 minit sebelum masuknya waktu Zohor, kecuali pada hari Jumaat. Sesudah solat Asar sehingga masuknya waktu Maghrib. Panduan Solat Hajat Solat hajat boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah dan tidak ditentukan jumlah rakaat sebenar.
Namun, biasanya ia dilakukan atara dua hingga dua belas rakaat.
Panduan solat hajat dua rakaat adalah seperti berikut :
Niat solat hajat. Lafaz bagi niat solat hajat adalah seperti berikut : أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعاَلَى
U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa
Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Bacakan Surah Al-Fatihah Membaca Ayat Kursi Nota : Anda digalakkan membaca Ayatul Kursi atau Surah Al-Kafirun atau kedua-duanya sekali. Namun, anda juga boleh membaca apa-apa surah atau ayat di dalam Al-Quran.
Rukuk dan sujud seperti biasa. Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas Tahiyat Akhir dan beri salam Doa Solat Hajat Anda boleh bacakan doa solat hajat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika bersujud atau selepas selesai solat :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan. (Hadith riwayat Ibn Majah, hadith no. 1384)
Selain doa ini, anda juga bebas untuk bacakan sebarang doa dalam Bahasa Arab mahupun Bahasa Melayu.
Kesimpulan Solat hajat tidak akan menjadikan cita-cita kita menjadi nyata dengan begitu mudah.
Cuma, sebagai hamba, solat ini dapat menjadi salah satu cara kita meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.
Semoga panduan ini dapat membantu anda laksanakan solat hajat dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!
Sumber : tanyaustaz.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/panduan-solat-hajat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=panduan-solat-hajat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Vaksin Solat Tak Khusyuk

Kesan Vaksin Solat Tak Khusyuk

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum semua sahabat sahabat blogger Alhamduillah pada hari Jumaat yang berkat ini Bersama sama kita berselawat kepada Nabi Muhammad semoga mengalir berkat dan mahabbah kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sahabat sahabat semua bar...
Sampai Terg0lek Bdk Tu Kau Kerjakan Meow Tular Video Seekor Kucing Ganggu Kanak Kanak Ketika Solat Cvri Perhatian Ramai

Sampai Terg0lek Bdk Tu Kau Kerjakan Meow Tular Video Seekor Kucing Ganggu Kanak Kanak Ketika Solat Cvri Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 197 hits
Seperti yang kita semua ketahui bahawa kucing adalah m4khluk kesayangan manusia tambah lagi pencinta kucing yang sememangnya sayangkan kucing dan menjaga kucing seperti keluarga sendiri Setiap rumah biasanya mempunyai seekor kucing yang dip...
Syarat Wajib Solat

Syarat Wajib Solat

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 229 hits
Apakah syarat wajib solat bagi seseorang Syarat syarat wajib solat menurut Al Banjari bagi seseorang Islam melibatkan lima perkara Maksud Syarat Wajib Solat Syarat wajib ialah syarat syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu melaksan...
Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid

Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 190 hits
Salam hari Jumaat penuh keberkatan Harini mama nak share berkenaan Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid Setiap wanita tentu sekali pernah menghadapi masalah berkaitan waktu solat dan kedatangan haid Mari kita sama sama baca...
Ruangan Solat Imam Tak Kotor Walau Banjir

Ruangan Solat Imam Tak Kotor Walau Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 134 hits
PETALING JAYA Lelaki terkejut apabila mendapati ruangan solat untuk imam tidak kotor walau sedikit pun sewaktu membersihkan sebuah surau di Padang Kubu Terengganu yang dilanda banjir pada 18 Disember lepas
Doa Supaya Tak Tinggal Solat

Doa Supaya Tak Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 200 hits
Doa Supaya Tak Tinggal Solat Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii Rabbana wataqobbal duaa Ya Tuhanku jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku TIPS AGAR RAJIN MENGERJA...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global

Rupiah Tertekan Sentimen Global Investor Pantau Data Inflasi As

Wanita Malaysia Dijadikan Bank Untuk Buat Pelbagai Pinjaman Lepas Kahwin Dengan Warga Asing