Panduan Memilih Jodoh



Assalamualaikum wbt... Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius.
Serius.!! Memang serius. 
Jangan akibat si dia mengurat kita , maka kita terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka kita terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ustaz Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. 
Antara yang menarik tulisan berikut:Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Sharifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan."Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW. Benar sekali, pilihlah yang beragama."Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
PENYAKIT "TIDAK JELAS"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama. Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini? Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
HANYA 'BERAGAMA'?Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Artikel dipetik daripada http://abimuslih.wordpress.com

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/09/panduan-memilih-jodoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Memilih Bakal Isteri Untuk Anak Lelaki

Panduan Memilih Bakal Isteri Untuk Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum w b t Renungan hari ini semoga menjadi iktibar kepada setiap anak lelaki utk memilih bini Seorang Ibu Tua menceritakan pengalamannya Aku memiliki 3 orang anak laki laki semuanya sudah menikah Suatu hari aku menziarahi anakku...
10 Panduan Untuk Ibu Bapa Memilih Tadika Bagi Si Cilik

10 Panduan Untuk Ibu Bapa Memilih Tadika Bagi Si Cilik

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 312 hits
1 Tadika yang mempunyai rekod kejayaan yang hebat Pilihlah tadika yang mempunyai rekod kejayaan anda boleh tahu dengan melihat keadaan di dalam tadika tersebut selalunya pihak tadika akan paparkan kejayaan tadika Cara lain ialah dengan bert...
Muhyiddin Atau Anwar Ahli Parlimen Umno Bn Bebas Memilih Zahid

Muhyiddin Atau Anwar Ahli Parlimen Umno Bn Bebas Memilih Zahid

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 432 hits
mhdaily netUmno dan BN tidak dapat menghalang mana mana anggota parlimennya yang mengambil keputusan untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Sebagaimana diketahui umum Umno dan BN bukan merupakan parti kompo...
Tips Memilih Perusahaan Asuransi Jiwa Agar Tak Rugi Kemudian Hari

Tips Memilih Perusahaan Asuransi Jiwa Agar Tak Rugi Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 206 hits
Setidaknya ada lima tips yang bisa dipraktikkan oleh calon nasabah untuk mengetahui kondisi keuangan dari suatu perusahaan asuransi Sehingga calon nasabah terhindar dari berbagai persoalan yang timbul di kemudian hari
Hiburan Tak Suka Terkejar Kejar Di Set Maria Farida Lebih Memilih Watak Selepas Berkahwin

Hiburan Tak Suka Terkejar Kejar Di Set Maria Farida Lebih Memilih Watak Selepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 810 hits
Pelakon jelita dan sentiasa kelihatan muda Datin Seri Maria Farida mengakui lebih memilih watak sejak mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu Maria juga berkata dia menerima banyak tawaran berlakon namun lebih memilih untuk terlibat d...
Sabah For Sabahan Dan Mereka Telah Memilih

Sabah For Sabahan Dan Mereka Telah Memilih

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 395 hits
Tahniah Sabah pilih Gabungan Penyamun Pengkhianat Katak dan Penjenayah Let s respect the voice and choice of Sabahans Congratulations Putrajaya Pesta lompat bakal berulang kembali Sabah Election Results dan Biaq YDP pilih sama ada Bung atau...
Takrif Memilih Dan Bahagia Yang Boleh Memberikan Kebahagian Kepada Kita Di Akhirat

Takrif Memilih Dan Bahagia Yang Boleh Memberikan Kebahagian Kepada Kita Di Akhirat

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 293 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan memilih Kenapa kita membuat pilihan Perlukah memilih Ada di kalangan kita memilih sesuatu atas sebab minat populariti ingin bertukar rasa dan kepercayaan Untuk memilih kita perlu mempunyai hak kuasa peluang da...
10 Seleb Dunia Yang Memilih Homeschooling Karena Berbagai Alasan Perundungan Salah Satunya

10 Seleb Dunia Yang Memilih Homeschooling Karena Berbagai Alasan Perundungan Salah Satunya

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 213 hits
Tak ingin putus sekolah para seleb ini memilih homeschooling agar tetap bisa menimba ilmu di tengah kesibukan mereka Keren
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game