Panduan Lengkap Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Luar Nikah


KELAHIRAN adalah satu anugerah. Tapi terfikir juga aku tentang nasib wanita yang melahirkan anak luar nikah. Makin sedih jika wanita tersebut mengandung dan bersalin anak luar nikah akibat dirogol. Bagaimana Dengan Kelahiran Anak Tak Sah Taraf / Anak Luar Nikah? Bolehkah dibuat surat beranak supaya si bayi itu juga berhak untuk terus hidup dengan status warganegara seperti orang lain. 


Gambar sekadar hiasan
Sejujurnya surat beranak itu penting. Tidak kisah anak tak sah taraf / luar nikah atau biasa. Surat beranak adalah penentu untuk kanak-kanak ini bersekolah kelak.

Surat beranak untuk kelahiran kanak-kanak yang berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah) ini sebenarnya sama saja dengan cara buat surat beranak kelahiran kanak-kanak yang biasa. Cara buat surat beranak anak luar nikah lebih kurang sama sahaja prosesnya seperti pendaftaran anak yang lahir dalam pernikahan. Bacalah artikel ini kalau ingin tahu cara buat surat beranak anak luar nikah beserta proses dan langkah-langkah yang perlu dilakukan.


Cara buat surat beranak anak luar nikah - Ini proses dan langkahnya


1. Di manakah tempat untuk membuat surat beranak?Pendaftaran kelahiran semua bayi yang dilahirkan di Malaysia boleh dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Terdapat banyak cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Malaysia dan anda boleh pergi ke mana-mana cawangan yang terdekat

Untuk memudahkan urusan dan mengelakkan daripada anda perlu pergi beberapa kali, pastikan anda membawa semua dokumen yang berkaitan dan memenuhi kesemua syarat yang seterusnya


2. Siapa yang boleh membuat surat beranak anak luar nikah?Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, pendaftaran kelahiran bayi bagi tujuan mendapatkan surat beranak boleh oleh salah seorang daripada senarai yang berikut:Bapa kepada bayi tersebutIbu kepada bayi tersebutOrang yang tinggal serumah di alamat di mana bayi tersebut dilahirkanSesiapa yang menyaksikan kelahiran bayi tersebutSesiapa yang menjaga bayi tersebut ( penjaga )
3. Bila pendaftaran kelahiran bayi dan permohonan surat beranak boleh dilakukan?Pendaftaran kelahiran bayi perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran. Pendaftaran selepas 60 hari dianggap sebagai pendaftaran kelahiran lewat dan denda akan dikenakan.

Pendaftaran kelahiran lewat hanya boleh dilakukan oleh:
Ibu dan bapa bayiIbu atau bapa dan seorang penganjur yang tahu tentang kelahiran bayi tersebut. Penganjur perlu berumur sekurang-kurangnya 15 tahun daripada bayi yang didaftarkan. Penganjur hanya boleh digunakan sekiranya ibu atau bapa bayi tidak dapat dikesan atau sudah meninggal duniaDua orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran bayi tersebut. Umur kedua-dua penganjur perlu 21 tahun ke atas dan kedua-dua penganjur berumur 15 tahun lebih tua daripada bayi yang didaftarkan. Penganjur jenis ini hanya boleh digunakan untuk mendaftarkan bayi di mana kedua-dua ibu bapanya tidak dapat dikesan atau sudah meninggal duniaDua orang penganjur yang merupakan Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dua orang individu yang diberikan hak penjagaan bayi tersebut mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penganjur jenis ini boleh digunapakai bagi kes bayi yang dijumpai terdampar dan tidak diketahui asal-usulnya
Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia. Bayaran denda yang akan dikenakan ialah:
Bayaran carian daftar kelahiran : RM5.00Bayaran proses Permohonan Daftar Lewat Kelahiran: RM10.00Bayaran denda : Tidak melebihi RM50.00Walau bagaimana pun, sekiranya kelewatan mendaftar berlaku disebabkan oleh masalah atau kes serius yang tidak dapat dielakkan, anda tidak perlu membayar denda tersebut. terdapat beberapa kelonggaran yang akan diberikan kepada anda.
4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar kelahiran bayi dan membuat surat beranak anak luar nikah?Untuk melakukan pendaftaran kelahiran dan membuat surat beranak untuk anak tidak sah taraf, anda perlu membawa dokumen berikut:
Dokumen Bayi ( Salinan Dan Asal ):
Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang siap diisi Borang Pengesahan Kelahiran dari hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor untuk mereka yang bersalin di rumahKad Pranatal (Buku Merah)
Dokumen Ibu Bapa ( Salinan Dan Asal ):
Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa bayiSijil Kematian ibu dan bapa bayi ( jika berkaitan )Sijil Perkahwinan atau PerceraianDokumen Pemaklum / Wakil Ibu Bapa ( Salinan Dan Asal )Kad Pengenalan / Pasport pemaklum
5. Berapakah bayaran untuk mendaftar kelahiran dan membuat surat beranak?Pendaftaran dan permohonan surat beranak adalah PERCUMA jika dilakukan dalam tempoh 60 hari dari kelahiran


6. Bagaimana proses untuk menamakan ayah kandung sebagai bin atau binti anak luar nikah?Proses pendaftaran dan permohonan surat beranak adalah sama seperti yang kami nyatakan di atas. Bezanya, semasa surat beranak dikeluarkan, pada ruang bapa tidak akan ada sebarang maklumat yang dicatatkan. Dan anak akan dibin atau bintikan dengan Abdullah.


Mahkamah: JPN tiada hak tambah 'Abdullah' pada nama anak luar


'Anak lahir luar nikah boleh bin nama bapa' merupakan satu langkah yang baik. 'Penggunaan 'bin Abdullah' tindakan munasabah JPN' yang patut dari dulu dilakukan. Bagi pasangan yang telah bertaubat dan ada rasa tanggungjawab ke atas bayi tersebut, kalian boleh pergi ke Mahkamah Rayuan untuk memohon nama ayah kandung dimasukkan sebagai bin atau binti dalam surat beranak anak luar nikah tersebut

Syarat bagi permohonan tersebut ialah:
Permohonan dibuat oleh ibu dan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung bayi tersebutLelaki yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanakBayi berumur dibawah 6 bulanBayi lahir tidak kurang daripada 6 bulan daripada tempoh perkahwinan
Jika Hamil Segera Buat Buku Merah ( Tak Berkahwin Akan Dirahsiakan)
Tak berkahwin jangan risau, tetap juga ke Klinik Kesihatan Ibu Anak untuk buat buku merah. Jangan bimbang beritahu saja perkara yang sebenar dan segala info akan dirahsiakan. Keselamatan ibu dan anak yang menjadi keutamaan. Masa depan bayi yang bakal lahir yang dipentingkan. Bukannya dosa silam si ibu dan ayah bayi tersebut yang pernah berzina sebelum ini


Itulah info lengkap cara buat surat beranak untuk anak tak sah taraf / anak luar nikah. Yang penting, anak tersebut sama sekali tidak bersalah apa-apa. Lahirnya suci bersih tanpa ada sebarang dosa. Yang berdosa adalah si ibu dan ayahnya yang telah berzina. Bukannya si kecil tersebut yang sememangnya tidak pernah di minta untuk lahir dalam keadaan itu.

ANAK ITU TAK BERSALAH!!! JANGAN DIBUANG!! KAHWIN DULU UNTUK SELAMATKANNYA 

Pada pasangan yang telah berzina dan si perempuan tersebut disahkan hamil. Jangan sesekali di buang anak itu. Lahirkan saja ia dan berilah ia nama yang elok. Korang telah berbuat dosa maka jangan lagi ditambah dosa yang ada. Kesian kat baby yang tak tahu apa-apa tu. Kalau benar tak nak anak tersebut, lahirkan saja ia dan beritahu pada pihak hospital untuk tindakan lanjut. Susah-susah, sebelum ia lahir segera kahwin. Jika rasa tak serasi terpulang sama ada mahu bercerai atau sebaliknya. Yang penting anak kalian itu perlu diselamatkan dulu.

Untuk masyarakat, cuba korang bayangkan jika kita sendiri di tempat kanak-kanak itu. Apakah kita rasa adil terus dipandang serong walaupun salah bukan punca dari kita? Kerana itu jangan pandang rendah pada kanak-kanak sebegini kerana mereka sama sekali tidak berbuat apa-apa kesalahan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.abangrock.com/2019/03/cara-lengkap-buat-surat-beranak-untuk-anak-luar-nikah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dikategorikan Kurang Berat Ibu Ini Kongsi Cara Untuk Anak Dapat Berat Normal

Anak Dikategorikan Kurang Berat Ibu Ini Kongsi Cara Untuk Anak Dapat Berat Normal

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 627 hits
Pernah tak orang asyik tegur baby awak kecik sangat la ringan sangat la Mesti sedih dan stres bila ada orang tegur anak kecil ringan Tapi jangan pernah mengalah Dan jangan terburu buru bagi anak makan apa saja semata mata nak bagi bambam Pe...
Anak Suka Mengamuk Bermacam Cara Cuba Tapi Semua Tak Jalan Mama Papa Perlu Periksa 5 Perkara Ini

Anak Suka Mengamuk Bermacam Cara Cuba Tapi Semua Tak Jalan Mama Papa Perlu Periksa 5 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 343 hits
Sebagai Ibu bapa kadang kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk Sakit ke dia Lapar ke terangkan kenapa anak suka mengamuk Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk Serius sa...
Tips Cara Nak Tanggani Anak Tantrum Di Khalayak Ramai

Tips Cara Nak Tanggani Anak Tantrum Di Khalayak Ramai

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 447 hits
TIPS CARA NAK TANGGANIANAK TANTRUM DI KHALAYAK RAMAIHai Selamat pagi semua hari ni TB nak share tentang satu post ni yang menceritakan tentang tips serat cara nak tanggani anak tantrum dikhalayak ramai Benda ni memang tak semua parent akan ...
Cara Mudah Buat Burger Homemade Yang Sihat Untuk Anak Anak

Cara Mudah Buat Burger Homemade Yang Sihat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 799 hits
Kanak kanak mungkin lebih tertarik pada makanan segera fast food mereka yang dewasa apa kurangnya Tetapi makanan segera fast food sememangnya tidak bagus jika diamalkan dimakan selalu Jika ingin lebih rasa selamat serta yakin apa kata kami ...
Cara Terbaik Mendidik Anak Anak Kecil Untuk Berpuasa Mengikut Cara Islam

Cara Terbaik Mendidik Anak Anak Kecil Untuk Berpuasa Mengikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 518 hits
Setiap tahun umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah tentu kedatangan puasa menjadikan mereka lebih teruja dan bersemangat untuk mendidik anak anak berpuasa Cara Terbaik Mendidik Anak Anak...
Anak Lelaki Lain Sikit Cara Nak Handle Untuk Jadikan Mereka Lebih Sensitif Dan Peka Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Buat

Anak Lelaki Lain Sikit Cara Nak Handle Untuk Jadikan Mereka Lebih Sensitif Dan Peka Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Buat

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 331 hits
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang aktif lasak dan sukar dijaga Sebelum anda naik darah berikut beberapa tip yang ingin Pa Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka Sebelum mempunyai anak kita pastinya meng...
Hamil Di Luar Nikah Asisten Rumah Tangga Di Tangsel Bunuh Bayi Yang Baru Dilahirkan

Hamil Di Luar Nikah Asisten Rumah Tangga Di Tangsel Bunuh Bayi Yang Baru Dilahirkan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 490 hits
Pelaku menghabisi nyawa sang bayi karena merasa malu lantaran bayi yang dilahirkan itu berasal dari hubungan gelap
Safinatun Najah Rukun Mandi Dan Cara Mandi Junub Secara Lengkap

Safinatun Najah Rukun Mandi Dan Cara Mandi Junub Secara Lengkap

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 351 hits
Bagaimana cara mandi junub untuk mendapatkan sahnya dan mendapatkan kesempurnaan
Biarlah Tuan Punya Breast Yang Buat Keputusan Anak Kita Berbeza Diri Kita Berbeza Cara Hidup Tak Sama

Biarlah Tuan Punya Breast Yang Buat Keputusan Anak Kita Berbeza Diri Kita Berbeza Cara Hidup Tak Sama

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 400 hits
Pernah satu kali semasa kelas seorang ibu tiba tiba bersuara Ala puan belajar teknik semua ni tak berguna pun kalau suami tak nak tolong Last last kita juga yang buat semua BIARLAH TUAN PUNYA BREAST YANG BUAT KEPUTUSAN Paling best suaminya ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025