Panduan Membina Set Up Joran 1 Memilih Rod Pancing


 Aku selalu jumpa soalan begini:
 'antara reel brand A dengan brand B mana satu yang lebih bagus?' 
 Atau pun soalan terlalu umum macam ni:
 'aku ada bajet RM800,boleh cadangkan set bc untuk beginner?'
Bila soalan-soalan seperti ni diutarakan di sebuah page peminat sukan memancing, apa yang anda lihat adalah respon pembaca yang berbagai-bagai. Ada jawapan serius, ada jawapan bergurau dan ada yang selit jual set mereka. Ada berpuluh-puluh cadangan dan jawapan bercampur aduk.
Kau rasa yang tukang tanya tadi dapat tak jawapan yang mereka nak? Bertanya itu bagus, cuma anda sukar mendapatkan jawapan yang paling tepat untuk anda. Set pertama korang mungkin kurang sesuai kombinasinya dengan selera korang terutamanya jika bajet korang kurang keras. Ini biasa berlaku dan dinamakan proses pembelajaran.
Masa ni lah anda kena tau apa yang anda nak dan bersesuaian dengan bajet anda. Bukan anda tunggu orang cadangkan apa yang baik untuk anda sedangkan mereka tak kenal anda mahupun gaya pancingan anda.
Pertama sekali kenalpasti padang permainan dan ikan sasaran anda samada anda bermain parit/paya,sungai pedalaman, muara sungai, kolam atau laut. Anda selalu ke padang pancingan yang bagaimana. Sekiranya anda sebagai beginner sama seperti saya, fokus satu padang pancingan dahulu supaya anda tidak meracau ketika merencana set up joran yang sesuai.
Sebagai beginner,saya assume anda juga mempunyai bajet yang sederhana. Amat jarang lah seorang jutawan tiba-tiba terjun ke hobi memancing. Kalau ada pun mereka akan terus masuk kategori laut dalam dengan setup bangsawan. Yelah, duit berkepuk kan? Tak ada halangan dari segi mendapatkan set yang high end dan trip laut dalam yang mahal.
Sebelum aku melalut lebih panjang,kita mulakan dengan peralatan asas dan kriteria yang aku selalu perhatikan dalam pemilihan peralatan. Aku letak lingkungan harga yang sedang-sedang saja supaya tidaklah terlalu cap ayam. Orang kata membeli biar berbaloi dan tidak membazir. Spec yang aku biasa pakai ni sederhana saja dan aku sebolehnya tak mau cenderung ke mana-mana jenama sebab aku percaya tiap brand ada kelebihan masing-masing.


Rod Pancing
------------
- Pilih dulu samada anda minat set up spinning atau baitcasting. Mulakan memilih rod mengikut set up yang anda minat. Untuk kategori rod yang bagi aku agak all rounder pilih dulu berat mainline cadangan iaitu antara 6-15lb hingga 8-17lb. Kedua-dua rod berspesifikasi sebegini masih sesuai untuk ikan sasaran kurang 0.5kg hingga 5kg. 
- Panjang rod pula antara 6 kaki (1.83m) hingga 6.5 kaki (1.98m).Rod berkepanjangan seperti ini masih sesuai digunakan untuk kawasan lapang,kolam pancing berbumbung dan sungai-sungai kecil dikampung. Untuk  dibawa ke pantai memancing sembilang pun boleh, tapi untuk jarak cast yang baik, padankan dengan reel spinning. Tapi janganlah mengharapkan jarak balingan sejauh rod teleskopik 14 kaki. 
- Seterusnya jumlah cincin (line guide). Bagi rod spinning, jumlah cincin antara 6-8 unit. Kurang dari 6 bagi aku tak cantiklah action dan agihan beratnya. Untuk rod casting sepanjang 6 kaki sekurang-kurangnya perlu ada 8 cincin. Paling cantik jika jumlahnya 10. Jika ada lebih dari itu dah jadi tak praktikal dan hanya menambahkan kos dan berat rod.
- Aksi rod. Mungkin anda suka tengok rod jigging melengkung dengan cantik ketika mengepam ikan besar kan? Malangnya aksi rod heavy sebegitu kurang serbaguna. Ia lebih sesuai untuk menarik beban secara vertikal. Pilihan yang sesuai ialah rod dengan aksi fast atau medium fast. Maksudnya ialah joran tersebut melentur cuma 1/3 dari panjang keseluruhan rod.Nak pancing stail bottom pun ok, nak casting pun sangat sesuai. Aksi sebegini lebih mudah untuk melatih ketepatan balingan umpan ke spot sasaran.
- Kemasan rod dan aksesori. Aksesori paling common pada rod pancing ialah dari jenama Fuji. Rod dipasaran yang menggunakan aksesori Fuji berada pada lingkungan harga RM180 dan keatas. Tapi bukanlah wajib pun rod yang ada aksesori Fuji ni. Cincin line guide biasa pun elok asalkan dijaga dengan baik tiap kali pulang memancing. Salah satu rod aku berharga cuma RM85 sahaja. Boleh pakai dan masih berkeadaan baik.
- Material binaan rod. Kebanyakan rod dipasaran menggunakan material karbon grafit yang ringan. Walaupun ada macam-macam teknologi binaan rod dipasaran, kebanyakannya hampir sama saja cuma berbeza kosmetik. Lebih canggih jargon spesifikasinya, harganya juga akan menjadi sedikit tinggi berbanding yang lain. Untuk rod pemula, tak perlu rod pancing dengan teknologi aneh asalkan tidak dibuat dari fiberglass. Mungkin ada rod diluar sana dengan harga RM20-30, tapi periksa dulu material binaannya. Rod dulu-dulu dibuat dengan fiberglass. Cukup liat tetapi berat.
- Berat rod juga penting. Rod 6-15lb atau 8-17lb selalunya mempunyai berat sekitar 100gram hingga 120gram. Pilih rod yang ringan untuk bermain casting dan jika anda bermain bottom,tak perlu terlalu serius soal berat rod asalkan masih berada dalam lingkungan berat yang berpadanan seperti yang dinyatakan diatas.
- Kosmetik pada rod pancing tidaklah terlalu variasi sehingga anda sukar membuat pilihan. Selalunya cuma ada split handle / handle penuh dan material handlenya samada EVA atau gabus (cork). Apa yang aku perhatikan, rod yang menggunakan handle gabus berharga sedikit mahal berbanding EVA.Macam aku, aku suka handle split tak kisah material samada EVA atau cork. Yang aku selalu titik beratkan ialah pada kepanjangan handlenya. Handle yang terlalu panjang seumpama rod jigging tak selesa dibawa bermain casting dan handle terlalu pendek hanya akan menyakitkan pergelangan tangan jika casting seharian. Sekitar 1 kaki - 1 kaki 2 inci sudah memadai.
- Binaan single piece atau 2 piece midjoint? Bagi pemula, 2 piece midjoint (sambungan tengah) sudah mencukupi. Mudah dibawa kemana-mana dan memadai untuk menampung berat ikan sasaran. Sekiranya tiada isu dengan halangan membawa rod 1 piece, semestinya rod 1 piece lebih baik kerana tiada sambungan yang mengganggu agihan berat beban pancingan.
- Akhir sekali harga. Harga yang mahal selalunya baik dan harga murah tidak semestinya teruk. Sebagai beginner, pilih rod yang berharga antara RM100 - RM250. Ianya masih mampu milik dan memberikan kualiti yang agak baik untuk jangkamasa panjang.
Rumusan dari point-point diatas, rod pilihan aku selalunya berkisar di antara panjang 6kaki-6.5kaki, mempunyai cincin 9-10, medium/fast action, split handle yang tidak terlalu pendek/panjang, ringan, harga yang berpatutan dan bonus jika dilengkapi aksesori Fuji serta binaan 1 piece.
Asalnya aku nak cerita complete dari rod sampai la ke mata kail dalam satu artikel, tapi cerita bab rod sahaja dah sepanjang ini tulisannya. Aku akan sambung bab kriteria pemilihan reel pancing pula untuk penulisan akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog5zal.blogspot.com/2023/01/panduan-membina-set-up-joran-1-memilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Assembly Set To Vote Tomorrow Whether To Open Top Two

Umno Assembly Set To Vote Tomorrow Whether To Open Top Two

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 123 hits
Umno delegates attend the party s general assembly at World Trade Centre Kuala Lumpur January 13 2023 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Jan 13 An Umno delegate today submitted a motion calling for party leaders to not contest the posts o...
Foundation Set From Golden Shine

Foundation Set From Golden Shine

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 249 hits
Assalammualaikum hai guys hari ni aku nak cerita tentang salah satu produk Golden Shine yang popular iaitu Foundation Set Lebih menarik sekarang Golden Shine ada buat promotion besar besaran sebab diorang ada buat Chine New Year Sale jadi h...
Hiburan Kalau Orang Lain Dah Menangis Tak Keluar Bilik Ramai Kagum Lihat Puteri Sarah Tetap Ceria Di Set Penggambaran

Hiburan Kalau Orang Lain Dah Menangis Tak Keluar Bilik Ramai Kagum Lihat Puteri Sarah Tetap Ceria Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 148 hits
Seperti yang ramai tahu isu rumah tangga pasangan selebriti iaitu dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan selepas dikejutkan dengan berita perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar Walaupun sedang diuji dengan masalah rumah tangga Puteri Sarah t...
Ve Era Set Penjagaan Rambut Asas Seperti Rawatan Di Salon Walaupun Di Rumah

Ve Era Set Penjagaan Rambut Asas Seperti Rawatan Di Salon Walaupun Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 216 hits
Hi Korang Rambut adalah mahkota wanita tidak kiralah samada berhijab mahupun tidak keduanya mahupun rambut yang cantik dan sihat walaupun bertudung Kalau korang nak tau jenama penjagaan rambut VE ERA merupakan produk jenama tempatan yang di...
Set Penjagaan Rambut Ve Era Untuk Rambut Cantik Dan Sihat

Set Penjagaan Rambut Ve Era Untuk Rambut Cantik Dan Sihat

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRambut memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang Manusia dianugerahkan lebih kurang 100 000 helai rambut di atas kulit kepala Setiap hari pula lebih kurang 100 helai rambut akan gugur...
6 State Polls Harapan Mbs Cm Want To Meet Pn To Set Date

6 State Polls Harapan Mbs Cm Want To Meet Pn To Set Date

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 236 hits
Six states that will be holding their elections this year need to discuss suitable dates to dissolve their respective legislative assemblies In this regard Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun said he together with Selangor Menteri...
Makan Lunch Set Sedap Di Secret Recipe

Makan Lunch Set Sedap Di Secret Recipe

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum WBTLEPAS ambil suntikan Booster Dose Kedua kelmarin keluar lunch dengan my bff Iman kata lama kita tak makan sama sama Ialah Khamis baru balik rumah Jumaat nak selesaikan urusan kain baju dan kemas rumah malam dah balik semu...
Mengapa Memilih Plasti Berwarna Biru Untuk Memalut Buah

Mengapa Memilih Plasti Berwarna Biru Untuk Memalut Buah

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 175 hits
Kalau buah mula membesar elok ia dibalut bagi memastikan tumbesaran dan seterusnya matang dengan baik Membalut buah boleh menggunakan plastik atau kertas yang bersesuaian Kebanyakan petani menggunakan plastik biru untuk membalut buah Tidak ...
Tips Mudah Dan Cepat Dalam Memilih Data Center Indonesia Yang Terbaik

Tips Mudah Dan Cepat Dalam Memilih Data Center Indonesia Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 203 hits
kini makin diakui keberadaannya Bagi perusahaan yang memiliki aplikasi data center memiliki peran penting dalam menjaga aplikasi itu agar selalu bisa diakses Jika Anda adalah salah satu pihak yang membutuhkan data center untuk kepentingan b...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025