Panduan Membeli Power Tools Untuk Kontraktor Baru
Power tools untuk kontraktor baru.
Apabila anda baru menceburi perniagaan dalam bidang pembinaan, pemasangan mahupun baik pulih pekara utama yang perlu di fikirkan adalah alatan tangan yang berkuasa.
Kita selalu sebut “power tools”. Untuk memudahkan kerja dan melancarkan tugasan power tools adalah penting , walaupun anda sebagai pemula.
Antara yang alatan tangan yang perlu ada selain alatan tangan asas.
Gerudi tangan elektrik untuk menebuk batu ataupun cordless drill sebagai sokongan kerja – kerja ringan.
Gerudi elektrik sebaiknya ada dwi fungsi hamering dan juga biasa. bagi kerja menebuk permukaan kayu, besi dan concrete.
Beli sahaja yang murah – murah. DIY pun ada.
Untuk Cordless saya syorkan terus ambil jemana Bosch, jika ada dana yang lebih lah. Cordless membantu mempercepatkan kerja , seperti mengikat skru dan menebuk lubang kecil.
Welding set, alat kimpal, sekarang dah murah. Tidak perlu terburu – buru membelinya. sudah confirm ada job yang perlu boleh terus beli. Nak survey dari sini. -Alat kimpal terbaik.
Grinder – budak kemahiran hidup sebut mesin pencanai – kombinasi untuk yang sudah membeli welding set.
Kalau takde benda susah juga , Kita sudah siap – siap weld, tapi kebetulanlan hari itu tah kenapa seni memateri kita ke laut. Fuh banyak taik, mengerutu orang yang lihat hasil kita pasti sakit mata.
Dari itulah alat pencanai ini boleh melicinkan hasil kerja kita yang kurang memuaskan. Nak survey harga ok – ok klik sini – Hand Grinder Murah
Fibre cutter, alat memotong besi dengan mata 14 inchi. jaga – jaga bunyi bising. dan jangan buat asah besi. Untuk lebih tahan fibre cutter memerlukan load supaya tahan lebih lama.
Semua ini adalah antara power tools untuk kontraktor baru yang perlu untuk anda miliki .
Semoga berjaya..
The post Panduan membeli power tools untuk kontraktor baru appeared first on Onlajer.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://onlajer.com/blog/panduan-membeli-power-tools-untuk-kontraktor-baru/