Panduan Menulis Surat Pengesahan Tidak Bekerja
Panduan Menulis Surat Pengesahan Tidak Bekerja | Assalamualaikum..Hari ni saya nak kongsi sedikit Panduan Menulis Surat Pengesahan Tidak Bekerja untuk permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN. Sesetengah daripada kita bukan tak nak bayar balik pinjaman PTPTN ni, tapi masalahnya masih belum mempunyai pekerjaan. Yang mempunyai pekerjaan pula, gaji cukup cukup makan memandangkan taraf hidup sekarang ni tinggi. Gali lubang tutup lubang, pinjam duit sana sini nak bayar PTPTN. Bulan depan gali lubang tutup lubang lagi nak bayar hutang dengan member dan bayar PTPTN.
Ada juga golongan golongan yang tak perlu bayar balik pinjaman PTPTN. Berbalik kepada topik asal kita, anda boleh rujuk contoh Surat Pengesahan Belum Bekerja di bawah. Sebelum itu, pastikan anda sudah download Borang Penangguhan Bayaran Balik PTPTN. Surat pengesahan ni hendaklah disahkan oleh pegawai pengurusan professional, sebagai contoh Pegawai Daerah. Kena ada cop rasmi sekali tau. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang diproses oleh pihak PTPTN. Untuk pengetahuan anda, sepanjang proses permohonan penangguhan bayaran balik ni anda dikehendaki untuk membayar balik jumlah yang diminta sehingga permohonan penangguhan bayaran balik anda diluluskan oleh pihak PTPTN. Semoga berjaya! ^^
Lee Min Ho
Lot 123, Jalan 456,Taman Kimchi
50490, Kuala Lumpur
Malaysia
_________________________________________________________________________
PTPTN
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Sematan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
Malaysia 1 Februari 2015
Tuan,
PENGESAHAN TIDAK BEKERJA
Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya, penama seperti bermaklumat di bawah dengan ini mengakui bahawa saya masih belum mempunyai pekerjaan.
NAMA : LEE MIN HO
I/C : 870622-xx-xxxx
ALAMAT : LOT 123, JALAN 456, TAMAN KIMCHI, 50490, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
STATUS : TIDAK BEKERJA
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Yang benar,
____________________________________
( Lee Min Ho )
870622-xx-xxxx
Saya __________________________________ yang berjawatan ______________________di ___________________________________ mengesahkan bahawa penama berstatus tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.
Disahkan oleh,
_______________________
( ) Tarikh : _____________
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://creamylittlediary.blogspot.com/2015/06/panduan-menulis-surat-pengesahan-tidak.html