Panduan Ringkas Tambah Baik Perniagaan Yang Anda Jalankan Sekarang Sangat Berkesan




Untuk dapatkan idea bagaimana perniagaan anda boleh ditambah baik, boleh mulakan dengan membuat sedikit analisa terhadap perniagaan yang dijalankan sekarang. Untuk itu, anda perlukan data terlebih dahulu sebelum mampu membuat analisa tersebut.
Berikut saya berikan langkah-langkah yang perlu dilakukan
1. Senarai produk yang adaIni langkah awal dalam proses pengumpulan data. Senaraikan satu persatu produk atau perkhidmatan yang perniagaan anda tawarkan kepada pelanggan.
Produk yang ada perlulah jelas dan tetap. Tak boleh produk yang berubah-ubah ikut selera pelanggan. Jika ada produk yang sebegitu, perlu dimasukkan ke dalam kategori produk custom.
2. Pelanggan sasaranBerdasarkan senarai produk yang dah ada, anda boleh kaitkan dengan jenis pelanggan yang kena dengan produk tersebut. Proses kenal pasti pelanggan ini lebih mudah dikategorikan jika anda mampu senaraikan demografi, geografi dan psikografi pelanggan.
3. Data jualanJika anda dah lama buat bisnes, dah pakai sistem perakaunan untuk keluarkan bill atau inbois, maklumat ini tak sukar untuk didapatkan. Sistem boleh jana laporan jualan yang anda mahu dengan terperinci bergantung bagaimana anda buat klasifikasi maklumat pelanggan di atas tadi.
Jika anda jenis buat bisnes tanpa peduli pasal data jualan, seperti kebanyakan peniaga yang dah lama berniaga secara tradisi, urusan catitan untuk dapatkan data jualan agak mencabar sikit. Bukan disebabkan ia perkara sukar, tapi lebih kepada kesukaran untuk ubah cara anda buat kerja selama ini. Perlu tambah proses baru dalam kerja yang dah lama jadi amalan adalah sesuatu yang sukar.

Berusaha sebaik mungkin rekodkan maklumat jualan berdasarkan produk dan / atau pelanggan. Ada banyak cerita di sebalik data tersebut.
Biasanya perkara ini berlaku kepada peniaga yang pelanggan mereka jenis walk-in. Ini melibatkan perniagaan jenis peruncitan atau makanan. Terma biasa di gunakan adalah jenis bisnes B2C.
Ada juga perniagaan yang memerlukan anda pergi mendapatkan pelanggan dari pintu ke pintu pejabat atau kedai. Atau biasa dipanggil B2B. Jenis ini selalunya ada lengkap sistem rekod transaksi sebab anda berurusan dengan perniagaan lain yang mana mereka juga perlukan rekod transaksi. Tambahan lagi jika anda ada berikan kemudahan kredit, wajib ada rekod transaksi sebagai bukti jualan telah berlaku.
Walau apapun jenis perniagaan anda, wajib pastikan ada data jualan yang sebaiknya dikategorikan seperti berikut.

Berdasarkan produk - Jika perniagaan anda jenis peruncitan di mana ada banyak produk, maka maklumat jualan setiap produk perlu direkodkan. Suka atau tidak, anda perlu uruskan stok, jadi maklumat mana yang dan terjual, mana yang belum, mana yang perlu ditambah dan sebagainya adalah sangat penting.Berdasarkan pelanggan - Jika perniagaan peruncitan dapat rekodkan maklumat pelanggan adalah satu bonus yang sangat membantu penambah baikan strategi pemasaran perniagaan anda. Bagi bisnes selain peruncitan, maklumat pelanggan sangat diperlukan untuk kenali siapa yang serasi dengan perniagaan anda sekarang.
4. Data kos perniagaanSemua kos yang dikeluarkan dalam perniagaan anda amat penting untuk direkod secara terperinci. Ia boleh membantu anda membuat perubahan atau pembaikan pada perbelanjaan dan penjimatan perniagaan. 
Ada 2 jenis kos saja. Pertamanya kos tetap, yang keluar sebulan sekali seperti gaji, sewa, bil letrik dan lain-lain.
Ke-2 adalah kos jualan dalam perniagaan anda seperti bahan mentah, pengangkutan dan lain-lain sepertinya. Ini semua kos yang berlaku hanya apabila ada jualan.
5. Maklum balas pelangganMaklumat atau respon dari pelanggan amat penting sebab tanpa mereka, anda tak akan wujud. Jadi ambil peduli terhadap apa yang mereka komen terhadap pengalaman mereka berurusan dengan perniagaan anda.
Catitkan pujian serta perincian yang anda terima dari pelanggan. Catit juga cemuhan serta perincian yang anda terima dari pelanggan. Sediakan buku log aduan dan rekod setiap kali ada maklum balas dari pelanggan samada secara verbal atau tindakan.
6. Lain-lain maklumatLain-lain maklumat penting seperti jumlah jualan berdasarkan waktu, jumlah jualan berdasarkan jurujual dan lain-lain seumpamanya. Apa saja data urusan dan transaksi atau proses yang anda terfikir nak buat perubahan, boleh buat data berdasarkan kesesuaian.
Dunia canggih sekarang membantu anda buat segala rekod yang saya sebut di atas dengan mudah dan rendah kosnya. Jangan lepaskan peluang guna teknologi sekarang untuk jadi lebih baik.

Dengan semua maklumat yang ada di atas anda boleh merangka berbagai strategi selanjutnya dengan membuat analisa berdasarkan prinsip pareto atau lebih dikenali sebagai 80/20.
Saya yakin jika tak pernah buat sebelum ini, anda pasti akan terkejut apabila melihat data analisa yang anda telah berjaya lakukan. Biasanya data akan menunjukkan kecenderungan input yang kecil menghasilkan output yang besar.

Contoh:
Jika anda ada sepuluh produk, akan ada hanya 2 atau 3 produk yang menyumbang pada 80% daripada hasil jualan perniagaan anda. Samada tepat 80% lebih atau kurang tidak penting. Tapi yang pasti, hanya sedikit sahaja dari produk yang ada menghasilkan jualan yang cukup banyak sedangkan produk selain dari itu menghasilkan jualan yang sedikit, kumpul semua hanya sumbangkan 20% dari jualan saja.Jika anda ada seratus pelanggan. Biasanya hanya sedikit pelanggan (10% ke 50%) yang menyumbangkan hasil jualan yang cukup banyak (antara 60% ke 90%).Anda boleh mula membuang produk yang kecil jualannya dari senarai dan mula memberikan tumpuan pada produk yang lebih banyak jualannya. Begitu juga anda boleh membuang ramai pelanggan yang menyumbang kepada hanya sedikit jualan lalu memberikan tumpuan pada pelanggan yang sedikit.
Tindakan pembaikan yang dijalankan daripada usaha kecil di atas membolehkan anda memberikan lebih masa dan tumpuan untuk meningkatkan perniagaan. Demikianlah serba sedikit petua pembaikan perniagaan yang boleh dilakukan dengan mengambil inisiatif mencatatkan data perniagaan.
Jika anda tak faham dan perlukan penerangan lanjut, sila komen kat bawah ya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2012/12/petua-ringkas-memaju-dan-membaiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Modul Pengurusan Sahsiah Cara Tambah Amalan Baik Murid Secara Pukal

Modul Pengurusan Sahsiah Cara Tambah Amalan Baik Murid Secara Pukal

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 83 hits
Modul Pengurusan Sahsiah Cara Tambah Amalan Baik Murid Secara Pukal Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Modul Pengurusan Sahsiah yang merupakan sebahagian daripada sistem MOEIS MOEIS adalah sistem digital bersepadu yang men...
Deko Rumah Sewa 800 Kaki Persegi Yang Sangat Menarik Reka Bentuk Ringkas Tapi Lengkap

Deko Rumah Sewa 800 Kaki Persegi Yang Sangat Menarik Reka Bentuk Ringkas Tapi Lengkap

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 93 hits
Deko Rumah Sewa 800 sqft yang Sangat Menarik Penampilan yang ringkas tetapi lengkap dengan segala kemudahan Kredit Anis Syuhada Deko Rumah Sewa 800 sqft yg Sangat Cantik Simple look tapi Lengkap semuanya Kredit Anis Syuhada The post appeare...
Suara Idola Sekarang Semua Sama Je Tak Boleh Beza G O D

Suara Idola Sekarang Semua Sama Je Tak Boleh Beza G O D

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 95 hits
Tak dinafikan yang sekarang ni makin ada ramai idola berbakat dalam industri hiburan Korea Artikel Berkaitan Baru baru ini Son Ho young dan Park Joon hyung g o d telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jae Friends yang dihoskan ol...
Hiburan Abang Approved Syed Saddiq Bella Astillah Bercinta Mula Mula Rasa Sekadar Kerja Tapi Sekarang Saya Rasa Tak

Hiburan Abang Approved Syed Saddiq Bella Astillah Bercinta Mula Mula Rasa Sekadar Kerja Tapi Sekarang Saya Rasa Tak

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 78 hits
Sedia maklum kemesraan yang sering dipaparkan oleh selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq sejak kebelakangan ini selalu mendapat perhatian dan ramai yang gembira jika mereka benar benar bersama Keluarga restu Bella d...
Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 159 hits
Promo Tiket Murah Hey korang Ada berita baik Trip com ada promo tiket murah sekarang ni Check out beberapa tawaran menarik yang kami jumpa KL Jakarta KL RM360 KL Shenzhen KL RM665 KL Medan KL RM351 KL Taiwan KL RM1 164 Untuk jimat lagi temp...
Dulu Kalau Cuti Saya Akan Ke Laut Tapi Sekarang Zul Arifin Luah Hasrat Mahu Ke Tanah Suci Pada Musim Haji

Dulu Kalau Cuti Saya Akan Ke Laut Tapi Sekarang Zul Arifin Luah Hasrat Mahu Ke Tanah Suci Pada Musim Haji

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 88 hits
Pelakon sensasi Zul Arifin terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambut puasa pertama tahun ini di Tanah Suci kerana komitmen kerja yang padat Walau bagaimanapun menurut HibGlam dia tetap mengintai peluang untuk ke Tanah Suci untuk musim ha...
Safe House Ismail Sabri Serang Umno Dalam Podcast Ks Sekarang Jadi Sus

Safe House Ismail Sabri Serang Umno Dalam Podcast Ks Sekarang Jadi Sus

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 57 hits
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Jumaat ini bagi memberi keterangan berkaitan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya Dia pada mulanya dijadual memberi ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

How To Find Undervalued Domains

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Semua Negeri Sudah Ada Stokis Untuk Membantu Anda

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Mat Sabu Menteri Gagal