Panduan Mengesport Kereta Pulang Ke Malaysia


Konvoi ke pelabuhan Nagoya. PANDUAN MENGEKSPORT KERETA PULANG KE MALAYSIA

Setiap warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara untuk tempoh lebih dari satu tahun layak memohon "Approved Permit" ataupun AP daripada Kerajaan Malaysia. Dengan adanya AP ini, kita boleh membawa pulang kenderaan dari negara yang kita bermastautin.Sebelum ini saya ada menulis satu posting tentang PANDUAN MEMBELI KERETA TERPAKAI DI JEPUN. Boleh klik link di bawah untuk rujukan.
https://geartop.blogspot.com/2020/04/panduan-membeli-kereta-terpakai-di-jepun.html

Seterusnya saya ingin kongsikan prosedur untuk membawa pulang kereta ke Malaysia. Sebelum itu ingin saya ingatkan bahawa hanya kereta berusia 5 tahun ke bawah sahaja yang dibenarkan eksport ke Malaysia. Posting ini hanya fokus pada kenderaan dari Jepun sahaja ya.

1) Pilih Ejen Eksport Kereta (RoRo)
Pertama sekali kita harus mencari ejen pengeksport kereta yang biasa dengan sistem eksport Jepun bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan. Antara ejen yang terkenal di sini adalah AMT Trading, Sakura Forwarding atau ejen-ejen persendirian yang lain. Melalui ejen ini, kita akan mengetahui prosedur eksport dengan lebih cepat dan tepat. Kebiasaannya cara "Roll-in Roll-out" (RoRo) lebih menjimatkan.

Gudang kenderaan di Pelabuhan Nagoya. Penuh dengan Toyota Vellfire dan Alphard.2) Hantar Kenderaan ke Gudang Pelabuhan
Setelah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan ejen tersebut, ejen akan menetapkan tarikh serahan kenderaan di gudang pelabuhan sebelum belayar ke Malaysia.

 Terjumpa kereta idaman di gudang. Lexus GS350
Di gudang ini, kita dikehendaki memeriksa dan mengambil gambar kenderaan untuk rujukan sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari.


Nombor plat juga perlu dicabut untuk proses permohonan Export Certificate, sebelum nombor plat itu dilupuskan.

Cara lupuskan no.plat. Kat Jepun takda kedai buat no.plat tau. Semuanya dikeluarkan oleh JPJ Jepun. Susun no.plat dalam mesin ni. Kemudian kamera snap no.plat dan keluarkan sticker lupus. No.plat akan jatuh ke bawah. Sama macam penjenayah kena hukuman gantung sampai mati.😅


Tampal sticker no.plat lupus dan setem kat kotak dalam borang tu. Ajar step by step ni biar senang korang buat lepas ni. Hehe




Di sinilah kali terakhir kita dapat melihat kenderaan sebelum ia kembali ke pangkuan kira-kira 2 bulan kemudiannya. Hehe

3) Tukar Vehicle Inspection Certificate (Shaken) kepada Export Certificate

Untuk mengeksport kereta, Shaken perlu dibatalkan dan ditukar kepada Export Certificate. Export Certificate ini amat penting untuk proses memohon AP di Malaysia nanti. Urusan ini perlu dibuat di Transportation Bureau (運輸支局) berdekatan dengan anda. Kalau di Nagoya, urusan boleh dilakukan di 中部運輸局愛知運輸支局.

Di Transportation Bureau 中部運輸局愛知運輸支局 untuk mohon Export Certificate. Masuk ofis ni terus jadi blur sebab banyak sangat borang. Tak tahu yang mana satu kena isi. Mujur ada pakcik Jepun ni bantu kami dari A-Z. Kebetulan dia juga buat urusan yang sama. Semoga Allah balas jasa baik dia dengan balasan setimpal.

 Isi borang ini. Jangan lupa inkan!
 Dan juga borang ini. Cari sendiri kat rak depan kaunter tu.😛
Dokumen yang perlu dibawa untuk permohonan Export Certificate adalah:

-Shaken
-Inkan
-Inkanshomei
-Nombor plat kenderaan (yang telah dicabut di gudang pelabuhan 😄)

Tatacara penukaran Shaken kepada Export Certificate saya lampirkan dalam gambar di bawah. Bayaran ¥350 dikenakan untuk "mati setem" dalam proses ini.

 Beli setem ¥350 kat Kaunter 12 kalau di ofis Nagoya.
Ambil no.giliran kat Kaunter 6. Ada 2 copy nanti. Satu kepilkan kat borang tadi dan satu lagi untuk kita.

 Serahkan borang kat Kaunter 4 dan tunggu giliran anda. Paling cepat sejam. Paling lama 3 jam.

 Yeay berjaya dapatkan Export Certificate! Alhamdulillah.

Setelah Export Certificate dikeluarkan, secara rasminya kenderaan anda layak dieksport keluar dari negara Jepun. Tunggu sahaja kenderaan itu sampai di Malaysia nanti.

TAMAT SUDAH.....

Ehhh BELUM lagi bagi orang yang 'berkira' macam kami!😂

Ada perkara yang perlu DITUNTUT. Jangan biarkan kerajaan 'makan free' duit anda. Haha. Kenderaan di Jepun dilengkapi dengan insurans "Jibaiseki" dan kupon "Recycle Ken". Dua perkara ni telah kita bayar semasa membeli kenderaan. Apabila Export Certificate dikeluarkan, kita layak menuntut semula wang yang telah kita bayar untuk dua perkara ini.

Insurans Jibaiseki adalah berbeza mengikut kenderaan. Untuk menuntut wang ini, prosesnya sangat mudah. Kita hanya perlu mengisi borang di pejabat insurans dan menunggu lebih kurang 10 hari bekerja untuk menerima wang tuntutan tersebut. Mudah kan? Hehe

Tuntutan "Recycle Ken" pula hanya boleh dilakukan di Tokyo. Sekiranya tinggal di Tokyo, boleh mohon sendiri. Kalau yang jauh macam kami ni, ejen sedia membuat tuntutan bagi pihak kita dengan sedikit caj perkhidmatan.

Setelah selesai semua urusan ini, maka tamatlah segala urusan berkaitan kenderaan yang pernah kita miliki di Jepun. Sekarang kita hanya perlu berdoa dan bertawakkal agar perjalanan kenderaan kita selamat sampai ke Malaysia.


Inshaallah suatu hari nanti saya akan kongsikan prosedur pendaftaran kereta import di Malaysia dan juga tatacara pengiraan cukai eksport. Moga perkongsian kali ni memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan panduan mengeksport kereta dan memberi ilham kepada mereka yang bercita-cita untuk memiliki kereta idaman dari Negara Matahari Terbit. Semoga kalian semua dalam rahmat Allah sentiasa. Amiinn.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://geartop.blogspot.com/2020/04/panduan-mengesport-kereta-pulang-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Thailand Yang Terkandas Di Malaysia Sanggup Berenang Untuk Pulang Ke Tanah Air

Lelaki Thailand Yang Terkandas Di Malaysia Sanggup Berenang Untuk Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 302 hits
BANGKOK 14 April Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan nekad berenang untuk pulang ke tanah airnya Bagaimanapun lelaki berusia 45 tahun dari P...
29 Pelajar Malaysia Positif Covid 19 Di Jawa Timur Tak Dibenar Naik Pesawat Pulang Ke Tanah Air

29 Pelajar Malaysia Positif Covid 19 Di Jawa Timur Tak Dibenar Naik Pesawat Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 405 hits
SERAMAI 29 daripada 164 pelajar Malaysia di Jawa Timur Indonesia didapati positif dalam pemeriksaan rapid test COVID 19 dan tidak dibenarkan berlepas pulang menaiki pesawat dari Surabaya ke tanah air Semua pelajar Pondok Pesantren Al Fatah ...
Negara Asing Wajar Ikut Contoh Malaysia Bawa Pulang Rakyat

Negara Asing Wajar Ikut Contoh Malaysia Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Malaysia sangat mengalu alukan negara luar untuk membawa pulang rakyat mereka yang tamat tempoh kuarantin di negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan COVID 19 ketika ini Menteri Kanan
Hasil Rapid Test Reaktif 29 Santri Asal Malaysia Batal Pulang Kampung

Hasil Rapid Test Reaktif 29 Santri Asal Malaysia Batal Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 265 hits
Ketua Rumpun Tracing Gugus Tugas Covid 19 Jatim Dokter Kohar Hari Santoso mengatakan ada 29 santri yang seharusnya pulang Senin malam ini hasil rapid test nya dinyatakan reaktif
Covid19 Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Mulai 25 April 2020 Gerakmalaysia

Covid19 Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Mulai 25 April 2020 Gerakmalaysia

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 555 hits
ORANG RAMAI YANG BALIK KAMPUNG DAN KINI INGIN KEMBALI BOLEH MOHON MELALUI APLIKASI GERAK MALAYSIA MULAI 25 APRIL 2020 Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan kini ingin kembal...
94 Kes Jangkitan Baru Tinggi Berbanding Sembuh 77 Ialah Pelajar Malaysia Dibawa Pulang Dari Indonesia

94 Kes Jangkitan Baru Tinggi Berbanding Sembuh 77 Ialah Pelajar Malaysia Dibawa Pulang Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 377 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 94 kes jangkitan baru Covid 19 dilaporkan hari ini Kes jangkitan baru hari ini merupakan hari ke 14 trend 2 angka sejak 16 Apr Tiada kematian dilaporkan Daripada 94 kes baru yang dilaporkan hari ini 72 kes adalah kes impo...
Kereta Mini Guna Tenaga Elektrik Kini Mula Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm160 Sebulan

Kereta Mini Guna Tenaga Elektrik Kini Mula Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm160 Sebulan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 782 hits
Kereta mini guna tenaga elektrik kini mula memasuki pasaran Malaysia dengan bayaran serendah RM160 sebulanDilaporkan kereta elektrik mini ini hanya boleh memuatkan dua orang dan memerlukan 5 jam untuk mengecas sehingga 80 tenaga elektrik Ke...
Pelabuhan Dumai Ditutup Tki Dari Malaysia Tak Bisa Pulang

Pelabuhan Dumai Ditutup Tki Dari Malaysia Tak Bisa Pulang

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 306 hits
Dia tak menyangkal penutupan pelabuhan ini karena di Dumai sudah banyak kasus positif Corona ada 10 kasus Penutupan pelabuhan pelayanan penyeberangan domestik itu berdasarkan Surat Walikota Dumai Nomor 551 2 892 DISHUB perihal Penutupan Ang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator