Panduan Lengkap Tuntutan Covid 19 Mysalam


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam ini merupakan sebuah perkongsian tentang cara-cara untuk membuat tuntutan kuarantin COVID-19 bagi bantuan mySalam. Meskipun negara kita Malaysia telah mendapat bekalan vaksin baru-baru ini dan pengagihannya telah mula diberikan kepada barisan hadapan terlebih dahulu, namun tidak dapat dinafikan masih terdapat lagi sebilangan kes baru jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan masyarakat di seluruh negara ini.
Seperti mana yang semua sedia maklum, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh pihak kerajaan kepada golongan individu yang berkelayakan di bawah pentadbiran Kementerian Kewangan Malaysia. Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dimanfaatkan menerusi skim mySalam ini, iaitu tuntutan Hopitalisasi dan tuntutan Penyakit Kritikal. Sehubungan itu, anda boleh mengemukakan tuntutan kuarantin COVID-19 ini di bawah manfaat tuntutan Hospitalisasi.
Manfaat sebanyak 50 Ringgit Malaysia satu malam untuk tempoh maksimum 14 hari ini boleh dituntut oleh mana-mana individu yang mendapat arahan kuarantin daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia setelah ujian saringan virus COVID-19 dilakukan. Berdasarkan sumber Berita Harian, menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan, setakat penghujung Januari 2021 tempoh hari sebanyak 67 ribu tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif Prihatin mySalam dengan jumlah keseluruhan 35 juta Ringgit Malaysia telahpun diluluskan.
Semakan Kelayakan mySalam Anda boleh membuat semakan kelayakan mySalam dengan mengisi 12 digit nombor Kad Pengenalan diri melalui pautan di bawah. Selain itu, sebarang info berkaitan syarat kelayakan juga boleh didapati melalui pautan tersebut.
Semakan Kelayakan mySalam Sekiranya anda memiliki sebarang pertanyaan atau permasalahan tentang semakan kelayakan mySalam ini, anda juga boleh hubungi talian:
1-300-888-938 Dokumen yang Diperlukan Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan kuarantin COVID-19 di bawah manfaat Tuntutan Hospitalisasi mySalam, antaranya ialah:
Salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang) Surat ANNEX 14b ataupun yang terkini Surat ANNEX 17 Perlu diingati bahawa surat ANNEX 14b / ANNEX 17 tersebut mesti dilengkapi maklumat berikut bagi membolehkan permohonan anda diproses dengan segera, iaitu:
butiran maklumat pesakit, tarikh mula kuarantin, tarikh tamat kuarantin, tanda tangan Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah, dan cop rasmi Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Langkah Permohonan Tuntutan COVID-19 mySalam Berikut merupakan langkah-langkah dalam membuat tuntutan kuarantin COVID-19 di bawah manfaat Tuntutan Hospitalisasi skim mySalam:
Layari www.mysalam.com.my dan klik butang ‘Log Masuk ke Portal‘ yang berwana merah lalu isikan nombor Kad Pengenalan berserta Kata Laluan yang diberikan kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan). Klik ikon ‘Tuntutan‘, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi‘. Masukkan butiran maklumat yang diperlukan seperti tarikh kemasukan (tarikh mula kuarantin), tarikh keluar (tarikh tamat kuarantin), nama hospital (anda boleh pilih ‘NON PANEL HOSPITAL‘ sekiranya hanya dikuarantin di rumah sahaja atau mana-mana premis selain senarai hospital kerajaan), dan pilih ‘Ya‘ pada kotak Tuntutan Covid19. Klik butang ‘Muat Naik dokumen‘ untuk memuat naik dokumen Kad Pengenalan diri dan Surat ANNEX 17 / Surat ANNEX 14b pemohon (pada bahagian ringkasan / nota diagnosis) sama ada dalam format pdf atau jpeg. (Saiz fail tidak melebihi 5MB) Akhir sekali, setelah anda membuat semakan semua maklumat berikut telah diisi dengan betul, anda perlu menekan butang ‘Hantar‘ pada bahagian bawah. Dapatkan “Infografik Proses Tuntutan mySalam COVID-19” di sini
Di sini admin nak kongsikan infografik proses tuntutan mySalam COVID-19 sebagai panduan lebih mudah untuk anda semua. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : 
Proses Tuntutan mySalam COVID-19
Setelah permohonan tuntutan berjaya dihantar, anda boleh melakukan semakan pada portal mySalam yang sama dengan mengklik ikon ‘Tuntutan‘ dan kemudiannya klik pada ‘Status Tuntutan‘ untuk mengetahui proses tuntutan anda dari masa ke masa. Selain itu, anda juga akan dimaklumkan menerusi SMS ke nombor telefon bimbit anda yang telah didaftarkan dalam portal mySalam apabila tuntutan diluluskan.
Peringatan Bersama Sebagai peringatan mesra, suka untuk dimaklumkan bahawa para pemohon dikehendaki membuat kemas kini maklumat akaun bank atas nama sendiri (bukan akaun bank atas nama pasangan / anak / nama orang lain) terlebih dahulu bagi membolehkan pembayaran tuntutan berjaya dikreditkan apabila tuntutan anda diluluskan. Jumlah pembayaran tuntutan COVID-19 yang diluluskan adalah bergantung kepada jumlah malam yang dikira sepanjang tempoh kuarantin. Anda juga boleh lawati kiosk mySalam yang terdapat di mana-mana hospital kerajaan tertentu untuk dapatkan bantuan dalam membuat sebarang permohonan tuntutan.
Semoga perkongsian berkenaan Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam ini dapat memberi pencerahan kepada anda dalam membuat permohonan tuntutan kuarantin COVID-19 di bawah manfaat Tuntutan Hospitalisasi mySalam dengan betul dan tepat.
Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan isu semasa, pendidikan, jawatan kosong, dan sebagainya di laman rasmi Sistem Guru Online.
Panduan Lengkap Tuntutan COVID-19 mySalam
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/panduan-lengkap-tuntutan-covid-19-mysalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 4 Juta Yang Mendaftar Mendapatkan Vaksin Covid 19 Menerusi Mysejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap

1 4 Juta Yang Mendaftar Mendapatkan Vaksin Covid 19 Menerusi Mysejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 242 hits
Proses pendaftaran minat mendapat vaksin Covid 19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera sejak 23 Februari lalu Sehingga kini lebih 5 juta telahpun mendaftar bukan sahaja menerusi aplikasi tetapi juga menerusi portal dan talian hotline ...
Garis Panduan Suntikan Vaksin Covid 19 Ketika Ramadan Akhir Bulan Ini

Garis Panduan Suntikan Vaksin Covid 19 Ketika Ramadan Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 270 hits
NILAI Garis panduan dan hukum pengambilan suntikan vaksin Covid 19 ketika Ramadan dijangka dikeluarkan pada hujung bulan ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad Al Bakri Beliau berkata panduan itu bagi memberi pemahaman...
Rapid Tes Antigen Pengungsi Banjir Kasus Positif Covid 19 Di Karawang Melonjak

Rapid Tes Antigen Pengungsi Banjir Kasus Positif Covid 19 Di Karawang Melonjak

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 200 hits
Begitu dengan jumlah pasien positif aktif atau yang masih dirawat bertambah 138 menjadi 1 150 orang sedangkan yang sembuh bertambah 288 orang menjadi 12 589 orang
3 Gejala Pada Mata Tanda Anda Mungkin Dijangkiti Covid 19

3 Gejala Pada Mata Tanda Anda Mungkin Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 263 hits
Jangkitan virus Covid 19 tidak hanya memberi kesan kepada sistem pernafasan sebaliknya ia juga mampu tersebar ke organ organ vital dalam tubuh lain termasuk mata kerana virus ini juga mampu berkumpul dan berkembang sebagai selaput lendir pa...
Covid 19 1 683 New Cases Perlis Sees Highest Spike Yet

Covid 19 1 683 New Cases Perlis Sees Highest Spike Yet

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 245 hits
COVID 19 The Health Ministry today reported 1 683 new Covid 19 cases Of the new cases 1 136 were Malaysians while another 547 were non citizens The country managed to keep the number of new daily Covid 19 infections to under 2 000 in five o...
Ketua Tim Vaksinasi Lansia Perlu Jarak 28 Hari Untuk Vaksin Covid 19 Kedua

Ketua Tim Vaksinasi Lansia Perlu Jarak 28 Hari Untuk Vaksin Covid 19 Kedua

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 221 hits
Menurut Konsultan Alergi Imunologi di RSCM FKUI itu lansia memerlukan waktu lebih lama untuk membentuk antibodi dan rentang waktu untuk pemberian vaksin kedua 0 14 hari setelah vaksinasi Covid 19 pertama dinilai belum cukup
Asn Pemkab Sleman Mulai Divaksinasi Covid 19 Besok

Asn Pemkab Sleman Mulai Divaksinasi Covid 19 Besok

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 338 hits
Vaksinasi Covid 19 akan dilakukan untuk pegawai di lingkungan Pemerintah Kabupaten Sleman serta instansi pemerintah lainnya
Data Kemlu 675 Wni Di Luar Negeri Masih Dalam Perawatan Covid 19

Data Kemlu 675 Wni Di Luar Negeri Masih Dalam Perawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 225 hits
Total WNI terkonfirmasi Covid 19 di luar negeri adalah 3 715 orang Sebanyak 675 di antaranya masih dalam perawatan
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta